8

SeGMeN MaDaH PujaNgga

23:00 |
Salam pembuka bicara..apa lagi tu....

BEN ASHAARI

  1. Letak header blog BEN ASHAARI
  2. Tajuk , SEGMEN MADAH PUJANGGA dan linkkan ke entri ini ..
  3. Berikan madah / kata kata motivasi anda .. Jangan plagiat atau ciplak mana mana punya yer .. Kreatif ! Anda kan blogger ..
  4. Tinggalkan url entri korang di ruang entri ini ..
    image
    Di manakah daku berdiri kini;
    Mimpikah daku di siang hari;
    Ku pandang kiri...tiada sesiapa;
    Ku pandang depan..ada cahaya.

    Jika ku setia menunggu di sini;
    Pastikah  ada temanku nanti;
    Tiada sapaan tiada teguran;
    Bolehkah daku sendirian?

    Cahaya di depan seribu makna;
    Mengamit daku terus melangkah;
    Dunia realiti atau pun maya;
    Ku berani menongkah arah.

    Rupanya daku di dunia maya;
    Rakan blogger datang menyapa;
    Nama ku Aleasara;
    Sudikah berteman dengan hamba?

    Mari kawan mari saudari;
    Selamat datang ke dunia kami;
    Pesan kami sematlah di hati;
    Agar jadi blogger dihormati.

    Jangan sesekali iri hati;
    Apatah lagi bongkak diri;
    Berkongsi entri berkongsi diari;
    Jangan sampai aibkan diri.

    Dunia blogger dunia yang indah;
    Jika bijak jari menari;
    Usah gaduh usah bertelagah;
    Kita semua sama di sini.





8 comments

12/1/11 23:19

fuyoo~ :D

12/1/11 23:27

@kay yea

hye kay yea!moh lah join he3..

13/1/11 00:14

(^_^) pendekar suka yang ini...(^_^)

13/1/11 00:23

salam

suka ayat ni

Dunia blogger dunia yang indah;
Jika bijak jari menari;
Usah gaduh usah bertelagah;
Kita semua sama di sini.

13/1/11 00:23

singgah dari blog Ben Ashaari.. hehe

13/1/11 00:31

@FaKArePa!n

yuhuu slm pagi khamis!hye..hye slm perkenalan ye!

13/1/11 00:32

@sissyira

slm pagi sis!trma kasih ye ^-* sudi sggh di sini

13/1/11 00:34

@Pendekar Berkuda

slm pagi..yuhuu!Kuda kite tadi tambat kat atas gunung DoBiLea he3..trma kasih alhamdulillah.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...