0

Dah malam teringin pulak minum ais..elok ke?

23:38 |
Assalammualaikum dan selamat malam Zzzzzzzz..Ok tu je kite nak beritahu he3....Taklah..hari ni letih sangat,dah 4 hari cuti so keje menimbun.Memang tak sempat nak update entri,rindu pulak macam dulu2 dapat update sehari dalam 5-6 entri.Nak buat macam mana,kena dulukan yang penting.


Malam ni terasa haus je,baru lepas hujan rasa bahang je duduk rumah di bandar.Kalau duk kampung berdindingkan papan,sejuk je kan.Mulalah terasa dahaga dan nak minum air sejuk.Tengahari tadi bersama mak tersayang sempatlah lunch di Ayam Penyet,apalagi kite order air kesukaan.Dalam dok belek2 Harian Metro hari ni (huhu..malam baru sempat baca paper) kite baca artikel ni,apa dia ye?Tarik nafas dulu nak baca ye..panjang bebenor ni weih...


Kite suka Strawberry Juice Snow Shake.Best minum sambil makan jeli yang bulat2 tu

RAHSIA AIS & AIR SEJUK

1->Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit imsonia(sukar tidur) agar dapat kembali seperti biasa.

2->Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka masa panjang.

3->Liputan ais di Antartika(daerah Kutub Selatan) dan Artik(daerah Kutub Utara)adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

4->Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal aktiviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
5->Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

6->Ais amat diperlukan mana2 atlet dalam kecederaan yang tidak disangka-sangka.

7->Ais atau air sejuk kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

8->Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

9->Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan cepat.

10->Makruh mengambil wuduk pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan menganggu sistem deria pada kulit.

11->Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai unsur spiritual yang jahat.

12->Air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang bayi.

13->Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

14->Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan,gila dan koma untuk kembali sedar.

15->Mandi air sejuk akan menguatkan tulang.Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang.
16->Air  sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

17->Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

18->Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah.Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

19->Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut.Menjadi satu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas.Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

20->Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagi tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.
21->Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.

Sebenarnya petua atok kite,jangan langsung minum ais atau air sejuk.Tu sebab anak2 muda zaman sekarang badan tak kuat..sikit-sikit lenguh.Erm tapi kite tak bolehlah tak minum air sejuk,camner tu?


Kredit Info:
  • Harian Metro



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...