6

Panas..panas..jom minum petang!

17:26 |
Yuhuu semua..dah petang ni korang makan apa ye?Ada yang suka makanan berat so terus makan nasi lemak kukus berlauk,mee kari,laksa.So malam bolehlah diet ye tak?Bagi yang tak berapa lapar,sekadar nak alas perut bolehlah layan pisang goreng,keropok lekor,kuih-muih dan sebagainya.Kite teringat pulak satu kuih ni,baru je beli masa pasar malam minggu lepas.


Yummy!!!


Oh macam tu rupanya proses nak jadikan bentuk Tellinga Kajol~brother ni suka Kajol kot,tu dia bagi nama Kajol he3.Memang laku gerai bro ni,kite datang awal so dapatlah snap foto.Cuba datang lepas maghrib perghh..ramai tu Q.Kite panggil kuih ni Peneram.Sedap makan panas2 waktu petang layan lak dengan teh 'o' panas cap Boh Songket(weih korang dah try tak teh uncang Lipton-flavour epal,stroberi dan vanilla..rugi tak try..keharuman teh tu buatkan satu hari 3 kali buat teh 'o')Opss...lari topik pulak.Kite dari kecil lagi tak suka sangat kuih-muih yang manis2,kite suka kuih bergoreng yang pedas.Ntah macam mana tengok abah kite nyum..nyum..layan dengan kopi 434(Muar mari tau),teringin pulak.Start hari tu kite pun suka.


Tu dalam kuali tengah goreng perghhh harumnya bau.Bro ni buat pun sedang2 je manisnya.Tadi kite godek2 resipi jom baca;


Bahan-bahan ( 100 biji atau lebih )

  • 250 g tepung beras
  • 250 g tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula apong (gula melaka)
  • Minyak yang banyak utk menggoreng
  • Sedikit garam

Cara-cara

  1. Ayak tepung gandum dan tepung beras bersama.Masukkan gula pasir dan gaulkan.
  2. 04-08-07_2115
     Larutkan gula apong dan garam dengan air.Masukkan ke dalam adunan tepung.Adunkan.Biarkan 30 minit.
  3. 10-08-07_1550
     Panaskan minyak dengan api yang kecil.Canai adunan tepung dan terapkan bentuk kuih peneram (acuan ada jual). Goreng hingga timbul dan sentiasa balik-balikkan utk masak sekata.
  4. NOTE : kalau masa nak menerap tu adunan melekat, taburkan sedikit tepung gandum pada tempat mencanai, acuan dan tangan.



Ni semua tunggu giliran untuk dimasukkan ke dalam paper bag.Rm2.00 per bag ok ler tu...



Oklah..nak get ready untuk entri terbaru pulak sambil jejak kawan2 ikut section he3....

Kredit Info & Foto:


6 comments

laris la gerai bro tu nanti.. kekekekeke

4/1/11 18:18

tulah ,bro ni pun friendly mulut pot pet pot pet.no wonder ler ramai dtg beli he3..

4/1/11 19:23

like this blog...following..

4/1/11 21:32

@FarhanaFabulous

hye sis..tq..slm perkenalan ye!

7/1/11 17:51

like2...huhu

7/1/11 18:06

@Miss Ran

he3..hye!esok pasar mlm rasa nk beli lg lah

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...