0

Asma'27~AS-SAMI'

10:00 |
Assalammualaikum dan Alhamdulillah.Terima kasih kepada kawan2 yang sudi singgah membaca nama-nama Allah yang indah ini.Kali ini kite akan berkongsikan keindahan nama Allah yang seterusnya;


Bismillahirrahmanirrahim

MAHA MENDENGAR




AS-SAMI',Yang Maha Mendengar.Allah s.w.t.mendengar segala sesuatu,yang kuat,yang perlahan,yang tersembunyi dan yang tidak diketahui oleh manusia.As-Sami' mendengar makhlukNya walaupun tanpa suara seperti semut,batu,kayu,tanah dan sebagainya.Dia Maha Mendengar suara yang kuat dan yang halus dan yang tidak kedengaran yang dilafazkan manusia,haiwan dan tumbuhan yang memujiNya walaupun mereka sendiri tidak faham apa yang mereka ucapkan.

1->Menyembuhkan pendengaran

Baca Ya Sami' 500 kali selepas melakukan solat Dhuha di hari Khamis,insya Allah apa yang anda doa akan dimakbulkan.Ini berkesan untuk menyembuhkan sakit pekak dan membaikkan pendengaran.Bagaimanapun,jangan lupa untuk berjumpa doktor jika anda mempunyai masalah pendengaran.

2->Doa Jaiz

Baca Ya Sami'150 kali selepas solat sunat 2 rakaat setiap Khamis dan amalkan doa Jaiz,insya Allah doa anda akan diperkenankan.

3->Segala doa dimakbulkan

Selepas solat Zohor di hari Khamis baca Ya Sami' 100 kali,jangan bercakap dengan sesiapa untuk beberapa ketika(setengah jam),insya Allah hajat anda akan diperkenankan.Anda juga akan mendapat rahmatNya jika membaca antara solat sunat dengan solat fardhu Subuh di hari Khamis,insya Allah.


Nota:

Ada sebuah kisah mengenai seorang budak perempuan yang mengalami masalah pendengaran disebabkan sedikit kesukaran yang dihadapinya selepas lahir.Faki mendapat tahu hal ini dan meminta kebenaran untuk merawatnya.Dia datang setiap hari selama 15 hari dan waktunya sentiasa sebelum Maghrib.Dia membaca Ya Sami' 101 kali dan kemudian menghembus kepada telinga yang sakit itu.

Dengan izin Allah,masalah pendengaran kanak-kanak itu telah sembuh 70% dan cerita ini telah diberitahu kepada penulis oleh seorang yang rapat dengan datuknya.



Kredit Info:
  • Buku Zikir Asma Ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...