3

Waktu-waktu Mustajab Berdoa

08:30 |
Assalammualaikum sekali lagi.Indahnya hari Jumaat ini..dan kepada kawan2 lelaki jangan lupa tunaikan kewajipan tengahari nanti,ye.Hari ini kite nak kongsikan pula waktu mustajab untuk berdoa.Menurut Ibn'Atha,doa itu mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langit untuk diterima Allah s.w.t.Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawaduk.Sayap-sayap doa itu adalah berdoa dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu yang dimakbulkan doa iaitu;




1->Berdoa sewaktu hujan turun
2->Ketika hendak solat
3->Pada waktu tengah malam terutama sepertiga akhir malam
4->Waktu di antara azan dan iqamah
5->Ketika sujud dalam solat
6->Selesai solat fardhu
7->Ketika berpuasa
8->Malam al-Qadar
9->Ketika khatam 30 juzuk al-Quran
10->Sepanjang hari Jumaat
11->Sepanjang perjalanan semasa bermusafir
12->Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah
13->Ketika iman meningkat kerana mentaati Allah
14->Waktu menerima ujian
15->Ketika tentera Islam berhadapan dengan tentera
16->Ketika ayam berkokok


 

Demi masa
Sesungguhnya manusia sering lalai leka
Demi masa
Sesungguhnya manusia lupa pada Tuhannya

Berpesan-pesanlah kita
Pada paksi kebenaran
Berpesan-pesanlah kita
Dengan penuh kesabaran
Akhirat tak dilupai
Walau dunia dikejari
Dan seimbang di dalam perjuangan 




Kredit Info:

  • 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran~Ustaz Hj.Zahazan Mohamed
  • Lirik Lagu Nasyid





3 comments

14/1/11 10:34

nice info..he

14/1/11 10:38

@chiLleD...!!

slm pg jumaat chiLleD!Alhamdulillah

16/4/12 14:42

thanks for sharing..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...