2

Mengapa Impian 2010 Anda Gagal?

16:59 |
Assalammualaikum semua...dah minum petang?Ada yang dok kunyah pisang goreng,cucur udang cecah kuah kacang pergh..minum nescafe pulak tu..terus hilang mengantuk.Ok hari ni otw nak jemput kembar balik sekolah,kite singgah kedai dan al-maklumlah kite ni book/magz worm....pantang tengok yang terbaru di pasaran terus gi kaunter bayar.Tapi kite memilih jugak,selalu kite tengok tajuk depan kalau sempoi dan ada 'isi' baru beli.Dulu remaja suka sangat baca Cleo,dah dapat anak beli Pa & Ma pulak.Anak2 dah besar kite tukar pula,beli In Trend,Cosmopolitan,Eh!,Harmoni,Mastika,Nur dan Dara(perasan anak dara lagi he3).Tapi tadi boleh tertarik pula nak beli Mingguan Wanita.Padahal dari dulu kite tak suka sangat ngan majalah ni,tapi bila tengok Diana Rafar ngan baby,terus je beli.

Comel kan?Nama baby Diana-Zamarul ialah 
Kashfi Haiqal yang bermakna 'Pembuka pintu hati'.
Dilahirkan pada 29 Oktober di Pusat Perubatan 
Darul Ehsan,Shah Alam.Secara normal dengan berat 2.99 kg.

Ada banyak artikel yang menarik pada keluaran kali ini.Antara topik yang kite pilih adalah di atas.Mungkin korang tak sempat beli atau memang tak minat majalah ni.Rugi sebenarnya,jangan nilai luaran sedangkan banyak isi yang berguna.Takpe kite kongsikan bersama.Jom baca;

Mengapa Impian 2010 Anda Gagal?
(Ditulis oleh:Dr.Haji Juanda Bin Haji Jaya
Perunding Undang2 Keluarga Islam)

Peralihan tahun sentiasa berlaku,tetapi sasaran dan matlamat yang anda harapkan akan berjaya akhirnya kandas begitu sahaja.Mengapa kegagalan yang sama berulang setiap tahun?Tahun baru pastinya menerbitkan azam baru dan perancangan baru tentu sahaja dengan semangat baru,apakah cukup hanya dengan modal semangat?

Allah s.w.t. berfirman supaya hamba-hamba-Nya mempunyai sikap sentiasa muhasabah diri,tak cukup setahun sekali tetapi setiap kali mereka melakukan suatu tindakan semestinya disertai dengan penilaian,adakah ia suatu amal saleh atau sebaliknya.

"Amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar,yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga,tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatinya sesuatu pun.Dan didapatinya(ketetapan)Allah di sisinya,lalu Allah memberikan kepadannya perhitungan amal-amal dengan cukup dan Allah adalah sangat cepat perhitungan-Nya."(surah an-Nur ayat 39)

Siapa pun anda,pastinya mempunyai mimpi dan cita2 yang indah,untuk berjaya sebagai pekerja,pengurus,peniaga,guru,pelajar,suri rumah tangga(kite ler tu he3),wanita berkarier tinggi atau apa2 sahaja jawatan yang anda genggam sekarang.Tidakkah anda tergerak untuk mencari punca dan sebab kegagalan kelmarin ketika anda masih bergembira menyambut tahun baru?

Apakah anda sudah menemukan jawapan dari masalah2 peribadi yang menyumbang kegagalan itu?Semaklah beberapa tip untuk mencungkil kejayaan anda pada masa hadapan.

Tip

1->Jangan maafkan diri anda
Setiap orang pernah gagal,jadi jangan bersedih.Tetapi jangan pula suka memaafkan diri sendiri hingga membuat diri anda tidak bersalah atas kegagalan itu.Anda harus mengakui kegagalan datang dari kesilapan anda dan jangan mencari alasan untuk lari dari kenyataan ini.Orang yang selalu memaafkan diri sendiri bersifat lemah,dia selalu berkata "Alah takpa,masih ada masa panjang,alah esokkan boleh,alah orang lain pun lambat,alah orang lain pun rugi".Akhirnya tenggelamlah dia dengan sikap serba 'takpa' ini.

