2

Nak Awet MUda?Jom BerseNam hiarghhhhh.....

18:06 |
Salam sejahtera..salam minum petang.Selamat datang ke Simple Women Fitness.Saya Instructor anda akan bersama-sama instructor yang terlatih untuk membimbing anda sepanjang latihan di sini.Kami ada aerobic classes, body pump, spinning, yoga, step dan sebagainya."Poco-poco takde ke?"~"Oh maaf di sini tiada ye."~"Maaf nak bertanya kenapa sis nampak awet muda ye,umur berapa?"~"Ehem..nanti saya kongsikan cara untuk awet muda."~"Sis pernah dengar tak nama Ben Ashaari..alah yang blogger famous tu.Saya nak tough macam dia.Badan dia pun ketul2 tu...dia rajin ke gym,tu sebab dia pun awet muda."~"Oh ye ke..takpe kami di sini akan latih anda supaya tercapai impian anda seperti,sapa tadi?Ben Ashaari?Sedapnya nama,kejap lagi saya usya blog dia ye"..Mari saya bawa anda melawat Fitness kami.



Hah kawan2 jangan terkejut ye..dah tu tajuk entri pasal senaman kenalah bawa korang ke Gym.Ni credit foto untuk CELEBRITY FITNESS.Ok jom baca artikel yang kite nak kongsikan.Bak kata Lekat Lekit Gurl..entri kena padat,ringkas dan pendek(good tutorial sis)Jom baca;

Jangan berharap anda lebih awet muda,cantik dan langsing sedangkan di waktu lapang anda akan lebih banyak bermalas-malas di rumah sambil menonton rancangan tv kegemaran.Jadi jika anda mahu kelihatan awet muda maka,rajin2lah berolahraga.Berolahraga boleh menjadikan badan lebih sihat sekaligus anda akan awet muda.

Kesimpulan tersebut dikemukakan oleh para pengkaji dari Universiti Saarland yang mendapati bahawa ukuran telomere(iaitu sebuah pelindung pada kromosom yang membantu menstabilkan DNA,tetapi akan berkurang seiring dengan bertambahnya waktu) pada sel imun berkurang dengan cepat pada tubuh atlet yang menjadikan aktiviti olahraga sebagai rutin mereka seharian.

Sepanjang kajian berlangsung,para pengkaji mengukur panjang telomere pada sampel darah 2 kumpulan atlet profesional dan 2 kumpulan orang sihat(bukan perokok),tetapi tidak rutin berolahraga.Hasilnya latihan fizikal yang dilakukan oleh para atlet profesional mampu mengaktifkan enzim telomerase yang membantu menstabilkan telomere,sehingga mengurangkan kemampuan telomere memendekkan leukosit(sejenis sel darah putih yang berperanan untuk menghalang jangkitan dan penyakit.)

Menurut Dr.Ulrich Laufs,hasil kajian tersebut merupakan bukti nyata kesan anti penuaan dari aktiviti olahraga yang dilakukan.Kajian tersebut pasti dapat menambahkan lagi pemahaman tentang kesan perlindungan kesihatan hasil daripada melakukan olahraga,khususnya potensi latihan fizikal dalam mengurangkan kesan penyakit yang disebabkan oleh penambahan usia.

Oh ye kite pun berolehraga juga,tak perlu ke gym,tak perlu ke padang,tak perlu bayar apa2.Rahsia awet muda kite seperti korang juga(solat),kite ada juga olahraga yang lain;

Bersenam seperti ini..keluar semua peluh yehaaa

Tugas yang tiada henti sebagai housewife


Kredit Info & Foto:




2 comments

thanks share link kat sini..

22/1/11 18:23

@THE LEKAT LEKIT STORY

"sama-sama =.=

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...