12

Tegur Bf/Hubby Secara Halussssss

23:11 |
Assalammualaikum semua...penuh dashboard dengan entri terbaru kawan2 blogger.Kite pun  nak join jugak he3..Sambil relakkan otak,kite belek2 Cosmopolitan Januari~Lisa Surihani.Ketawa pulak masa baca sorang2.Nak tau...jom;


HELAH KENDALI TABIAT BURUK SI DIA


Dia sempurna  tetapi....Ada bau badan
"Teman lelaki saya berbau.Saya suka lelaki gagah tapi bau badannya memang buat saya tak tahan.Sudah tentu orang lain akan mengata."

Fix it->Belikannya set mandian badan dan beritahunya yang haruman set itu adalah kegemaranmu.Katakan kamu mahu dia mencubanya tanpa memaksa atau bercakap secara direct hingga mencalar egonya.

Dia sempurna tetapi....Selalu malas berus gigi
"Sejak berumahtangga 3 bulan lalu,barulah saya perasan yang si dia jarang memberus gigi.Mungkin juga dia berus gigi masa saya tiada di rumah,tapi adakalanya bau mulut dia agak teruk."

Fix it->Buat2 bercerita tentang seorang teman sepejabat kamu yang malas berus gigi hingga giginya mereput,sampai perlu berbelanja beribu-ribu ringgit untuk betulkannya.Ditambah dengan sakit yang amat sangat.Jika mulutnya masih berbau,berikannya mint untuk hilangkan bau itu.Jika dia masih tak ambil pusing,memang tiada cara lain-kamu kena berterus-terang dengannya.Katakan padanya betapa dia lebih seksi jika memberus gigi 2 kali sehari.

Dia sempurna tetapi....Selalu lewat
"Saya boleh jamin dia akan menghadiri apa saja acara-tak kira keluar date atau hadiri majlis pejabat-10 hingga 15 minit lewat.Punyalah teruk,hinggakan saya dan teman2 biasanya bertaruh berapa lama dia perlukan untuk muncul.

Fix it->Dia lambat sebab dia tahu dia tidak akan dimarahi.Mungkin kamu selalu biarkan saja,walaupun terpaksa menunggunya selama berjam-jam di restoran.Lain kali,bila dia beritahu 'tak sedar waktu',pergi saja dari situ.Bila dia telefon kamu kemudian untuk tahu kamu di mana,gunakan nada selamba dan beritahu kamu dah 'blah'.Dia akan terkejut kerana kamu sanggup tinggalkannya dan ini akan membantu si dia untuk ubah tabiat buruknya.

Dia sempurna tetapi....Suka ambil barang saya tanpa minta izin
"Kami dah bersama agak lama,jadi dia rasa apa saja milik saya adalah miliknya juga.Dia akan selamba pinjam kereta tanpa bertanya khabar,bawa pulang akhbar yang saya beli ke rumah untuk dibaca dan 'rasmikan' makanan yang saya belum lagi sentuh."

Fix it->Bila kamu berada di rumah atau pejabatnya,bawa pulang sesuatu yang pasti dia akan tercari-cari seperti pengecas bateri telefon bimbit.Bila dia tanya,cakap saja kamu ingat dia tak kisah,kerana dia pun suka ambil barang kamu,kan?Bila terkena batang hidungnya sendiri,sudah tentu dia akan lebih cepat sedar.Kemudian cadangkan supaya dia minta izin terlebih dulu sebelum mengambil atau menggunakan apa2 barang milikmu.

Dia sempurna tetapi....Obses dengan rambutnya 
"Dia selalu habiskan masa 20 minit semata-mata nak betulkan rambut.Malah dia mesti bawa gel dalam pek kembara kononnya untuk digunakan di saat2 kecemasan.

Fix it->"Kipas"lagi egonya.Beritahu betapa dia nampak sangat kacak tanpa lambakan produk pada rambutnya.Malah lebih seksi bila rambutnya kelihatan lembut dan 'bebas'.Jika dia tidak yakin,beritahu saja lelaki zaman ini dah tak guna gel rambut.Tentu dia tak mahu nampak ketinggalan zaman.
Dia sempurna tetapi....Mengunyah dengan mulut terbuka
"Dia mungkin tak sedar orang lain boleh perasan tabiat dia.Lebih teruk,dia mengunyah sambil berbunyi-bunyi bila menikmati makanan.

