0

UbaT TahaN SaKit PunCa PeKaK???

20:00 |
Aduh ada lagi.Baru semalam baca entri tentang bahayanya 'Panadol Bahaya Untuk Hati' di blog Huszaini.Tadi kite baca satu artikel tentang 'Ubat tahan sakit punca pekak'.Teringat mak mertua di kampung,dia sakit lutut maklumlah disebabkan faktor usia.Memang kerap mak ambil ubat ni.Keluarga dan abang ipar selalu nasihatkan selagi boleh tahan,jangan ambil ubat.So far memanglah mak ok je tapi baik mencegah dari sekarang.Ok jom baca apa yang nak kite kongsikan;

Pengambilan jangka panjang ubat-ubatan penahan sakit seperti aspirin dan paracetamol dikatakan dapat memicu gangguan pendengaran pada individu.Kajian terbaru yang dilakukan oleh sejumlah pakar kesihatan di Amerika menunjukkan pengambilan ubat penahan sakit dalam dos besar di kalangan pesakit yang berusia 60 tahun ke bawah mendedahkan mereka kepada risiko untuk menjadi pekak sehingga tiga kali ganda berbanding pesakit yang tidak mengambil sebarang ubat penahan sakit.Risiko untuk mengalami gangguan pendengaran ini menjadi semakin tinggi jika ubat-ubatan tersebut diambil oleh pesakit yang berusia di bawah 50 tahun.


Para penyelidik dari Universiti Harvard,Women's Hospital dan The Massachusetts Eye and Ear Infirmary Boston,Amerika Syarikat melakukan kajian untuk mengenal pasti punca masalah tuli di kalangan sembilan juta masyarakat Amerika.Didapati bahawa pengambilan ubat penahan sakit jenis nonsteroidal antiinflammatory drugs(NSAIDs),seperti Ibuprofen,meningkatkan risiko gangguan pendengaran sehingga 61% bagi pesakit berusia 50 tahun ke bawah,32% bagi pesakit berumur 50-an dan 16% bagi pesakit berusia 60 tahun ke atas.

Ok kawan2 sampai-sampaikan kepada ahli keluarga yang memang bergantung dengan ubat tahan sakit.Untuk lebih kepastian bolehlah refer pada doktor ye.Teringat cerita atok(nenek)kite.Dolu2 manalah ada wujud penyakit yang canggih-manggih macam zaman sekarang ni.Takde ubat2 yang berbelit lidah nak sebut.Zaman dulu susah tak semoden sekarang.Jadi ramai yang makan sayur-sayuran yang ditanam sendiri,ayam yang dibela sendiri.Pokok kata makanan dulu sihat2 dan segar takde awet.Badan pun kuat2.Bayangkan atok kite usia dah 70 tahun pun kuat lagi kayuh basikal gi kedai sampai orang kampung risau.Atok kata kalau duduk lama2 dan tak buat kerja,dia rasa nak demam je.Sekarang atok kite dah 82 tahun,tapi masih kuat gi dapur masak simple2.Cuma lutut je tak kuat lagi.Oq alah..tulah orang pompuan ni,kalau dah berceloteh memang berkait-kait.OK tadaaa.....



Kredit Info:


  • Harmoni~Kilas Sihat






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...