10

Sapa Suka Mekap Tebal2 Jom Baca

03:43 |
Salam..yuhuu..hari ni nak ajar tentang mekap lah pulak.Ok murid2 sediakan cermin tak kisahlah kecil ke besar ke.Kalau takde juga korang pinjamlah jap side mirror motor Adnan Sempit(tak sabar tunggu filem Kongsi lakonan Sam).Keluarkan semua lipstick,eyeshadow,blusher,hair gel.Oh ye dah mekap lawa2 kenalah wangi,kan.Ni muka lawa macam Jessica Alba tapi bau perghhh..kalah ikan masin busuk dalam tong sampah.
Mesti korang semua ada pengalaman kelakar sepanjang belajar pakai mekap.Kite dulu masa Form 1 kena wakili kelas untuk jadi tuan puteri ulik mayang.Dah namanya puteri kenalah mekap lawa2.Baju dah sebiji macam puteri dalam citer Jula Juli Bintang 7,selendang berbelit mengalahkan artis naik pentas,berkelip-kelip lak tu he3...

So mekap time!Penat juga tunggu giliran.Wah rasa cam lawa benor je pakai mekap,tukang mekap tu pulak cikgu.Hepi betul rasa kitelah paling cantik antara puteri2 dalam tarian ni .Tapi ntah macam mana dok ralit cikgu ni pakaikan mekap,tiba2 cikgu tersalah calit celak(dulu2 pakai celak mekah je).Apalagi tonyoh punya tonyoh..kesat punya kesat..maaakkkkkkk...mata kite lebam macam mata panda huwaaa......
Maka naiklah seorang puteri yang elok paras rupanya,cantik pakaiannya diiringi keindahan matanya yang LEBAM bak panda he3....Teruk kite kawan2 gelakkan.Ketara betul mata hitam,itu pun cikgu cuba cover dengan compact powder.Apa khabarlah cikgu kite tu agaknya ye?Masa kite praktikal kat Akademi MAS,Kelana Jaya kite ngan 2 orang kawan terpaksa menyewa di Seksyen 19,Subang Jaya.Bayangkanlah kelas start pukul 8 a.m dan kitorang ni pulak duduk Subang.Masa ni masing2 takde lesen memandu so terpaksalah gunakan bas ulang-alik dari Subang ke Kelana Jaya.Mekap pulak kena tebal2 dari rumah,kalau tak nanti kena bambu ngan instructor.Kawan kite ni lak pagi tu dok tenyeh punya tenyeh so..kitorang pun beratur dan tunggulah bas.Masa tu ada gak yang senyum2 kat kawan kite,kawan kite pun makin lebarlah senyuman balasnya.Kitorang pun naiklah bas menempuhi tahap gaban punya traffic jam kat highway.Fuh syukur dah selamat sampai.Masuk je dalam kelas kitorang jadi perhatian dan.....ha..ha...ha....Erk,ngape ye?Kite pun tolehlah pandang kawan kite tadi kah..kah..he...he...semua jenis gelak keluar.Nak tau kenapa?

"Woit yang kau pakai blusher tebal sebelah ni ngape?Buang tebiat ke?Kau tadi kan tengok cermin ngapa tak perasan?"~"Hah,ye ke?(sambil kelam-kabut kuarkan cermin comel dari handbag)Malunya aku weih,yang kau pun tak bagitahu aku kenapa.Kau bayangkanlah dari K.J ke sini berapa jauh.Oh patutlah orang kat bus stop tadi tu senyum..waa..malunya"~"Macam manalah aku nak perasan,dah aku asyik jalan sebelah kiri kau,duduk dalam bas tadi pun aku sebelah kiri kau"(blusher dia tebal kat pipi kanan).

Jom baca tips ni;

Solekan selain untuk tujuan menampilkan wajah lebih cantik,ia juga turut membantu dalam menutupi kekurangan atau 'kecacatan' pada kulit wajah.Malah bagi sesetengah wanita,solekan menjadi sumber inspirasi,kekuatan dan motivasi untuk tampil lebih berkeyakinan.Tidak hairanlah belek sahaja tas tangan pasti alat solek antara barangan wajib yang boleh dilihat.Malah ada kalangan wanita yang tidak betah tampil di khalayak ramai tanpa mengenakan solekan.