2->Rahsia kejayaan,usaha lebih dari orang lain
Mengapa dalam persaingan sukan lari pecut 100 meter misalnya,ada yang menang dan ada yang kalah?Bukan kerana yang kalah itu tidak hebat kerana jarak masa mereka hanya setitik dua saja.Tetapi yang menentukan kemenangan itu kerana si pemenang ada usaha yang lebih dari yang kalah.Begitu juga saat kita melakukan perancangan,kalau kita suka menyerah dan tiada usaha lebih,pastinya hasil yang didapati tidak ke mana.Kita hanya perlukan usaha lebih keras sedikit dari orang lain untuk memenangi persaingan ini.Kalau anda bersaing dengan sifat malas maka anda harus mengatasinya.

3->Berbangga dengan ujian
Hanya orang yang mempunyai cita2 tinggi yang merasai ujian berat.Semakin tinggi pokok dipanjat semakin kencang angin yang bertiup.Jadi berbanggalah kalau anda diuji kerana ia membuktikan anda seorang yang berwawasan luas.Kalau si pemalas memanglah selesa dalam zon aman yang diciptakannya sendiri.Maka itu dia tidak memiliki cita2 tinggi,tiada impian dan sentiasa mengulangi kegagalan yang sama.Sesungguhnya mereka yang terkorban di jalan perjuangan ini ramai disebabkan sikap dan pemikiran negatif yang suka menyalahkan orang lain dan persekitarannya.Keadaan ini terus diperbesarkan hingga mereka hilang tumpuan,putus asa,lemah semangat dan cenderung menyalahkan persekitaran yang menguji itu.

4->Aksi bukan mimpi
Cukuplah berangan dan berkhayal,sudah tiba masanya anda beraksi,buat tindakan dan selesaikan pekerjaan anda,jangan berhenti di tengah jalan.Kegagalan berkait rapat dengan sikap kita yang suka menunda dan berhenti di tengah jalan.Habiskanlah pekerjaan anda dan fokus pada yang satu,jangan biarkan perkara2 lain mencuri perhatian anda.Sikap disiplin dan menghargai masa amat penting untuk melancarkan aksi anda dengan mulus.Kadang2 anda beralasan tiada mood melakukan kerja,sebenarnya kejayaan itu bergantung dengan bagaimana kita menciptakan mood yang baik.Jadi jangan tunggu mood datang,ia mesti diciptakan.

5->Ambil pengajaran dari yang gagal dan sukses
Pengalaman orang lain adalah guru paling berkesan memberi pengajaran kepada kita.Tidak rugi jika kita suka memerhati cara berfikir,bertindak dan berkomunikasi dengan mereka yang berjaya.Begitu pula dengan punca2 kegagalan orang lain diharapkan boleh memberi kesedaran kepada kita dalam melalui perjuangan ini.Peranan ilmu yang diabadikan dalam buku2 motivasi juga amat penting untuk membangkitkan semangat kita yang mungkin lemah.Jangan malu mengorek rahsia kejayaan orang lain dan jangan pula sombong apatah lagi mendengki.Dengki punca tertutupnya peluang berkongsi.

Lima tip ini diharapkan boleh membantu kita menjayakan setiap perancangan masa depan.Adakah ia berkait dengan kerjaya,rumah tangga ataupun hubungan sosial anda dengan orang lain.Agar tidak terkubur selamanya niat baik itu jom sambut tahun baru dengan AKSI BUKAN MIMPI!!!


2 comments

5/1/11 20:19

wah comel..motivate dr jap

5/1/11 22:16

@Miss Ran

hye slm perkenalan!kite pun sama juga jdkan ini sbg pembakar smgt buat yg lg terbaik

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...