1

BanGun..BangUnLaH CinTai Rasulullah

13:05 |
Assalammualaikum semua dan salam tengahari.Alhamdulillah berkat kasih-sayang Allah s.w.t. kita semua diberi peluang untuk 'menghidupkan' sambutan Hari Maulidur Rasul.Hari ini bersamaan 15 Februari 2011 (12 Rabiul Awal 1432), kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah Saw.


Bangunlah...bangunlah cintai Rasulullah.Pangkuan ibu adalah madrasah membentuk anak2 mencintai Rasulullah.Pangkuan ayah adalah madrasah mendidik anak2 mencintai Rasulullah.Apakah maknanya?


Ibu boleh membentuk anak2 sedari dalam kandungan lagi dengan mendengarkan alunan zikir dan selawat memuji Nabi Muhammmad s.a.w.Bila anak sedang membesar dan mula mengenal erti kehidupan,pandai berkata dan pandai bertanya,pupuklah jiwa anak dengan alunan nasyid,selawat memuji kebesaran Nabi Muhammad.s.a.w.Ceritakan segala sejarah silam kisah2 pengorbanan Baginda sedari kecil hingga ke akhir kewafatan Baginda.Ceritakan 1 Hari 1 Hadis.


Ayah boleh mendidik anak2 dengan memberi contoh dan teladan.Contohi sikap Rasulullah yang berpakaian sopan dan menutup aurat(jangan lagi pakai seluar pendek ye),rajin berjemaah,mencontohi keluarga Rasulullah,menghormati tetamu dan jiran,menghormati dan menghargai wanita(sebagaimana Baginda menyayangi isteri2nya),tidak malu menolong isteri2 Baginda di dapur,tidak merokok dan sebagainya.


Anda semua...bagaimana????


DOA MOHON DISAMPAIKAN SALAM KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W

"Ya Allah Tuhan Yang Menghalalkan dan Mengharamkan,Tuhan pemelihara masy'aril haram,Tuhan pemilik baitillahil haram,rukun Yamani dan makam Ibrahim,sampaikanlah salam kami kepada Nabi Muhammad s.a.w.
 

1 comment

15/2/11 14:31

SALAM MAULIDUR RASUL =)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...