0

Hah..ni foto latest Ally&Aishah(Bukan Niat nak Rahsiakan Pertunangan katanya)

23:11 |



Berita pengacara popular Ally Iskandar bertunang masih lagi diperkatakan ramai. Timbul dari ruangan gosip sebuah akhbar tempatan Jumaat lalu, masih ramai yang kurang pasti dengan kesahihan berita ini, lebih-lebih lagi kerana tidak ada pengesahan dari tuan empunya badan sendiri.

Namun apabila sekeping gambar Ally bersama gadis yang dikatakan tunangan beliau, Aishah Zainal, mula disebarkan melalui ruang media sosial, tertutuplah segala keraguan di kalangan kenalan dan ribuan peminat beliau.

Persoalan yang bermain di bibir ramai kini adalah, mengapa Ally mengambil keputusan untuk merahsiakan majlis pertunangan beliau? “Niat saya memang untuk memaklumkan kepada semua selepas majlis itu berlangsung. Ini adalah untuk menghormati permintaan kedua-dua ibubapa kami untuk tidak membuat sebarang hebahan sebelum semuanya selamat disempurnakan,” jelas Ally dalam temubual eksklusif bersama gua.com.my pagi tadi.

“Saya sendiri memang suka untuk “keep it small”, dan ada juga saudara mara saya sendiri yang tidak dapat saya jemput. Saya rasakan majlis perkahwinan kami kelak lebih penting dan Insya Allah, akan saya jemput semua saudara mara dan rakan-rakan semana yang boleh. Tetapi jika tindakan saya untuk tidak memaklumkan kepada orang ramai sebelum ini menyinggung mana-mana pihak, saya ingin memohon maaf”.

Majlis pertunangan Jumaat lepas telah diadakan di rumah kakak Aishah di Taman Sri Intan, Ampang

Mula kenali Aishah sejak 2008
Bercakap mengenai tunang beliau Aishah, yang juga merupakan naib juara program realiti “Gadis Melayu” musim pertama, Ally memberitahu gua.com.my yang mereka mula kenal sejak tahun 2008. “Tetapi ketika itu kami sekadar berkawan biasa saja. Memang tidak ada apa-apa hubungan istimewa. Aishah juga baik dengan keluarga saya.”

Semuanya berubah lewat tahun lepas apabila nama Aishah sering disebut sendiri oleh kedua ibubapa Ally sebagai potensi jodoh untuk beliau. “Yang sebenarnya, saya memang dah berjanji dengan keluarga yang saya akan tamatkan zaman bujang pada tahun 2010, jadi apabila rancangan itu tak menjadi, timbullah cadangan untuk saya mengenali Aishah dengan rapat lagi. Saya pun nak tahu apa yang istimewa mengenai Aishah sehinggakan ibu saya pun suka sangat dengan beliau,” jelas Ally sambil tersenyum.

Ally dan Aishah mengambil masa lebih kurang tiga bulan sahaja untuk mengenali hati budi masing-masing sebelum mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan. “Saya merasa begitu selesa dengan dia, dan Aishah sendiri telah melahirkan perasaan bersedia beliau untuk membuat komitmen kepada perhubungan ini. Jadi saya rasa tidak ada sebab kenapa kita perlu tunggu lama untuk mengambil langkah seterusnya,” kata Ally.

Dan apakah ciri-ciri istimewa yang dimiliki Aishah yang telah menawan hati Ally? “She’s smart, and she knows how to manage her life. Beliau mempunyai bisnes sendiri dan niat kami selepas mendirikan rumahtangga adalah untuk sama-sama memajukan bisnes beliau. Tapi ini bukan bermakna saya akan meninggalkan dunia penyiaran!”

Bakal bernikah tahun ini

Sudah tentu ramai yang kini tertanya-tanya bilakah kedua mereka ini akan menjejakkan kaki ke jinjang pelamin? “Insya Allah, penghujung tahun ini kami akan melangsungkan perkahwinan, walaupun tarikh belum ditetapkan,” jelas Ally. Majlis perkahwinan mereka  akan diadakan di kampung Ally di Terengganu dan juga di rumah keluarga Aishah di Melaka.

Majlis-majlis tersebut dijangka akan diadakan pada skala yang agak besar kerana kedua-dua bakal pengantin datang dari keluarga yang besar. “Niat kami berdua sebenarnya inginkan majlis yang agak “personal”, tapi kami faham sudah tentu ahli keluarga kami ingin suasana yang lebih meriah yang dihadiri seberapa ramai ahli keluarga yang boleh. Bapa saya saja ada 18 orang adik beradik!” kata Ally. “Tapi saya harapkan majlis kami nanti tidak akan diberikan jolokan ‘Wedding of the Year’ atau sebagainya. Itu tidak penting buat kami.”

Sudah mula mempersiapkan diri
Terkenal sebagai seorang yang “workaholic”, adakah Ally sudah bersedia untuk mengubah rutin seharian dengan adanya orang istimewa dalam kehidupan beliau? “Ya! Sekarang ini pun, bila sudah bertunang, saya membahagikan waktu saya, sebahagian untuk kerja, dan sebahagian lagi untuk tunang saya. Kalau sebelum ini, tidak dinafikan hidup saya hanya berkisar  kepada kerja saja.

“Pada masa yang sama, oleh kerana Aishah pernah terlibat dalam industri penyiaran ini, walaupun sekejap, saya yakin beliau dapat memahami tugasan seharian saya.”

Tahun 2011 ini juga menjanjikan satu lagi kenangan manis buat Ally. “Alhamdulillah pada bulan April nanti, saya bakal mengerjakan ibadat Umrah,” katanya. “Semuanya sudah dirancang sebelum pertunangan saya, dan saya rasakan ini merupakan rahmat yang sangat besar maknanya buat diri saya.”

Reaksi rakan-rakan setugas
Sementara itu, rakan-rakan setugas Ally juga melahirkan rasa terperanjat apabila mendengar berita pertunangan beliau. “Saya sendiri terbaca gosip pertunangan beliau pada pagi 11 Januari itu sendiri,” kata M.Zulkifli, rakan pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) Ally. “Saya sebenarnya pernah terserempak dengan mereka sebelum ini, tapi tak tahu sejauh perhubungan mereka. Sekarang ini dah pun bertunang, kami di MHI turut tumpang gembira.”

“Sudah hampir lapan tahun saya mengusik Ally mengenai status bujang beliau, Alhamdulillah, kini dah pun semakin dekat untuk naik ke jinjang pelamin. I’m happy for him,” tambah seorang lagi rakan pengacara MHI, Abby Fana. 

Gua.com.my juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Ally dan Aishah di atas ikatan pertunangan mereka!

Nota Comel-->Dah jadi selebriti macam tulah.nak buat macam mana kan.Kalau tak kongsikan hari bahagia dengan peminat dikatakan sombong.Bila berkongsi,dikatakan menunjuk dan berlagak.Erm..kite suka tengok Ally&Aishah...harap jodoh mereka berkekalan bukan setakat di pelamin je tapi hingga akhir hayat.

P/S:Rindulah kepetahan Norzie Pak Wan Chik..apa cerita terbaru dia ye dengan anak2 yang comel tu?

Kredit Info & Foto:




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...