12

WHI~Mitos Lelaki Pendek

06:16 |
Assalammualaikum..tengahari semalam kite sempat tengok WHI di TV3.Tajuk pun sempoi so kite nak kongsikan bersama semua.Penat tau tulis laju2 kat nota masa diorang berborak,korang punya pasal so mo man tai!.Harap terhibur baca.Ni copy sebiji-sebiji diorang cakap,nasib baik iklan kite tak copy he3.Tak nak menceceh panjang kang banyak lak nak kena type huhu jom baca.


Panel Jemputan:
Zahid
Farish dan Tam
Datin Sharifah Shawati

Benarkah lelaki pendek sukar mencari pasangan dan kurang maskulin.Kebanyakan wanita menganggap itu bukanlah masalah.Sebab ramai juga wanita yang lebih kecil dan lebih rendah daripada lelaki.Lelaki pendek ni kebanyakkannya licik orangnya,pandai cari duit dan senang didekati wanita.



Pendapat orang ramai di Facebook
  1. Junaidah Lamsah->Saya memang sukakan lelaki yang rendah sebab nampak cute,Suami saya pun sama,lagi rendah daripada saya.Kami dah berkahwin selama 16 tahun.Semua ada kelebihan,usah risau yang penting akal jangan pendek.
  2. Wardah Eza->Selalu orang cakap lelaki rendah ni murah rezeki.Ramai yang hidup mewah,ada yang jadi pemimpin terkenal.
  3. Hayati->Pendek tinggi bukan faktor kebahagiaan rumahtangga.Persefahaman,tolak ansur dan saling menyayangi,itulah yang penting.
  4. Wan Nur Ain->Saya percaya mitos yang mengatakan lelaki pendek ni romantik.Si dia sanggup meniru aksi romantik dalam tv seperti video klip(masa ni ingatkan yang tutt....tapi faham betul2 yer.Sebab pengacara Azzura pun mula2 macam blur masa baca he3)
Ini fakta lelaki Columbia tingginya 170cm disahkan paling pendek.Tetapi yang terbaru pula ialah lelaki dari Nepal tingginya 67cm dengan berat 5.5kg.Lelaki pendek lebih berakal panjang.Contohnya pelakon terkenal Tom Cruise..kedua-dua pasangannya termasuk Nicole Kidman dan Katie Holmes ialah wanita yang lebih tinggi darinya.Nicole tinggi 7cm lebih daripada Tom.

Jika dilihat,lelaki yang  kurang dari 160cm dikategorikan pendek.Tetapi di rantau Asia penduduk tidak beberapa tinggi dan ia jarang diperkatakan.Dari sudut pandangan wanita,mereka tidak pilih ketinggian dan paras rupa.Namun rata2 wanita pilih lelaki tinggi.Antara contoh selebriti yang pendek ialah;

Berapa ketinggian tetamu kita ni kalau tak kisah berkongsikan dengan penonton

Zahid->168cm
Farish->167cm
Tam->Rahsia

Benarkah lelaki pendek sukar cari pasangan?

Farish->Tak juga.Senang kot didekati wanita.
Tam->Yelah kitorang kan nampak comel,cute.

Adakah ketinggian jadi penghalang?

Tam->Kalau fikir macam tu tidak akan membangunlah.Capability diukur setanding dengan orang lain.Yang penting pertaruhkan bakat dan kebolehan.

Benarkah lelaki pendek pandai cari duit?


Zahid->Ramai yang cipta nama contoh arwah Sudirman dan Lionel Richie.
Shawati->Lelaki asia selalunya bagi ketinggian 5 kaki 5 dah di dalam kategori rendah.

Lelaki pendek fashionable?

Tam->Nak tutup kelemahan kenalah buat reference.Saya memang tengok dan aplikasikan fesyen junior,pilihan pun lebih banyak,sukakan vibrant color.
Shawati->Tinggi ke pendek ke bukan masalah.Serlahkan penampilan,kalau nak nampak tinggi kena pakai yang ada 'cut' di depan.Cipta ilusi agar nampak tinggi.

Pendapat orang ramai
  1. Kalau dah jodoh nak buat macam mana.Tapi taste saya lelaki tinggilah.
  2. Saya sukakan lelaki tinggi,nampak cool.
  3. Saya sudah pasti suka lelaki tinggi sebab nak padankan denagn ketinggian saya.Yang rendah ni selalu suka nak tonjolkan diri agar nampak hebat.
  4. Tak suka.Kalau perempuan lebih tinggi,nampak macam kite lak 'control'.Rasa macam jalan tak stabil dan tak selesa.
Tam->Heh,lelaki rendah ni murah rezeki tau.
Farish->Terpulang pada individu.Kalau tinggi/pendek tetapi tak fashionable pun tak menyerlah jugak.Oh ye bukan pendek ye..kurang tinggi.
Tam->Kurang keyakinan diri.Kena confident.

Kurang keyakinan diri

Shawati->Jangan anggap ia satu halangan.Apa lagi yang ada dalam diri.Fahami bentuk badan.Contohnya antara Zahid dan Farish.Zahid nampak lebih rendah sebab tak 'tuck in' kemeja,jadi nampak rendah dan montok(Zahid berkemeja kotak2).Farish pula kalau nak nampak tinggi naikkan sedikit baju ni biar nampakkan tali pinggang.Corak menampakkan ilusi.Zahid berbadan besar..oh silap tough ye!Elak memakai corak petak yang besar.Pilih line memanjang agar nampak bentuk badan.Kebanyakan lelaki rendah selalu rujuk foto artis untuk mengubah gaya.Kena fikir sesuaikah personaliti.Kenali bentuk badan dan personaliti diri sendiri.Nak sangat macam artis akhirnya pakaian yang dipilih tak 'in' macam artis tu pakai.

