9

Segmen BEN ASHAARI ! MASIHKAH KAU INGAT

14:38 |

Assalammualaikum..kum apa kombat..bat apa batman..men apa..erk..segmen!

Segmen BEN ASHAARI ! MASIHKAH KAU INGAT .. ini adalah sebuah segmen yang mudah .. Apa yang perlu korang buat ialah menceritakan  dengan  mengimbas kembali saat saat kali pertama korang berblog .. Pahit getir korang buat blog .. Susah senang ... Suka duka ... Mereka yang datang dan pergi ... Blogger pertama yang meninggalkan komen .. Kutukan serta kejian .. Bagaimana korang mendapat inspirasi serta semangat untuk bangkit kembali .. Mereka yang sering memotivasikan korang .. Dan macam macam lagi .. Haa.. amacam ??? Menarik ??

BEN ASHAARI

Jika berminat.. Macam biasa .. Sila buat satu entri :
  1. Sila letak header BEN ASHAARI BLOG->Settle
  2. Tajuk : BEN ASHAARI ! MASIHKAH KAU INGAT ?? dan linkkan ke entri ini ..->Settle
  3. Sila taipkan cerita dengan mengambil point yang diberikan diatas sebagai panduan dalam.. Ingat , setiap karangan mestilah MELEBIHI 100 patah perkataan ! Lebih tauuu.. kalau kurang , aku takkan senaraikan ...
  4. Berikan satu nasihat buat blogger blogger baru ...
  5. Sila berikan satu blog yang telah korang FOLLOW hari ini .. Paling terkini !! Tulis urlnya .. dan kenapa korang follow blog tu.. haaaa ..
Hah..tu dia..memang kena dera betul kali ni.Banyak tu nak type..aduh melecetlah jari kitorang semua he3..

~Jawapan no.3~

Yuhuu semua..meh godek sejarah silam rumah(blog) kite ni.Ia ditubuhkan secara Sendirian Buat pada   22 November 2010.Usia rumah ni dah 1 bulan 3 minggu 3 hari.Mendapat dorongan daripada bff tersayang Cute Mummy Fara.Kite pun renovate sana,pecah tembok sini,tukar bumbung situ,cat sinun,susun perabot baru dan  tadaa....lengkaplah sebuah rumah tersayang dengan nombor rumah The Simple Woman Day Book.Kite ni simple type,tak suka serabut otak...jadi semua perabot dan isi di dalam kite cuba susun atur supaya korang singgah je taklah sampai terjatuh tertonggeng.Ngape alamat rumah Born2Touchurheart...sebab kite nak setiap kali korang susah hati,pening kepala,gembira,ingin dekatkan diri dengan Allah,mencari tips atau menambah ilmu..kite setia menanti untuk menghiburkan,menemani dan menasihati chewah...


Suka duka..erm...masa mula-mula rumah dibina,adatlah "rumah dah lama siap tapi pahat masih berbunyi."Pernah seorang rakan tinggalkan surat bercetak di kotak pos(Shout Mix)..puji template yang baru cantik tapi pilihan font untuk hiasi rumah berterabur dan berserabut.Si dia tak tinggalkan jejak(Anouymous)tapi kite dengan teruja dan tak marah siap balas surat tu dan ucapkan terima kasih kerana menegur.Terus delete perabot(font gadget)dan maintain tulisan biasa.Kite dah tahu  siapa dia dan kalau dia baca..kite nak ucapkan "terima kasih daun keladi."Pengalaman pahit getir yang tak  boleh dilupakan?Ini adalah dinding(template) ke-5!Bukan suka bertukar cat dinding tapi tiap kali tengok jiran sebelah-menyebelah tambah frame gambar(widget) baru,kite pun nak jugak.Punyalah geram tiap kali angkut je perabot dan frame punyalah susah nak bawa masuk.Tersangkut di depan pintu(error in html code).Tulah sebab bertukar-tukar dinding dan perabot.

Pengalaman manis apabila ada tetamu pertama yang meninggalkan buah tangan(komen) dan sudi menjamu selera(tutorial)kite.Tutorial Pasang Blog Kalendar Sebagai Blog Archieve dibawa balik oleh Feeza Yusof(student at Moscow).Terima kasih sis!!!Dalam suka suki menyusun perabot(widget) tup..tup satu hari tu rumah kite BLACKOUT!!!Rasanya dah bayar bil elektrik..hoho..rupa-rupanya dok sibuk angkut perabot melalui semak lalang penuh numeral dan alphabetical(edit html code)...kite terlanggar wayar!Maka menjeritlah tetamu(ada blogger yang singgah masa tu he3)sebab tiba-tiba takde lampu.Hitam..gelap...Kelam-kabut kite tebas semak lalang tadi dan akhirnya dapat juga cantum semula wayar tadi(Tobat lepas ni kena rajin back up template he3).

