7

Tip untuk pompuan aje!

20:00 |
Yuhuu semua!Wah..wah..semua sibuk menghadap blog masing2 ye.Kite...erm dari tadi duk melangut depan dashboard klik entri kawan2.Korang ni memanglah rajin kan..tak dapat nak kejar dah ni.Ok korang tentu jap lagi nak keluar..kata malam minggu.Atau esok baru nak jalan-jalan.So jom baca kejap apa yang kite nak kongsikan kali ni.Check it out!



TIP UNTUK KEKAL CANTIK

Mandi dengan air sejuk

Biasakan diri untuk mandi dengan air sejuk terutamanya di awal pagi.Elakkan mandi menggunakan air panas dengan kerap kerana akan menyebabkan kulit menjadi kering.Selain itu,hindari daripada mandi air panas dan kemudian dibilas dengan air sejuk bagi mengelakkan kulit menjadi kasar.Bagi mengekalkan kelembapan kulit  pula,sapukan losen sebaik sahaja selepas mandi.

Pembersih dan pelembap sesuai

Untuk mendapatkan kulit wajah yang halus,gunakan pembersih dan pelembap yang sesuai.Seminggu sekali manjakan wajah anda dengan masker.Pada waktu malam gunakan krim malam bagi menanggalkan sel kulit mati dan memperbaiki struktur kulit.Jika wajah sering terdedah pada penghawa dingin atau cahaya matahari,pastikan anda menggunakan pelembap dan krim pelindung matahari yang bersesuaian.

Penggunaan pisau cukur

Penggunaan pisau cukur terutamanya membuang bulu roma di bahagian kaki dan lengan secara kerap boleh menyebabkan berlaku iritasi pada kulit.Justeru,sapukan krim bersesuaian sebelum anda mencukur.Selepas membersihkan sisa cukuran,sapukan pelembap pada bahagian yang telah dicukur agar kelembapannya terpelihara.

Penggunaan minyak zaitun

Minyak zaitun sangat efektif bagi mengatasi masalah kekeringan kulit.Untuk mendapatkan kuku yang sihat dan lembut,gunakan minyak zaitun yang telah dipanaskan pada bahagian kuku.Minyak zaitun juga boleh digunakan untuk menanggalkan sisa solekan mata anda.Tetapi gosok secara perlahan-lahan bahagian mata anda dengan menggunakan kapas.

Sentiasa membersihkan sisa solekan

Sikap malas untuk membersihkan sisa solekan terutama akibat keletihan menjadi punca kepada masalah kulit.Apabila solekan tidak dibersihkan dengan sempurna,ia akan menyebabkan pori-pori kulit tersumbat serta seterusnya menimbulkan masalah kulit berminyak,berjerawat dan berjeragat.Justeru,bersihkan wajah anda setiap kali sebelum tidur.Gunakan pembersih atau susu pembersih yang bersesuaian.

Penjagaan makanan

Tabiat makan anda juga merupakan salah satu punca kepada masalah kulit serta kesihatan tubuh.Jadikan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai kudapan wajib setiap hari.Serat dan vitamin yang terdapat dalam buah dan sayur amat berguna untuk kesihatan kulit anda.Selain itu,elakkan makan makanan tinggi lemak dan kurang berkhasiat secara kerap.

Sentiasa berfikiran positif

Usah bebankan fikiran anda dengan pelbagai masalah.Tekanan atau terlalu memikirkan masalah sebenarnya mampu membuatkan diri anda kelihatan lebih tua dari usia.Sentiasa berfikiran positif dan ceria selalu.Ketawa misalnya,mampu mengencangkan otot wajah sekaligus menjadikan wajah anda sentiasa muda dan segar.

Ok kawan2 harap ini dapat membantu menyerlahkan lagi penampilan.Bye..bye....



Kredit Info:

  • Harmoni~Tatahias

7 comments

15/1/11 21:34

woww...tips yg hebat!
nak kena amalkan neyh..hehehe

anyway,done following you:)

15/1/11 21:45

tips yg sangat berguna ... tapi kak munna mmg tak boleh mandi air sejuk2 pagie..mesti nak ait heater jugak

15/1/11 22:10

tips yg berguna..
boleh lah kita amalkan selalu :D

15/1/11 22:12

yooo..tak kuar mana2 laaa this week..enjoy my moment kat umah..homelicioussss...jarang2 berlaku..selalu weekend kami out of KL..what a wonderful day dapat duk umah kan...nice tip anyway..

15/1/11 22:43

yuhuu semua...abg ipar army..mmg dia galakkan mdi air sejuk,kuatkan tulang.kalau mandi air panas/suam tu..mcm kat ataslah..nti kulit kering..bdn pun lemah je.tapi kalau ujan sejukkk..mdi air pns he3..

15/1/11 22:46

hehe. good tips. thanks for sharing. hihi. :)

15/1/11 22:51

@Yann Mazian

u r welcome ^-*

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...