Bukan hanya baju,rambut pun sama?

Shawati->Gunakan pelbagai aksesori di pasaran.'Spike'kan ke atas.Topi pun boleh membantu,boleh bantu 'carry' karakter.
Zahid->Hah saya dah masukkan(tuck in) kemeja.Baru nampak tinggi,kan.
Shawati->Selain itu warna memainkan peranan,jangan gunakan warna pudar dan gelap.Pilih warna ceria dan cerah.
Farish->Macam saya memang sukakan color.Colors are 'in'.Saya pulak tak suka topi sebab saya suke berfesyen rambut.
Tam->Lepas ni saya nak buat style cacaklah.Oh,demi untuk nampak tinggi he..he...Saya ni untung badan kecil,orang tak tau umur sebenar,nampak 25 tahun selalu.Saya pun selalu diberi watak sebagai pelajar.Tinggi bukan satu kelemahan,cuba tengok A-Force/Diver ramai yang pendek/kecil sebab lebih rendah lebih ringan.

Apa pandangan orang sebelum ini semasa Zahid bersama Nita?

Zahid->Biasalah ada yang kata macam tak kena je.Ada juga kata saya nampak 'hot'!

Penggunaan Kasut

Kami nak war-warkan kasut khas untuk lelaki iaitu jenama  GIRAFFE~Simply 10cm Taller


24/7 Online Shopping
Pelapik dalam kasut dibuat daripada teknologi tinggi
Mengurangkan tekanan badan untuk keselesaan
Kasut evalator rahsia selebriti nampak tinggi
Menambah gaya
Tiada alasan lagi malu dan rendah diri
Sesuai untuk lelaki rendah dan sederhana
Boleh didapati di Berjaya Times Square dan Sunway Pyramid

Tam->Yelah tapi saiz kaki saya ni saiz 4/5,kena pergi area kids dulu.

Adakah ketinggian effect pada kamu semua?

Kenalah happy dengan diri sendiri.Mungkin ada faktor2 yang sebabkan rasa rendah diri..hah pakailah kasut GIRAFFE.

Licik..betul ke?

Zahid->Licik di padang bola yelah.
Tam->Licik di kaca tv.
Farish->Tangkas,pantas,comel,cute.

Pernah dengar tak makan taugeh boleh tinggi?

Farish->Dari dulu suka makan taugeh,tak tinggi pun.Ayah saya tinggi,maknanya bukan ikut faktor genetiklah.
Tam->Ibubapa saya rendah,tetapi adik saya tinggi.
Shawati->Atasi secara slowly.Bersyukur dengan apa yang ada.Ada yang boleh diubah dan ada yang tidak.Jadikan kelemahan satu kekuatan.

Pilihan wanita lebih tinggi atau rendah?

Zahid->Takda masalah.
Farish->Saya nak cari kasut GIRAFFE he..he..


Akhir kata lelaki pendek tak apa,biarlah hati dan akal tak pendek!!!



12 comments

sy perempuan pendek.. tp biasa la perempuan byk pendek. sy penah serempak dgn Tam kt OU.. memang terkejut. Tak penah imagine dia sekecik tu.. Memang nampak mcm budak sekolah jer..kalau la jodoh sy dgn dia.. akan menghasilkan anak2 yg krg tggi kekekeke.. tp hubby sy tak pendek. Ketinggian dia normal

7/1/11 08:59

hehe beshla tajuk ni...sy xkisah laki pendek asal lg tgi dr sy sudah....
salam singgah^^

7/1/11 09:00

@THE LEKAT LEKIT STORY
yelah kan,tgk kat tv artis2 nmpk tinggi,bila face 2 face mak aiai..comel jer..cuma tak blh imagine ketinggian Tam tu parat mana ye

7/1/11 09:09

@daylachan

yelah kan..kite dulu bf semua tinggi mcm galah!ntah cam ner terpikat pulak ngan hubby yg comel lote tp tinggi normal he3...

7/1/11 09:18

haha.suke part kasut tu :D diorang kecik so kena carik kasut budak2 pulak.. :D

7/1/11 09:21

@iekasub

kite pun excited nk gi GIRAFFE ni nak tgk dan belek sdri.ada ketebalan pelbagai cm sesuai utk yg rdh/sdhana

7/1/11 09:48

kalo sy suka yg tinggi. Cam seswai gitew.. haha. Tapi kalo jodoh ngan yg rendah pon xkesah.. ok ape.. hehe

7/1/11 10:37

skrang ketinggian dah tak penting...

Tips buat contest / Orang ramai join contest

7/1/11 10:48

@Kodet

betul tu setuju thumbs up!!!

7/1/11 14:23

tak kisah laa.. lelaki pendek.. yang paling penting lelaki itu seorang yang bertangunjawab dan sayang keluarganya..

2/7/13 12:41

AL nak suami lebih tinggi dri AL.. wkakkaka.. xD xpela.. pendek2 un comey pe...xD

2/7/13 13:41

@AiSyA LiEzAin shaa Allah amin..semoga bakal imam tu sporting dan memahami diri AL ^^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...