2

Hari kedua di Hospital Putrajaya~Kite dapat peminat tegar!Tak payah suruh follow,'ia' follow jugak ngrrrrr!!!

20:06 |
Assalammualaikum semua...jangan lupa solat Maghrib ye!Hargailah setiap saat yang ada ini untuk menambahkan amal ibadat.Ajal dan maut tak mengira usia.Alhamdulillah Allah masih sayangkan kite hingga diberi peluang untuk berkongsikan pengalaman sebagai pesakit denggi.Terima kasih pada rakan2 yang bagi support dan doakan kesihatan kite.Memang kite tak sembuh sepenuhnya lagi.doktor kata kesan denggi tu..hati kite luka.Kena minum banyak air dan monitor kalau berlaku pendarahan mana2 tempat.Gosok gigi pun slow2 jer tau huhu...minggu depan kena check lagi darah maknanya kena cucuk lagi huwaaa......


Antara simptom kite hidapi:

  1. Kaki & tangan tiba2 sejuk diikuti badan yang panas.
  2. Mengigil akibat badan sekejap sejuk sekejap panas.Puas berselimut,berjaket,berstoking pun...demam tak kebah2.Kalau kebah pun kejap je then panas semula.
  3. Sakit kepala teramat sangat hinggakan nak sujud waktu solat pun sakit.Mata rasa berair.Kepala berpinar.Tak boleh fokus sesuatu lama2.Puaslah tidur cara kuak lentang,kuak kupu-kupu,dan apa cara sekalipun kepala tak hilang gak pening.
  4. Rasa loya & muntah.Masa ni kite tak lalu makan dan tak lalu minum air putih.Kite banyak minum 100 plus campur air putih(hilangkan gas 100 plus dulu )
  5. Jantung berdebar-debar tanpa sebab.
  6. Dah masuk hari ke-3 demam tak kebah2 walaupun puas minum banyak air,ubat diberikan doktor hampir habis,puas mandi dan puas lap badan.
  7. Tak semestinya muncul bintik2 merah(ruam)...simptom denggi pelbagai cara...hati2!
Jumaat~18 Feb 2011
7 pagi-->Bermulalah kehidupan sebagai Pembawa Denggi.Sarapan pagi dihantar dan kite dapat menu Normal Diet.Bergema bacaan doa melalui speaker oleh bahagian Penerangan.Sayu hati bila semua pesakit,nurse dan doktor menadah tangan berdoa.Bersemangat untuk cepat pulih.Sayu hati memandang katil sebelah ...........

Tidur memang tak lena selain kejadian menyedihkan malam tadi(arwah makcik).Doktor dan nurse bergilir-gilir ambil darah dan tekanan darah.Dan hari ini kite ada peminat tegar color biru.Kite tak suka....'ia' nak follow jugak.Nak buat macam mana kan dah kite ni famous he3...Puas kite tolak dan tarik hishhh nak folow jugak!Tau lah kite ni comel janganlah....malu tau!Asyik nak berkepit je ngan kite 24 jam tanpa henti cam ner tu?Tak payah blogwalking pun kite dapat follower tegar di hospital.Well...see my leg he3.....Sapa tu???
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
V
Inilah dia.....comel tak???
Peminat tegar khas untuk pesakit denggi...famous tu!!!
Kitorang tak boleh berpisah

Mesin ni khas untuk pesakit denggi.Nampak tak botol air yang tersangkut tu?Hah,air non stop menngalir dalam badan sampai perut kite kembung dan pipi tembam semacam.Mesin ni untuk mencatitkan bilangan dan titisan air yang telah dimasukkan.Macam mana kite tak kata dia follow?Tiap kali nak ke mana-mana dan nak ke toilet mesti bawa benda alah ni.Bayangkan air non stop masuk dah tentu nak terkencing je.Mengheret benda ni lagi.Memang toliet bersebelahan je ngan kite.Memang dugaan sebab badan dah lemah kena lak heret mesin ni nasib baik ringan.Korang bayangkanlah dalam setengah jam je kite dah 2 kali ke toilet,kalau sepanjang hari berapa banyak mesin ni follow he3.....

Macam mana nak tidur lena.Habis je air dalam botol tu bip....bip.....bip bip...bip bip.....non stop berbunyi mesin ni.Nurse pun akan tukar botol yang baru.Sebanyak 15 botol air dimasukkan tanpa henti huwaa...dah jadi macam ikan buntal!!!Kalau air banyak masuk maka banyaklah air yang keluar kan!So macam mana doktor nak tau rekod.So ini peneman kite yang kedua.....kite dah kata kite famous korang tak percaya!

Hah,nilah cawan plastik khas untuk pesakit.Tujuannya untuk rekod berapa banyak air yang diminum(ml).Nak rekod kat mana pulak?Hah,kat sini pun kite kena buat gak kerja kira-kira ingat kat office je huwaaaaaa....

Ni borang pesakit denggi akan dapat
Ada rekod TARIKH/MASA-MINUM-KENCING

Setiap kali minum tak kira minuman kotak dan sebagainya kenalah tengok berapa ml.Kite memang kerap minum air nak cepat baik.Nak kencing pun kena sukat kuantiti ml(ada botolnya lupa nak snap he3).Mesti rekod keluar masuk air dalam badan.Doktor akan monitor.

Awal pagi 7 orang doktor akan melawat setiap pesakit.Masa sampai giliran kite aduhai bertubi-tubi soalan keluar.

Benda wajib doktor akan check/tanya:

  • Demam
  • Tekanan darah
  • Denyutan nadi
  • Ambil darah
  • Check borang yang kite beritahu tadi tu
  • Periksa badan sama ada muncul bintik2 merah
  • Berlaku pendarahan daripada mana2 kawasan-dinasihatkan tidak gosok gigi kuat2
  • Sakit perut
  • Sakit kepala
  • Bisa-bisa badan
  • Muntah
  • Cirit-birit

Korang nanti kite sambung lagi ye..kepala berdenyut lah pulak....tak boleh menghadap skrin lama2.Nanti kite sambung lagi tau!

2 comments

20/2/11 22:49

seronok duk di hosp... saya mengambilnya sebagai petanda Allah mahu memberikan kerehatan dari kesibukan dunia. boleh membaca, menulis, menghafal tanpa gangguan...he3

20/2/11 23:13

@abuikhwan

"ye sahabat..kite banyak dpt pglaman,betapa berharganya erti sebuah kehidupan dan betapa bernilainya udara segar di luar hospital..tapi kite tak larat nak membaca pening..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...