12

Cerekarama~Ampunkan Daku:Karya Shiela Rusly buatkan kite nangis huwaaa

00:22 |
Assalammualaikum semua dan selamat pagi Ahad.Kite tau korang pun ada yang baru je selesai tengok cerekarama tadi.Perghhh...memang 'touching'.Korang pun tau kan drama ni dihasilkan untuk memberikan kesedaran dan info kepada masyarakat yang selalu memandang rendah usaha KEWAJA(KEM MODAL INSAN KEWAJA).
kewaja
[Link]

Kepada semua rakyat Malaysia, marilah bersama-sama KEWAJA & Gerakan Ehsan Selangor dalam Kempen Membenteras Maksiat & Zina. Tanpa maksiat tiada zina, maka tidak berlaku kes hamil luar nikah. Akhirnya tidaklah terjadi pembuangan bayi2 yang tidak berdosa.

Kami di KEWAJA bersedia membantu gadis dan wanita yang bermasalah. Terutama mereka yang menghadapi masalah peribadi yang serius akibat pergaulan yang terlampau atau terjebak dalam aktiviti yang tidak bermoral. Kami MENYELAMAT - MELINDUNGI - MEMBIMBING - MEMULIHKAN mereka yang benar-benar ingin berubah dan kembali kepangkuan keluarga dan masyarakat. Jangan ragu dan malu. Hubungi Kem Modal Insan Kewaja. Kebajikan Wanita Tanggungjawab Kami: Wanita Didahulukan Maruah Diutamakan.

Seperti dialog yang diucapkan Shiela....
  • Jangan panggil anak haram..sebut anak tidak sah taraf.
  • Bukan salah anak ini tetapi si pelakunya.
  • Jangan mudah menghukum.Kebanyakan gadis2 yang berlindung di Kewaja bukan hanya kerana terlanjur disebabkan nafsu,tetapi juga ada yang menjadi mangsa rogol dan teraniaya oleh sindiket.
  • Beri peluang dan ruang untuk mereka ini.
  • Kalau masyarakat asyik memandang hina,bagaimana hendak membantu mengurangkan kes pembuangan bayi.
Antara barisan pelakon:
  • Shiela Rusly-->Ummi
  • Zamarul Hisham-->Suami Shiela(tak ingat nama he3)
  • Erin Malek-->Khalisah(menyamar sebagai Lisa untuk merapatkan hubungan papa dan mamanya-Shiela &Zamarul)
  • Fauziah Nawi-->ibu Zamarul yang amat membenci Shiela kerana Shiela sendiri adalah anak tidak sah taraf
  • Mak Engku-->Mak We(Penyelia dan orang paling rapat yang bersama-sama membantu Shiela)
  • Fezrul Khan-->Ustaz (dia minat Shiela)
Sinopsis:


AMPUNKAN DAKU(Kredit Info:asfiedaimpiana)


Mengisahkan bagaimana Latifah (Sheila Rusly) yang menubuhkan rumah perlindungan remaja wanita ie KEWAJA. Kisah hidup latifah yang terpaksa berpisah dengan suaminya, Azri (Zamarul Hisyam) dan anaknya Khalish akibat tekanan yang dihadapi daripada ibu mertuanya (Fauziah Nawi). Ibu mertuanya memang tidak sukakannya akibat latarbelakang Latifah yang lahir sebagai anak luar nikah. 

Latifah mengasaskan rumah perlindungan remaja yang mengandung anak2 luar nikah sama ada di rogol atau telah membuat perhubungan sebelum berkahwin. Suaminya Azi, seorang anak emak yang sentiasa mengikut cakap emaknya dan tidak mempunyai pendirian walaupun isterinya sering di tohmah dan didera secara mental oleh ibunya sendiri dan dia tidak pernah untuk membelanya. Disebabkan tidah tahan dengan situasi itu, Latifah mengajak Azri untuk keluar dari rumah tersebut dan membina kehidupan mereka sendiri. Puan Azimah (ibu mertuanya ) tidak mengizinkan anaknya ikut sekali dan meletakkan syarat jika Latifah ingin keluar dari rumah dia tidak boleh membawa satu pun barang atau harta kepunyaannya. Untuk itu, Latifah telah meminta RM300K sebagai ganti, atas pengorbanan dan penyeksaan yang ditanggung selama dia berkahwin dengan Azri. Azri amat terkejut dengan permintaannya itu dan mengandaikan dia sanggup menjualkan anaknya demi wang. Walhal Latifah telah menyatakan dia begitu kecewa kerana suami yang dinikahinya dan dianggap sebagai pelindungnya tidak mempunyai pendirian dan tidak langsung membela isterinya. 


