2

Tip Menghadapi Suami Berzina Yang Terkena Ilmu Hitam~Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah

15:00 |

Banyak ilmu sihir seperti santau,pukau,minyak dagu,minyak seyonyong dan sebagainya.Tetapi ilmu sihir yang melibatkan kes cerai-berai antara suami isteri itulah yang paling utama dan dahsyat sekali.Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah an-Naml ayat 65 yang bermaksud:


"Katakanlah!Tiada sesiapapun mengetahui perkara yang ghaib sama ada yang menghuni langit atau bumi,melainkan Allah s.w.t.sahaja....."

Firman Allah s.w.t.lagi dalam surah al-Jinn ayat 26 yang bermaksud:

"Allah sahajalah yang mengetahui segala yang ghaib,maka ada yang dizahirkan keghaiban itu sesiapapun?"

Salah satu senario sihir seperti firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 102 bermaksud:

"....dalam pada itu ada yang mempelajari ilmu sihir daripada Harut dan Marut,dengannya boleh menceraikan antara suami dan isteri.."

Sekalipun berlaku apa-apa permasalahan dalam rumah tangga,maka ubatilah masalah itu dengan bersungguh-sungguh tanpa melabelkan ia perbuatan sihir.Perbaiki diri sendiri dahulu dengan lebih merapatkan diri kepada Allah s.w.t.dan perbaiki komunikasi kasih sayang antara suami dan isteri.

PERANAN ISTERI

a->Nasihatilah suami dengan cara yang penuh bijaksana dengan menekankan bahawa apa yang suami lakukan ini adalah salah dan berdosa besar.

b->Sekiranya suami tidak mahu mendengar nasihat,gunakanlah pihak yang ke-3 seperti ibu bapa atau adik-beradik yang suami hormati atau yang lebih tua dan berpengalaman daripada suami.

c->Isteri hendaklah sentiasa solat sunat taubat dan minta petunjuk daripada Allah di dalam menangani masalah yang berat ini.

d->Isteri perlu cuba mengubati suami dengan berjumpa orang yang diyakini boleh menolong dan mengubati penyakit sihir suami.

e->Nabi s.a.w.menyuruh kita beramal untuk menghindarkan dari perbuatan sihir ini ialah dengan
 membaca;

  • Ayat kursi
  • Surah al-Ikhlas
  • Surah al-Falaq
  • Surah al-Nas
  • Surah al-Baqarah~ayat 1-5 serta ayat 255-257 dan ayat 284-286.
Insya Allah lakukan perkara-perkara ini dengan penuh keikhlasan dan keyakinan,Allah s.w.t bersama dengan orang yang bersabar dan bertawakal.


Kredit Info:
  • Harmoni~Bahtera Harmoni bersama Ustazah Dato'Siti Nor Bahyah

2 comments

28/1/11 15:48

nice info :)

28/1/11 15:50

mintak dijauh kan dari bende2 ilmu hitam ni...... aminnn

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...