8

Dahlah diperkosa beramai-ramai..dipukul pula hingga koma!!!

06:50 |

HAMDAN menunjukkan gambar mangsa  yang koma pada  sidang media di  IPK Negeri Sembilan,  Seremban, semalam.
HAMDAN menunjukkan gambar mangsa yang koma pada sidang media di IPK Negeri Sembilan, Seremban, semalam.Polis cari waris mangsa untuk bantu siasatan 

SEREMBAN: Sambutan Tahun Baru Cina kali ini bagi seorang gadis berusia awal 20-an menjadi kenangan pahit seumur hidupnya apabila dirogol beramai-ramai dan dipukul hingga koma sebelum ditinggalkan di tepi jalan pekan Lukut, Port Dickson, Jumaat lalu.


Mangsa yang memakai kemeja-T tanpa kolar merah jambu dengan seluar pendek paras paha dan tidak berkasut, ditemui orang awam terbaring tidak sedarkan diri di sebuah persimpangan lampu isyarat di pekan Lukut, kira-kira jam 6.35 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Port Dickson dan kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) berikutan kecederaan parah dialaminya. 

“Pemeriksaan mendapati tengkorak belakang kepalanya retak dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul, selain kecederaan lain pada tubuh, termasuk kesan calar pada kedua-dua tangan dan lututnya akibat diseret. 

“Mangsa yang masih koma kini menerima rawatan rapi dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, semalam. 

Hamdan berkata, polis percaya mangsa berketurunan Cina dirogol dengan kejam oleh lebih daripada seorang suspek, berdasarkan kesan kecederaan pada keseluruhan tubuhnya. 
Katanya, identiti mangsa belum dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya. 

Sehubungan itu, katanya, polis meminta keluarga yang kehilangan saudara menyerupai gambaran mangsa supaya menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Fadilawati Borhan di talian 06-6472222 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. 

Beliau berkata, sehingga semalam tiada laporan polis mengenai kehilangan gadis yang menyerupai mangsa, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.


Nota Comel-->Sedih pagi2 tengok MHI~TV3 tentang kes ni.Muka Wardina pun dah menggambarkan dan mewakili perasaan seluruh wanita.Apalah malangnya nasib gadis ni.




Kredit Info & Foto:

8 comments

8/2/11 09:18

siankan dia, apa la ada lg orang kejam mcm ni...

8/2/11 09:20

sedeh sgt kn? semoga kita dijauhkan dr perkara yg tak baik..:(

8/2/11 09:45

adehh~~jemm..jemmm

8/2/11 11:00

ade dengar tadi berita ni kat radio pagi tadi mase tengah drive, memang tak bermoral langsung. mudahan si perogol akan mendapat hukuman yang setimpal.

woot!! woot!! singgah untuk up traffic bff tersayang... pening ni ngah buat budget.. Pheww!! relaks kat sini jap ek..

8/2/11 12:48

sedihnya dgn berita ni..memang binatang manusia2 ni,xpe, org mcm ni memang xakan hidup aman spanjang hayat..kita tunggu saja diakhirat nanti..

8/2/11 12:56

Kepada gadis2 dan wanita d luar sana silalah berhati2. Kepada laki2 d luar sana, saling mengingatkan dan jagalah adik kakak ibu dan saudara2 perempuan korang.

8/2/11 15:44

yuhuu semua!office mate kite pun semua marah baca kes ni..hati2lah kpd semua wanita.malang tak berbau

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...