1

Menantu Lelaki Tak Ngam DenGan BaPa MenTua..SaMpai BiLa?

23:04 |
Assalammualaikum semua dan selamat malam.Alahai sedih betul baca Harian Metro tadi.Korang tentu pagi tadi dah baca,kan[klik di sini].Kite tak nak citer tentang topik yang sama,cuma nak berkongsikan tip bagi korang yang dah berkahwin.Mungkin pernah berdepan konflik dengan bapa mertua.


Tidak dinafikan bukan semua mentua dan menantu mempunyai konflik.Ini kerana ada menantu dan mentua yang mempunyai hubungan akrab dan sangat baik.Malah tidak kurang juga ada yang melalui hubungan yang tidak begitu baik dan ada pula sekadar biasa sahaja.



Ada sesetengah mentua yang mempunyai menantu kesayangan.Keadaan ini menyebabkan menantu lain rasa terpinggir dan kecil hati.Ini akhirnya menjadi penyebab hubungan antara mereka menjadi renggang.Sebaik-baiknya mentua tidak membezakan layanan mereka kepada menantu.Setiap menantu pula perlu saling hormat-menghormati antara satu sama lain.


BAGAIMANA MEMASTIKAN HUBUNGAN MENTUA~MENANTU BAIK?

1->Cuba bermesra
Meskipun hubungan dengan mentua agak dingin,namun sentiasa berfikiran positif dan tunjukkan rasa hormat pada mereka.Sekiranya berlaku percanggahan pendapat,pamerkan persetujuan atau bangkangan anda dengan cara yang betul.Elakkan daripada mengkritik atau memberi komen negatif di belakang mereka.

2->Dahulukan keluarga sendiri
Ungkapan ini mungkin kedengaran kurang enak.Namun,jika anda meletakkan ibu bapa lebih utama daripada isteri dan anak2,kemungkinan pasangan anda akan berjauh hati.Agar rumahtangga lebih harmoni,pastikan ibu bapa tidak masuk campur urusan rumahtangga anda.Sebarang masalah yang timbul,anda harus berusaha mempertahankannya sendiri.

3->Tidak membabitkan anak-anak
Anak2 tidak seharusnya dibawa turut masuk campur ke dalam konflik negatif bersama mentua.Malah,mentua juga tidak boleh mengambil kesempatan menjadikan cucu sebagai umpan bagi menghangatkan lagi konflik yang ada.

4->Dapatkan nasihat
Tidak ada salahnya jika sekali-sekala minta pendapat atau nasihat mentua.Sekurang-kurangnya mereka berasa dihargai.

Harap pada korang yang ada masalah,cuba perbaiki hubungan dengan tip di atas.Kalau sudah hilang rasa kasih dan hormat,cuba imbas kembali saat2 korang meminta izin untuk menyunting anak daranya dulu.Banyakkan berzikir agar kedua-dua belah pihak lembut hati dan dapat berbaik seperti dulu,insya Allah.


Kredit Info:

1 comment

20/1/11 06:32

salam

menantu lelaki dgn bapak mertua ni kes terpencil kot....

yang hebat bila perempuan bertemu perempuan ni ::::D

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...