2

WHI-Evolusi Fesyen Tudung 2011

15:34 |
Salam semua.Dah minum petang ke?Di sini baru lepas hujan lebat,alhamdulillah sejuk je..ni yang malas nak type entri ngee...Tadi semasa kelam kabut masak tengahari,sempat juga tengok siaran langsung WHI dengan 2 pengacara antaranya Shera Ayob(oh dia ni Ex-Kamal Adli dan Shah Jazlee rupanya...comel jugak).


Topik yang dibincangkan seperti di atas dan antara panel jemputan ialah artis Yuna(I like!).Kite sempat dengar sikit2 je isi perbincangan(kang hangit ayam di dapur..tak pasal2 kena perli dengan si kembar he3).Shera tanya Yuna sejak bile pakai tudung.Yuna kata 5 tahun lepas sewaktu dia further study.Dan bila dia terbuka hati nak pakai tudung?Yuna jawab bile dia rasa eh,aku dah besar,dah sampai masanya dan wajib pakai tudung.Apa reaksi pertama kali pakai tudung?Yuna dulu memang fashionita,semua style dia try.Memang banyaklah perubahan sejak pakai tudung.Yuna kata memanglah mula2 rasa gatal kepala,panas,berpeluh tapi dah itu kewajipan kan,jadi buat tak tahu jelah,lama2 biasalah(korang rasa tersentap tak pengacara dua2 tadi).


Jenis tudung yang pertama sekali Yuna pakai?Jenis bawal dan pakai dengan brooch,macam pompuan lain jugak.Lepas tu Yuna cuba mencari identiti sendiri dan nak lain daripada yang lain.Dia tengok gaya bertudung orang Arab.Sampailah satu ketika dia mendapat tawaran dari Hana Tajima Simpson,dan orang kuat Maysaa London.Mak aii cantik siot...Famous Hana dan brand Maysaa ni  tau!Siapa Hana Tajima ye?Dia ni mix Japanese+English dan of course ler fashion designer.Nak tau lebih lanjut boleh klik sini atau cari kat uncle Google he3...

Hana Tajima-married already ye guys!

Tadi pun Yuna datang dengan melaram shawl satin color gold...walaa......Bagi yang fashionita bolehlah klik link yang kite beri tu ye...Tahun baru,semangat baru,imej pun kenalah baru........Ta..daaaaa.....


Kredit Info & Foto:


  1. Hana Tajima Simpson
  2. Uncle Google

2 comments

3/1/11 15:48

hehhe..tersentap habis tu.

3/1/11 15:55

@Novelgurl

erm kite yg tgk tadi,kite lak malu.patutnya WHI ambil ler pgcra yg sesuai dgn topik perbincangan,kan.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...