Anaknya yang telah meningkat remaja iaitu Khalish telah mengetahui kisah rumahtangga ayah dan ibunya melalui ibu tirinya Sara (Zila Bakarin) telah lari dari rumah dan tingga di KEWAJA demi mencari kebenaran tentang kisah yang berlaku di antara ibu dan ayahnya. 

Menurut cerita yang di terima dari ayahnya, ibunya telah 'meminta wang sebanyak RM300K' daripada ibu mertuanya sebagai ganti memisahkan khalisha dengannya. Namun demi sebuah kebenaran Khalisha telah mendaftarkan diri sebagai penghuni KEWAJA dengan nama gelaran Lisa. Di situ dia cuba mencari bukti2 untuk menidakkan cerita yang diterima dari neneknya.

Akhirnya Khalisha yang lari dari rumah telah menghubungi ayahnya untuk menceritakan hal yang sebenar dan membawa ayahnya ke Kewaja. Dalam pada itu, neneknya telah mengupah orang untuk mengikut jejak mereka dan memberitahu ke mana anak dan cucunya telah pergi. Ketika Khalisha memperkenalkan ayah dan ibunya kepada penghuni KEWAJA, neneknya muncul dan Khalisha terus memperkenalkan neneknya sebagai pengasas KEWAJA dan telah membuatkan neneknya tersentuh.

Akhirnya berkat usaha dan kerja keras Khalisha untuk menyatukan ibu dan ayahnya tercapai apabila Pn. Azimah terbuka hati dan memohon maaf atas kesilapannya yang lalu.


Tahniah diucapkan kepada JS Production!


12 comments

13/2/11 00:31

Salam, hii tenkiu mention nama ai...emm tp kira kopipaste i nyer entri ek?...tak marah pun, cuma query jer..salam kenal yer

13/2/11 00:36

hye sis..tu kite bagi kredit tau..tak baik copy tak bagi kredit.tak sempat nak tinggalkan link n3,sibuk balas komen tertunggak he3...

13/2/11 00:56

kak!lalala..............

berair juga mata..huhu

semalam nak tgk gak cite ni .. tapi ngantok haha.. dah bace kat sini tq dear

13/2/11 19:31

pengumuman......

asskum n salam sejahtera.

Tahniah buat ALEASARA FAMILY krn berjaya dlm contest pertama kami…dan nantikan bagaimana anda berjaya memiliki hadiah tpt 3 krn terdapat 3 pemenang yang samer tepat jawapan dan kembar 3 family terpaksa menggunakan kepakaran kembar 3 kami utk memilih pemenang tempat 1, 2 dan 3..nak bagi adil…tgu n3 terbaru bagaimana kembar 3 pilih pemenang..

jangan luper hantar maklumat lengkap ke emel kami utk penghantaran hadiah..

anakibu407@gmail.com

terima kasih krn join http://permataibu407.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-berjaya-didalam-titanic.html

13/2/11 19:51

pengumuman......

asskum n salam sejahtera.

Tahniah buat ALEASARA FAMILY krn berjaya dlm contest pertama kami…dan nantikan bagaimana anda berjaya memiliki hadiah tpt 3 krn terdapat 3 pemenang yang samer tepat jawapan dan kembar 3 family terpaksa menggunakan kepakaran kembar 3 kami utk memilih pemenang tempat 1, 2 dan 3..nak bagi adil…tgu n3 terbaru bagaimana kembar 3 pilih pemenang..

jangan luper hantar maklumat lengkap ke emel kami utk penghantaran hadiah..

anakibu407@gmail.com

terima kasih krn join http://permataibu407.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-berjaya-didalam-titanic.html

13/2/11 20:20

betul tu.. kena bg peluang kt dorang.. kalo dibiar makin rosak, makin ramai, makin teruk..
so, bg peluang.. =)

bagus cite2 mcm ni..

14/2/11 08:17

salam.. rugi tak sempat nak tengok.. pkl satu pagi baru sampai rumah... balik dari gathering gang kembar singgah merata tempat la pulak..
Ingatkan ada jodoh nak jumpa abang n kakak kembar ni... tak dapat datang yaa..

bff.. aku ada tag ko yer utk contest..

14/2/11 22:54

salam, Alhamdulillah dgn adenya penerbit spt Sheila tu, harap lebih banyak kisah yang memberikan tauladan yang baik dapat diterbitkan.

15/2/11 12:35

salam

karya sheila mmg hebat2..tapi yang ni memang tak sempat tonton. tapi bc sinopsis kat sini pun dah faham dah...

sheily ngan jinggo memang pandai buat drama
mostly yang sedih2 atau lawak2
momoy memang suka
Peristiwa itu masih menhantui diriku...
100 kerja kosong kerajaan sepanjang 2011

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...