Ini kerana,solekan yang dikenakan dengan cara betul mampu mengubah wajah anda menjadi lebih berseri dan menarik.Namun ketika diri diburu waktu,ada ketikanya seseorang itu kurang berhati-hati mengenakan solekan sehingga hasilnya berubah menjadi lebih teruk.Pemerah pipi yang terlalu tebal atau rambut kaku akibat terlalu banyak mengenakan gel mahupun semburan rambut.Jika mengalami situasi tersebut,anda tidak perlu menanggalkan solekan,sebaliknya tip berikut boleh membantu.

Pemerah Pipi
Jika terlebih menyapu pemerah pipi,tidak perlu bimbang.Sapukan berus bersih dan halus di sepanjang pipi,lalu lap berus itu dengan tuala bersih bagi menghilangkan lebihan sapuan tadi.Lanjutkan mengelap lebihan tersebut sehingga anda benar2 berpuas hati dengan hasil yang tepat.Untuk pemerah pipi berbentuk krim,sapukan sedikit losen secara halus untuk mengurangkan warnanya.

Pembayang Mata
Samarkan warna pembayang mata yang terlalu tebal dengan menyapu warna yang lebih muda.Misalnya pembayang mata berwarna kelabu tua mengilap mampu meneutralkan sebahagian besar warna.

Lipstick
Jika lipstick terlalu tebal atau anda tidak gemar akan warnanya,sapukan lip gloss warna natural atau pelembap di atasnya,lalu serap dengan sehelai tisu.Ulangi sampai anda mendapat hasil atau warna yang lebih lembut dan tidak terlalu tebal.

Minyak Wangi
Menyembur terlalu banyak minyak wangi boleh menyebabkan sesetengah orang di sekeliling anda tidak tahan dengan bau terutama wangian yang terlalu tajam menusuk.Bagi mengatasinya,ketika mahu menyembur wangian jarakkan botol minyak wangi sejauh 25cm dari badan sehingga wangian tersebut tersebar ke sasaran,tapi tidak terlalu jauh sehingga terbuang sia2 ke udara.Satu atau dua kali semburan sudah memadai.

Penyembur Rambut
Terlalu banyak gel,mousse,atau penyembur rambut akan menyebabkan rambut menjadi keras dan nampak sedikit aneh.Jika produk yang digunakan berasaskan minyak atau krim,taburkan sedikit bedak atau syampu di tangan lalu sikat ke sepanjang rambut.

Nota Comel->Korang yang belum kawin tu elakkan mekap tebal,be simple as u can.Nak tebal2 tunggu time mak andam mekapkan.Barulah naik seri pengantin sampai suami pun dok menjeling hingga terjuling,atas pelamin.Dah tu cantik luar biasa dari biasa.


Kredit Info:

Mingguan Wanita:Cantik di mata,cantik di hati

10 comments

6/1/11 06:05

ske tips yang minyak wangi tue..ada org ske sembur banyak2 sampai naik pening di buatnya...

6/1/11 10:29

betul..elok make up simple je...tp serius cik tom xpndi lgsg nak make up2 ni...huhu

bleh la pratik kan ni...tq ye...

6/1/11 14:07

@Nashays

hye!tulah kite pantang btl kalau sembur pfume tak ingat dunia!pfume kalau dh sembur byk sgt..blh myesakkan lubang hdg org sekeliling..

6/1/11 14:08

@CIK TOM

alah Ct kite tgk dh tomei,tak yah mekap tbl2 tgu masa kat pelamin nti..mau kejung suami ingatkan bersanding sebelah top model he3..

6/1/11 16:07

alaaaa akak tak reti la makeup, tapi suke beli makeup haaaa camne tuh hiks :P

6/1/11 17:15

@MAPPIAU

touch up sikit je.tak yah tebal2.tempek compact pdr,eyeliner,blusher skt(tgh 'in' skrg ni color jingga/soft pink) dan lip gloss(soft color).dah cantik!

suka entry nih
momoy makeup biasa-biasa jer
eye shadow pun tak pakai
cuma fokus pada mata anf fake eyelashes
konon korean look la
ngan mata besar2
hoho...

Peristiwa itu masih menhantui diriku...

ATTENTION Kawan-kawan: Blogger Ini DIKEHENDAKI

5/9/13 20:21

nasib la sy tak mekap tebal2..hehehee..cukup la foundation dgn bedak..:)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...