Masa mula-mula rumah dibina takde sesiapa pun yang sudi singgah.Tetamu setia(followers) pun cuma Cute Mummy Fara.Tetamu yang datang dan pergi memang macam..."angin bayu membawa diriku".Bayangkanlah Mr.widgeo yang tukang sapu lantai pun kesiankan kite huhu.Kite kuatkan semangat mungkin rumah ni berhabuk,perabot lintang pukang,sajian tak menepati selera..kite kuatkan semangat.Tak boleh sombong lalu kite singgah sana,lompat sini,terjun sinun,terjah sampai tersembam(lepak baca entri kawan2)..akhirnya dengan sikap peramah dan bersopan-santun kite mendapat follower yang ke-2 iaitu Mommy Pinky(femes ni)dan diikuti DeQdEq(korang tak kenal memang tak patut..femes ni he3).Dan lepas tu ramai tetamu sudi singgah dan kite pun cukup seronok sebab ramai tetamu yang dah kenal rumah ni.Alhamdulillah.Kadang-kadang ada tetamu yang tersesat singgah tapi kite sambut dengan senyuman(say hye di Shout Mix)dan kite hidangkan jamuan(entri).

Siapa yang memberi inspirasi dan motivasi?Sudah tentulah my bff dan semakin berkobar-kobar apabila tetamu yang berpengaruh dan dihormati sudi jadi tetamu setia.Siapa lagi kalau bukan....Bro Ben Ashaari yang menjadi tetamu ke-21!!!Suka..suka.alhamdulillah.Dan selepas itu kite mendapat lebih ramai tetamu yang hebat,kreatif,comel,kacak dan datang dari pelbagai latar belakang dan karier.Setiap teguran,tutorial dan nasihat yang diberikan melalui entri masing-masing menjadi pegangan untuk kite berhati-hati menarikan jemari.Semua tak kedekut beri pendapat dan meninggalkan komen.Tidak sombong dan sanggup membimbing rakan-rakan.Semua adalah inspirasi Aleasara....terima kasih.


~Jawapan no.4~

Nasihat untuk blogger baru?Wah kite dah seniorlah jugak ye..he3.Tak layak nak bagi nasihat.Cuma nak saling ingat-mengingati  khas untuk blogger yang baru lahir pada tahun 2011.Ini dari pengalaman sendiri.


~Biarlah sibuk manapun cuba update entri.Tak dapat banyak,satu pun jadilah.Tak sempat nak type on the spot,buat auto publish masa free.Jadi kawan2 yang singgah dapat baca entri terbaru selalu.

~Jangan sombong!Kenalah rajin BW.

~Hargailah setiap entri kawan-kawan.Kalau suka tinggalkan komen yang berkaitan dengan isi cerita.Bukan senang nak cari idea,nak menaip lagi..nak menyusun perkataan lagi.Kalau tak minat nak tinggalkan komen,tinggalkan jejak di Mister Linky's atau di Shout Mix..biar tuan rumah dapat balas jejak.

~Kalau berminat dengan entri kawan-kawan minta izin untuk kopi teh(Copy&Paste).Janganlah lupa nak bagi kredit pada pemilik entri.Walaupun korang type entri daripada artikel  majalah/suratkhabar sekalipun!Isu ni memang tengah panas..sampai tak larat nak baca.Bertimbang rasa,bertolak ansur dan hormat-menghormati.Ingat..hari ni hari dia,esok mungkin korang pulak terkena!

~Jangan buat blog semata-mata nak berlawan dengan geng lain..siapa yang dapat lebih ramai followers atau siapa yang dapat followers femes demes.Memang itu serba sedikit mempopularkan blog korang,tapi yang penting ingat semula nawaitu.Betul..blog tanpa followers ibarat pokok tanpa buah.TETAPI bukan ukuran kuantiti followers..yang penting korang pastikan blog mempunyai banyak entri yang berkualiti.Dan kite sendiri masih banyak kelemahan untuk diperbaiki.Masih banyak entri yang perlu diperbaiki.

~Jawapan no.5~

Blog yang baru sangat kite follow ialah;

Long Haffiz Long Hassan.

Coretan Perantau || Kisah Anak Malaysian di Kota London


Kite baru je follow pagi tadi sebab balas jejak di Shout Mix.Seronok baca pengalamannya sebagai pelajar London School of Economics (LSE) dalam bidang Accounting and Finance.Nak kenal lebih lanjut boleh klik [di sini].Kata-katanya di Shout Mix->meskipun ad yg tak brpluang ke London tp di blog nie korang leh baca kehidupan seorang Londoner.
(bro..kite promote blog ni boleh ye he3...)

OK bro Ben Ashaari,siap dah..perghh jenuh jari ni type laju-laju.Selamat berkenalan pada semua kawan2 yang pertama kali singgah di sini.Ta daaaa......


9 comments

15/1/11 17:08

Nice!

15/1/11 17:21

@Huszaini

hye bro!erm kite belajar ngan bro lah ni he3...suka lpk kat geng kembar sempoiiiii

wah panjang berjela ni.. lebih dr 100 perkataan dh ni

15/1/11 18:34

@THE LEKAT LEKIT STORY

he3..dah bro BA kata kena lebih.kalau krg tak mau baca he3...

15/1/11 22:56

nice blog..
salam perkenalan, wah dasat betul entri ni,
panjangnya..serius ke br 1 bulan lbh usia rumah ni, mest rajin BW ni

15/1/11 23:01

@Dim Benihana

hye btl tak tipu he3..yelah kot rjn bw dah tu dok melangut dpn dashboard tgk n3 menarik trs terjah he3..dulu bro BA srh nuat segmen tak lbh 100 btl2 kite kira satu2 word.la ni bro kata mesti lbh..ha..btl2 lbh!

16/1/11 02:01

yeah...semoga terus maju jaya dalam dunia blog...

16/1/11 02:16

@Lulu caldina

hye sis!tqvm ye!

eh..
ada my blog..
keh2..
*blushing2*

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...