7

MenGapa WaNita CuRang?

22:00 |
Selama ini kita sering mendengar cerita tentang suami curang dan isteri yang menjadi korban pengkhianatan mereka.Namun,kisah curang dalam rumahtangga kini tidak lagi terhad kepada kecurangan si suami malah si isteri juga turut mencurangi pasangan mereka.Masih ingat lagi kejadian yang berlaku tahun 2009 di mana seorang ibu anak 2 yang ditangkap khalwat.Lebih menyedihkan peristiwa penangkapan itu disertai oleh suaminya sendiri yang hadir untuk meraikan hari lahir isteri.Fenomena ini bukan hanya bererti meningkatnya wanita yang tidak setia,menurunnya nilai moral dan sebagainya tetapi lebih kepada manusia dan perasaan ingin lebih dihargai dan dicintai.


1->Perubahan Motivasi
Penulis buku terlaris,Die Glucksluege,Michael Mary,dari Jerman menjelaskan peningkatan wanita curang berlaku kerana perubahan motivasi wanita dalam mendirikan rumahtangga.Dahulu,wanita menikah kerana ingin mendapatkan jaminan kewangan.Sedangkan kini wanita memiliki karier yang sukses dan dapat memenuhi keperluan hidup tanpa bantuan orang lain.Justeru,bagi mereka perkahwinan perlu dilandasi kemurnian cinta terhadap pasangan.


Namun,perubahan ini tidak sama dengan pandangan kaum lelaki.Sejak beberapa generasi,lelaki percaya bahawa wanita adalah makhluk pasif terutama dalam hal berkaitan seks sehingga mereka mengabaikan cinta pasangan.Sekali gus menjadi ikatan perkahwinan hambar sehingga menyebabkan isteri mencari lelaki lain untuk menghilangkan kesunyian mereka.


2->Tidak dihargai


Setiap individu ingin dicintai dan mencintai.Ungkapan kasih sayang dan pujian suami membuatkan wanita berasa dihargai sekali gus meningkatkan kepercayaan diri.Dan apabila wanita tidak mendapatnya daripada suami,mereka mula berfikir ada sesuatu yang tidak kena dengan diri mereka sehingga sanggup berlaku curang untuk membuatkan diri berasa dihargai.


3->Berjaya dalam karier


Ada wanita yang mencari lelaki lain setelah berjaya dalam karier kerana kerjaya menarik ada kalanya menjadikan rumahtangga sesuatu yang membosankan.Bayangkan perasaannya apabila suami bersikap dingin sedangkan bos sentiasa memberikan pujian terhadap prestasi kerjaya anda.Situasi ini membuatkan si isteri mencurah rasa pada lelaki di pejabat berbanding berdiskusi dengan suami sehingga membawa kepada kecurangan.


4->Ragu dengan komitmen suami
Curiga akan kesetiaan suami juga menjadi faktor kecurangan.Dan apabila suami benar2 curang,si isteri juga tidak teragak-agak untuk melakukan perkara yang sama bagi membalas dendam meskipun mereka tidak berniat untuk berbuat demikian pada awalnya.Isteri melakukan perkara tersebut untuk membuktikan kepada suami bahawa mereka masih mampu menarik perhatian lelaki lain.


LANGKAH MENGATASI

1->Buang perasaan negatif yang wujud dalam diri.Jika anda berasa tidak dihargai atau kurang disayangi suami,lakukan perubahan positif untuk meraih perhatiannya.Anda juga boleh melakukan perkara2 yang disukai bagi mengembalikan tahap keyakinan diri.

2->Jangan sesekali meluahkan perasaan atau menceritakan masalah rumahtangga anda kepada lelaki lain.Sebaliknya,usahakan komunikasi yang lebih berkesan dengan suami untuk mengembalikan semula kemesraan suami isteri.

3->Jangan curiga membuta tuli.Jika berasa suami berlaku curang,carilah bukti terlebih dahulu.Sekiranya benar,berbincanglah dengannya dan cuba cari solusi terbaik untuk menyelesaikannya.Anda juga boleh mendapatkan khidmat kaunselor perkahwinan.



Nota Comel->Kite tak berani nak komen kerana jodoh ditangan Allah.Kite semua tak boleh memandang negatif kenapa,bila dan bagaimana seseorang isteri itu curang.Kite hanya nampak di luaran sedangkan tuan badan yang menanggung.Cuma pinta dan pesan sebagai seorang sahabat dan mewakili isteri2;janganlah berlaku nusyuz.Ingat balik hukum agama.Kalau benar2 tiada rasa cinta lagi,carilah jalan penyelesaian dan perdamaian.Kalau sudah bergelar ibu,ingatlah apa kesan kepada anak.



Kredit Info:

  • Harmoni~Rahsia Wanita

7 comments

16/1/11 22:38

btol3...fiqah stuju sgt...bg fiqah kn..utk elakkan kecurangan..kte msti ikhlas menyayangi psngn kte tu..kne saling mempercayai...huhu..tp..tulaaa...jodoh tu sume ditangan Allah..kte hanya mampu berusaha & berdoa..seterusnya..Allah yg tetapkan..moga2 Allah tetapkan jodoh yg terbaik & kekal ke akhirat nnt..insyaallah..

16/1/11 22:53

Semoga jodoh kita semua berkekalan hingga ke akhir hayat.....insyaallah....

16/1/11 23:12

@Fiqah Alias

insya Allah..amin..kite doakan yg terbaik utk sis!

16/1/11 23:13

@Iman

alhamdulillah..insya Allah.manusia hya merancang tp blh perbaiki lgkh demi lgkh dlm khdpn

16/1/11 23:49

Semuga Allah sentiasa memberikan hidayahNya kepada kita semua.

17/1/11 08:34

kecurangan...baik lelaki atau wanita. Mungkin kita banyak berbicara tentang HAK berbanding PERANAN... (Ikhlas tapi jauh)

17/1/11 11:58

@abuikhwan

slm sahabat!yelah skrg psgn masing2 sdh lupa peranan msg2..ingat lg tak forum bersama dato abu hassan din yg pnh kite kupas?ptt dijadikan bacaan utk kwn2

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...