6

Tip Atasi Masalah Anak Lambat Bercakap

11:30 |
TAHAP PENGUASAAN BAHASA MENGIKUT USIA


SEBELUM 12 BULAN

Si kecil sudah mampu memberi beberapa tanda/isyarat dengan menggunakan suara tersendiri seperti 'bababa' atau 'tatata'.Pada usia sekitar 9 bulan pula,mereka akan mula mengeluarkan suara pelbagai nada dan mula boleh mengeluarkan perkataan pertama yang mudah seperti 'mama' atau 'dada' tanpa mengetahui apa maksudnya.Sebelum mencecah usia setahun,bayi akan peka dengan setiap bunyi dan akan sentiasa bertindak balas dengan bunyi sejajar dengan pendengaran mereka.

USIA 12-15 BULAN

Si kecil pada usia ni sudah mula berekspresi dengan nada suara dan mula boleh mengikut sekurang-kurangnya satu atau dua perkataan mudah seperti 'ada bola'.Dia juga sudah mula faham dan mula mengikut arahan seperti 'beri mama mainan'.

USIA 18-24 BULAN

Si kecil sepatutnya sudah mula mampu menguasai sekurang-kurangnya 20 patah perkataan pada usia 18 bulan.Ataupun 50 patah atau lebih perkataan apabila mencecah usia 2 tahun.Pada usia ini,mereka sudah boleh menggabungkan 2 perkataan seperti 'adik nangis'.Dan mereka juga sudah mula berupaya untuk menerima 2 arahan sekali gus seperti 'ambil mainan dan bawa ke sini'.

USIA 2 TAHUN-3 TAHUN

Penguasaan bahasa si kecil ketika ini patut bertambah dan sudah petah berkata-kata.Mereka sudah boleh menggabung 2 atau 3 ayat mudah.Mereka juga sudah faham apa yang dimaksudkan atau arahan seperti 'letak barang itu di atas meja' atau 'bawa ke dalam bilik',mereka juga sudah boleh mengecam warna dan bezakan saiz kecil atau besar.

APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN

Luangkan banyak masa untuk berkomunikasi dengan anak anda
Amalkan sejak dari bayi-bercakap,menyanyi dan galakkan tindakbalas dengan pelbagai nada bunyi dari bibir anda.

Membaca untuk si kecil
Mulakan seawal usia 6 bulan.Anda tidak perlu menghabiskan sehingga sebuah buku sekali gus tetapi cukup dengan membaca sambil menunjukkan gambar-gambar yang menarik untuk menggalakkan si kecil memberi tumpuan dan berminat dengan apa yang anda tunjukkan.Cari buku cerita yang sesuai dengan gambar-gambar besar berwarna terang dan menarik.Kemudian gunakan rima lagu nurseri seperti lagu 'twinkle-twinkle little star' ataupun sebarang lagu yang boleh merangsang bayi anda untuk memberi tindak balas.


Galakkan setiap hari
Ia satu cara untuk melatih si kecil untuk bercakap.Terus bercakap dan berkomunikasi dengan anak anda setiap hari biarpun anak belum memahaminya.Contohnya,namakan jenis makanan,terangkan kenapa anda masak,bersihkan bilik,tunjukkan objek ataupun terangkan mengenai persekitaran apabila keluar rumah.Galakkan mereka cuba bercakap seperti tunjukkan ke arah pokok dan sebuah 'pokok'.

Elak ajuk bahasa bayi
Tetapi awas jangan sesekali anda menggunakan 'bahasa bayi' ataupun pelat bayi ketika bercakap dengannya.Ia akan menyebabkan si kecil terus bercakap menggunakan nada bahasa yang salah sehingga terjadinya masalah bahasa pelat.

Dapatkan rawatan segera
Sekiranya si kecil masih tidak menunjukkan perkembangan yang positif,anda perlu membawanya bertemu pakar untuk mengenalpasti adakah si kecil mengalami masalah kesihatan seperti pendengaran,masalah lembam ataupun sindrom slow learner.


Semoga tip ini dapat membantu korang semua!


Kredit Info:

  • Harmoni~Didik Anak

6 comments

15/1/11 12:15

hmm..safiyyah sampai skrg belum bercakap. berat mulut sungguh dia. tapi dia faham cakap kami

15/1/11 12:20

@Nadiah Sidek

slm hye !takpe sis,bykkan rangsangan,jgn paksa anak..insya Allah!

15/1/11 13:56

nisa pun susah hati, baby dah umur 1 tahun 6 bulan, dia tau cakap nak, nanak(tak nak) yg len2 bahasa dia je la..mcm cakap jepun pun ada..kalo nk susu, dia ambik botol bg kat kita, tak pun dia pergi dekat almari yg ada susu dia..hmm..mcm mana ye..

15/1/11 14:10

comel je dgr budak kecik brckp..adik agkat sya dua thun lebih dh petah berckap..he

15/1/11 15:39

@chiLleD...!!

wah mesti cerdik adik tu yer..

15/1/11 15:41

@nisa

hye nisa!biasakan anak belek2 buku bergambar..nisa terangkan lah setiap gambar yang ada.ajak anak ikut bercakap dan suruh anak tengok pergerakan bibir nisa.buka disney channel pun boleh membantu =.=

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...