0

Asma'24~AR-RAFI'

23:59 |
Assalammualaikum semua.Hari ni mesti ramai dah rancang nak pulang bercuti ke kampung.Masa nilah nak jengok bertanya khabar keluarga tersayang.Kali ini kite akan berkongsikan zikir nama Allah yang seterusnya.Dan ada zikir yang sesuai diamalkan untuk kawan2 yang merancang pulang ke kampung dan tinggalkan rumah seketika.Sudah pasti keselamatan harta benda menjadi perkara utama.Diharapkan agar zikir ini dapat membantu kawan2 semua ye,insya Allah.

Bismillahirrahmanirrahim

MAHA TINGGI


AR-RAFI',mengangkat kedudukan muslim yang berusaha dengan bertambah iman dan amal kebajikannya.Allah Yang Maha Mulia.

1->Menghindari rompakan/kecurian
Dengan membaca Ya Rafi' 70 kali sehari terutama di waktu malam,Allah s.w.t.akan melindungi anda dari pencuri,rompakan,penipuan dan sebagainya.

2->Beroleh kekayaan
Baca Ya Rafi' 100 kali di hari ke-14 dalam bulan-bulan Islam di waktu tengah malam.Allah s.w.t.akan menjadikan anda kaya dan memberi anda kemenangan terhadap musuh dan kemuliaan pun akan terpelihara,insya Allah.

3->Berjaya di dalam temuduga
Baca Ya Rafi' 25 kali,hembus ke dalam air dan minum.Jika anda akan menghadapi temuduga atau peperiksaan,insya Allah anda akan beroleh kejayaan.

4->Menjadi yang terbaik
Untuk menjadi yang terbaik di kalangan masyarakat anda,baca Ya Rafi' 100 kali setiap malam Isnin selepas Maghrib atau 40 kali setiap malam Jumaat selepas Isyak.


5->Perlindungan
Siapa yang membaca Ya Rafi' 70 kali bila ada orang jahat ingin mempengapakannya,insya Allah Allah s.w.t. akan melindunginya.

6->Beroleh kehormatan,keselamatan dan kekayaan
Baca Ya Rafi' 100 kali setiap malam,insya Allah kedudukan anda akan menjadi lebih baik di sisi Allah yang memandang anda dengan kemuliaan.Anda juga akan selamat dari bahaya dan kekayaan anda akan berlipat ganda,insya Allah.

7->Dimakbulkan doa
Baca Ya Rafi' 20 kali sehari,insya Allah hajat anda akan diperkenankan.



Kredit Info:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...