Fix it->Rakam video bila dia sedang makan,tunjukkan klip itu kepadanya selepas kalian habis makan.Lelaki jenis visual,jadi memperlihatkan tabiat dirinya yang kurang sopan di meja makan pasti akan buat dia sedar.

Dia sempurna tetapi....Suka pakai aksesori hodoh
"Si dia memang pandai bergaya,tapi dia suka sangat padankan pakaiannya dengan aksesori tak kena gaya."

Fix it->Bila dia memakai rantai yang kamu benci,minta temanmu beritahu kepadanya "Patutlah girlfriend kamu tak risau kalau kamu dirampas perempuan lain,sebab rantai tu pasti buat wanita lain lari."Bunyinya memang kejam tetapi sindiran sebegini pasti akan 'melekat' dalam kepalanya itu.

BIARKAN SAJA.....

Kamu mungkin tak menyukainya,tapi ada sesetengah perkara yang memang kamu perlu 'telan'

Teman-temannya
Tiada siapa boleh terima jika teman wanita bersikap kurang ajar pada teman2nya.Jadi jangan 'himpitnya' sebegitu hingga dia terpaksa defend mereka daripada kamu.

Pasukan bola sepak kegemarannya
Jika dia dah biasa dibesarkan menyukai pasukan tersebut,tak mungkin dia akan berpaling tadah.Ia memang dah jadi sebahagian dari hidupnya.Jika kamu cakap 'team 'itu tak penting,memang kamu saja cari pasal.

Perut boroinya
Lelaki pun rasa conscious pasal bentuk tubuhnya seperti kamu,jadi dia akan rasa kecil hati jika disuruh kurangkan makan dan lebihkan bersenam.Ajak si dia sertai gim bersama-sama atau pergi bersiar-siar untuk firm up tanpa beri tekanan lebih kepadanya.


Kalau awek/wife tegur tu,ambillah secara positif ye sebab kitorang semua sayangkan kaum Adam wink..wink..



Kredit Info:

  • Cosmopolitan Januari 2011





12 comments

14/1/11 23:22

stuju3..fiqah stuju..!! klo ngn bf or hubby nie..nk tegur dpn2 nie pyh la ckit..syg la katekan..hehe..so..mmg kne guna cre haluussss laaa..hehehe..=)

14/1/11 23:27

@Fiqah Alias

betul..betul..halusssss

15/1/11 00:29

halus yang tidak menguris hati...

15/1/11 00:52

@abuikhwan

wink..wink..

15/1/11 01:21

hehe.. boley di praktikkan ni ^^

15/1/11 02:45

salam..

lain2 tentang lelaki bleh bertolak ansur lagi, plzzz jgn over cemburu sudah, walaupun cemburu tandanya sayang.

15/1/11 04:19

kaedah terbaikk untuk menegur:)
tq alea..

come n vote alexa,2nd last in the list kat sini
http://gayahspears.com/masa-untuk-mengundi/

tq:)

15/1/11 12:03

@alexa yussida

hye alexa!ok sis otwwww!

Point mengunyah dengan mulut terbuka tu memang saya setuju. Bunyi mengunyah dengan mulut terbuka quite disturbing.

Bila ditegur (straight to the point terus), ok jap. Minggu depan, dia buat balik. Mungkin dah terbiasa sejak kecil.

Nak tak nak,kena terima diri dia seadanya.sayang punya pasal.ngee.

3/6/13 01:20

wah... info ini sgt berguna..hehe..yeay!!!
nak cuba..^^
kalau dah kawen..hahaha^^

3/6/13 01:31

@Gee GTG perghhh kak lea pun lupa entri ni..erkk ni entri kak lea yang ke berapa ye..erk ntah...geeeeee tqvm geledah entri kak lea...ngeee :-d

3/6/13 01:31

@Gee GTG perghhh kak lea pun lupa entri ni..erkk ni entri kak lea yang ke berapa ye..erk ntah...geeeeee tqvm geledah entri kak lea...ngeee :-d

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...