0

Al-Kulliyah TV3~Perancangan Menuju Akhirat

14:11 |
Assalammualaikum semua.Alhamdulillah hari ni dapat juga kite menonton rancangan Al-Kulliyah.Maklumlah bila bekerja tak dapat nak follow.Kebetulan masa cuti ni,dapat menambahkan ilmu dan kite hendak berkongsi dengan kawan2 semua.


Penel Jemputan:Ustaz Muhammad Abdullah


Fasa-fasa yang perlu dibuat untuk selamat di alam kubur dan di padang masyhar.

Amalan untuk selamat di alam kubur

1->Amalkan membaca surah al-Mulk(kite pernah berkongsikan surah ini[link])

2->Menghadiri majlis ilmu~para malaikat dan juga makhluk ciptaan Allah s.w.t. tidak berhenti-henti meminta keampunan untuk kita semua.

Amalan untuk selamat di padang masyhar

1->Buat ibadah korban~binatang korban itu akan menjadi tunggangan kita semua di akhirat nanti.

2->Baca surah az-Zahrawan (Dua Yang Cemerlang),iaitu surah al-Baqarah dan surah Ali 'Imran~jika mengamalkan kedua-dua surah ini,ada awan yang melindungi daripada kepanasan di padang masyar.

Ada 7 golongan yang Allah s.w.t. akan lindungi di arasy-Nya.Jadilah salah seorang daripada golongan ini.

1->Pemimpin yang baik

2->Orang yang sentiasa membangunkan ibadah diwaktu malam

3->Orang yang bersendirian mengenangi dosa-dosanya hingga menitiskan airmata~mintalah keampunan selalu dengan Allah.Kalau ada bersalah pada manusia,mohon agar Allah tunjukkan jalan untuk mencari perdamaian.

4->Orang yang sentiasa memakmurkan masjid~datang untuk solat berjemaah,orang yang sangat cinta dan sukakan masjid.

5->Orang yang berkasih-sayang~bertemu dan berpisah kerana Allah.Ikhlas berkawan,berziarah dan mengeratkan silaturrahim.

6->Orang yang sangat ikhlas untuk bersedekah~Sehinggakan tangan kanan memberi,tangan kiri tidak mengetahui.

7->Orang yang meningggalkan maksiat yang mampu dibuat~Contohnya lelaki yang menolak ajakan berzina.Elakkan mengumpat dan menghina sesama manusia.



MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T SELAMATKAN KITA SEMUA DUNIA & AKHIRAT


Kredit Info:

  • Al-Kulliyah TV3~Ustaz Muhammad Abdullah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...