4

Officemate jealous?Jom baca!

01:07 |
Kejayaan,kecantikan,kekacakan,bergaya,popular..semua ada pada anda?Jika ya,rakan dan musuh akan sentiasa disekeliling anda.Kadang2 anda tak perasan dan tak sangka officemate yang selalu makan bersama,gelak bersama adalah musuh anda dalam diam.Mereka yang cemburu boleh menghalalkan segala cara untuk menjatuhkan anda.


Ciri-ciri:


  • Dia akan cuba mengalahkan apa pun yang anda lakukan.Rakan yang cemburu boleh memburukkan anda di belakang,apatah lagi jika anda melakukan kesalahan.Menghadapi rakan sebegini boleh menjadi satu situasi yang sukar,yang pastinya tidak ada yang mahu hadapi.Terdapat 2 cara untuk menyingkap rakan yang cemburu,iaitu mengakhiri cemburu mereka atau melawan usaha mereka.
Mengakhiri cemburu mereka

Di tahap ini,anda perlu memikirkan apakah rasa cemburu mereka ini akibat dari anda sendiri?Apakah anda telah melakukan sesuatu yang membuat mereka cemburu?Apakah anda memandang kecil usaha mereka atau anda pernah menyombong diri atas kejayaan anda?

Jika memang anda pernah melakukan perkara seperti itu,anda harus memohon maaf sebelum keadaan bertambah parah.Cara ini dapat memperbaiki hubungan anda berdua,malah menjadikan anda berdua lebih akrab.Demi kejayaan karier,reputasi dan kebijaksanaan,amat penting untuk mengelak dari pertikaian atau salah faham dalam lingkungan kerja.Bersikap tulus.Jika tanpa sengaja anda pernah bersikap bangga diri,cuba cari jalan tengah dan bicara dengan rakan yang cemburu itu.Tunjukkan perubahan dari hati anda dengan ikhlas.

Jika waktu ini,kedudukan anda sudah berada di atas rakan anda tadi,jadilah pemimpin yang mengutamakan kepentingan semua,khususnya para kakitangan.Menangi hati mereka tetapi dengan cara yang benar dan sihat.
Mereka yang dibantu dan merasa setiap permasalahan didengar oleh anda,pasti akan menyokong anda.Cara ini semakin ramai orang yang sependapat dan menyokong anda,mudah-mudahan akan memudarkan rasa cemburu rakan ini.


Atasi dari awal 

Jika anda merasa bahawa ada salah seorang yang mula bersikap cemburu,cubalah sebarkan kebaikan mengenainya sebelum cemburunya semakin menjadi-jadi.Anda boleh memujinya dan ungkapkan rasa kagum anda jika dia benar melakukan kerja dengan bagus.Kuncinya,sebelum rasa cemburu itu berlebihan,sebaik mungkin padamkan bara di hatinya.

Begitu juga jika ada rakan yang mendapat kenaikan pangkat,Usahakan anda juga berasa senang atas kejayaan rakan anda yang lain.Perasaan dan sikap ini akan disedari oleh rakan yang lain.Hindarilah dari menampakkan perasaan cemburu atau negatif terhadap orang lain.

Bertindak demi reputasi

Jika tidak mampu memadamkan rasa cemburu rakan ini,anda tidak memiliki pilihan lain selain bertindak terhadap keadaan tersebut,demi menyelamatkan reputasi anda di syarikat.Jika terdapat fitnah yang tersebar,sebaiknya anda bertindak untuk membuktikan kebenaran.Teruskan dengan berkata positif tentang orang lain,tersenyum dan bekerja keras.Berikut adalah taktik yang boleh anda lakukan:

  1. Cari teman->Salah satu yang boleh anda lakukan ialah menghadapi fitnah atau gosip yang tidak enak tentang anda,dengan memiliki teman yang mengerti keadaan.Jika boleh,biarlah teman anda mempunyai kedudukan yang lebih tinggi agar dia mengerti masalah dan selalu mengetahui perkembangan masalah anda.Namun jangan sesekali anda bersikap sombong kerana mempunyai teman yang berjawatan tinggi.
  2. Punya bukti atau saksi->Ketika rasa cemburu semakin memuncak dan anda pula mempunyai urusan kerja dengannya,usahakan untuk membawa saksi atau bukti untuk menguatkan anda bahawa tugasan anda dilakukan tanpa masalah.Jika dia bermain jahat,jangan sesekali melakukan perkara yang sama.Misalnya jika dia mengirimkan e-mel yang negatif,jangan membalasnya.Usahakan agar tidak ada yang memiliki bukti perkara itu dalam bentuk cetakan.Jika anda mempunyai bukti bahawa individu tersebut mempunyai niat jahat,ini akan membantu membersihkan nama baik anda.
  3. Beri ruang->Tahan keinginan untuk membuat mereka berasa malu atau kecil di hadapan semua orang.Jika musuh anda tiba2 menunjukkan kemahuan untuk berbaik,terimalah tetapi jangan terlalu terbuka,tetap waspada.Jangan remehkan kesempatan ini dan terima maaf mereka dengan ikhlas.

BE POSITIVE !!!

4 comments

musuh sentiasa ada dimana2 even dlm selimut pun.. tips yg berguna

8/1/11 11:16

penyakit jeolus ni la plg bahaya kl xdiubati cpt...huhu...

8/1/11 13:41

@THE LEKAT LEKIT STORY

tulah tak dpt nk bezakan mn kwn mana lwn

8/1/11 13:42

@CIK TOM

kite pun tkt!!!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...