4

NaK GunTing?JoM DaLam LoRi!

07:32 |

Kedai gunting rambut dalam lori



MOHD. NAFISOL menggunting rambut pelanggannya di atas lori yang dijadikan premis bergerak di Jalan Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur semalam.




TUNGGU GILIRAN. Seorang anggota tentera, Mohd. Nafisol Saad, 39, menarik perhatian ramai apabila menjadikan lori satu metrik tan miliknya sebagai kedai gunting rambut bergerak di sekitar Taman Setiawangsa dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Menurut Nafisol, kerja menggunting rambut pelanggan itu sudah menjadi sumber pendapatan keduanya selepas mendapat sambutan baik masyarakat setempat. Katanya, antara punca perkhidmatannya mendapat sambutan ialah bayaran yang dikenakan hanya RM5 untuk dewasa manakala kanak-kanak pula RM4. Kedai gunting rambutnya beroperasi setiap hari kecuali hari Sabtu bermula pukul 6 petang hingga 11 malam di Jalan Taman Setiawangsa dan sekitarnya. - Bernama

Nota Comel->Alhamdulillah rezeki Allah s.w.t. ada di mana2 sahaja.Jika ada keazaman,buang rasa malu..pasti berjaya.Kite memang respek dengan brother Nafisol ni.Usia pun masih muda tapi berani merubah kehidupan lebih baik dengan cara yang kreatif.Rajin walaupun dah ada pendapatan tetap sebagai tentera.Selalunya orang otai yang dah pencen je keje macam ni.Teringat kata2 abang ipar yang bertugas sebagai mejar di TUDM,rasa penat dah kena hantar kursus sana sini.Malaysia dah macam rumah kedua.Sampaikan ada ketikanya mak abah di kampung merajuk.Maklumlah anak tak ramai,3 orang je.Abang pulak anak sulung.


Tapi abang kata pencen je,abang nak buka bisnes kecil2.Mungkin juga sambil tu nak majukan tanah kebun kat kampung.Tentera memang dah sebati dengan hidup berdisiplin,kerja keras dan semangat berjuang tu tinggi.Jarang kite dengar tentera yang dah pencen duk lepak je goyang kaki kat rumah.Rata2 mesti cari side income.Teringat ada satu pakcik di sebuah kampung di Salak Tinggi,Sepang.Dia pun dah pencen,siap buka kedai gunting rambut bawah pokok.Best betul,dah lah murah,potongan pun ok,peramah.Tapi lama tak pergi sana,apalah khabar pakcik tu.

Seriously sebiji macam ni kedai pakcik tu 



Kredit Info:

4 comments

17/1/11 07:38

nk kena g try ni...

17/1/11 07:46

@Dim Benihana

slm pagi bro!tulah best kan!

17/1/11 11:48

wow . . caya lah !

17/1/11 11:59

@nelly

:tapi takde utk pompuan he3..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...