2

Akuarium paling kecil di dunia

07:18 |
AKUARIUM paling kecil di dunia hanya mengandungi 10 mililiter air.


MOSCOW - Seorang seniman di bandar Omsk, Siberia, Rusia, Anatoly Konenko mencipta sebuah akuarium paling kecil di dunia yang mengandungi air dua sudu teh, lapor sebuah akhbar Metro.co.uksemalam.
Akuarium itu dilengkapi dengan satu penapis air dan ia mengambil masa selama dua minggu untuk dihasilkan.
Menurut akhbar dalam talian, Voice of Russia, akuarium itu dilengkapi dengan pasir, batu pelbagai warna, ikan dan rumpai laut yang mengandungi air sebanyak 10 mililiter.
Konenko merupakan pakar dalam menghasilkan pelbagai perhiasan mini sejak 30 tahun lalu.
Dia sebelum ini menghasilkan tulisan pada beras dan rambut manusia. - Agensi
Nota Comel-->2 hari sebelum kite masuk hospital,officemate pakat kongsi duit nak bela ikan.So simple beli ikan gapi,campur ikan itu ini,campur ikan DBKL...taraaaa...
Katak khas untuk kaki pancing
Cacing gemuk2 weih...yarkkkk
Elok je kitorang beli,esoknya penuh ngan anak ikan.Gamaknya kitorang terambil ikan2 yang pregnant he3...
Kitorang tak ambil akuarium just balang je he3...tak taulah diorang dah beli oksigen ke belum
Nampak tak ikan DBKL yang elok melekap je tu?Officemate kata ikan ni suka makan kotoran.Elok bela ikan ni sekali nanti cermin balang/akuarium bersih je.Apa nama sebenar ikan ni ye?


Kredit Info & foto:


2 comments

25/2/11 11:43

ooo.. itu ikan DBKL ek orang panggil..
Kalau saya jumpa, mesti saya duk tilik ikan ni.. nak tau dia melekat guna apa.. macammana dia bergerak.. tak pernah tengok dia bergerak..

p/s kak ada ubah apa2 ke kat blog ni? Berat drpd biasa. Kat ofis berat, broadband rumah pun, wifi kuarters pun..

25/2/11 12:10

keciknya akuarium tu, bley bela ikan ape je kalu besar tu..eh, bagus la..bela ikan terus dpt anak ramai2...hihihi

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...