2

Asma'26~AL-MUZIL

09:30 |
Bismillahirrahmanirrahim

MAHA MERENDAHKAN




AL-MUZIL,Melaknat musuhNya dan musuh-musuh Islam.Mendatangkan kehinaan kepada mereka.Memberi kekalahan kepada mereka yang berbuat jahat termasuklah muslim yang mempunyai niat jahat.

1->Mengatasi ancaman dan dengki
Jika anda menghadapi ancaman dari manusia atau haiwan,baca Ya Muzil 75 kali dan kemudian bersujud dan mohon perlindungan Allah,insya Allah anda akan dilindungi dari sebarang kecelakaan.

Jika anda mempunyai musuh peribadi yang sentiasa menganggu,di dalam sujud bacalah "Ya Allah!Lindungkan aku dari musuhku..(sebut nama musuh).Insya Allah doa anda akan dimakbulkan dan anda akan terlindung dari bahaya.Ini juga akan melindungi anda dari perasaan irihati dan dengki.

2->Perlindungan dari kejahatan
Membaca Ya Muzil 75 kali akan melindungi anda dari penjahat,insya Allah.

3->Mendapatkan wang yang dihutang
Orang yang berhutang dengan anda dan selalu beralasan untuk membayarnya,akan sedar kesilapan mereka dan akan membayar hutang anda sebagaimana yang dijanjikan jika anda membaca dengan yakin Ya Muzil banyak kali di waktu siang dan malam,insya Allah.

4->Menghindari musuh
Baca Ya Muzil 1000 kali untuk selama 7 hari,insya Allah tiada musuh akan datang menganggu anda.

Nota:

Mintalah,Akan Ku perkenankan.

Allah s.w.t. sentiasa mendengar doa hambaNya dan sentiasa memperkenankan permintaan mereka.

Mereka berkata:

"Ya Tuhan kami."

Allah s.w.t.menjawab:

"Wahai umatku,atau wahai hambaKu.Aku mendengar seruanMu."

Jika mereka berkata:

"Ya Tuhanku.Aku di dalam kesusahan."

Allah sw.t. pasti akan membalas:

"Wahai hambaKu,jangan khuatir.Aku akan melimpahkan rahmatKu ke atasmu."

Jika mereka berkata lagi:

"Wahai Tuhan,aku berdosa.Ampunkanlah aku."

Allah akan menjawab:

"Wahai hambaKu,bertaubatlah!Akan Kuampunkanmu."

Jika mereka berkata lagi:

"Aku sakit dan lemah,wahai Tuhan!"

"Mintalah kepadaKu.Aku akan memberi kekuatan kepadamu."

Itulah jawapan dari Allah Yang Mencipta.




Kredit Info:
  • Buku zikir Asma Ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia




2 comments

7/2/11 21:43

salam, terima kasih atas perkongsiaan ilmu itu....semoga dapat diamalkan...amin

7/2/11 21:56

bagus jika diamalkan selalu.....

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...