2

Korang tengah sedih ke???Seseorang wajib reda dengan setiap musibah menimpa~Datuk Ustazah Siti Norbahyah

18:04 |
"Tidak salah untuk bersedih apabila ditimpa sesuatu musibah,tetapi jangan sampai membantah dengan rasa sombong atau sedih melampau-lampau seolah-olah seseorang itu berasakan Tuhan tidak adil"

"Jika sifat itu menguasai diri dan bersikap seperti menolak hikmah atau musibah yang ditentukan Allah,mereka sebenarnya akan menderita 2 kali"

Antara musibah yang berupa kematian,kesakitan,kemiskinan,ketakutan,kegagalan serta bencana sudah ditentukan takdirnya oleh Allah s.w.t. serta amat jelas gambarannya kepada manusia sebagaimana gambarannya menerusi al-Quran.
Penceramah terkenal,Datuk Ustazah Siti Norbayah Mahmood berkata,tidak dinafikan ada yang menderita apabila insan tersayang hilang,meninggal dunia,ditimpa kemalangan atau nyawanya diragut dengan kejam sehinggakan yang ditinggalkan itu berasa terlalu sedih dalam hidup seolah-olah nyawanya turut dibawa pergi.

Namun,sepatutnya seseorang itu harus kembali kepada fitrah diri kita hanya dipinjamkan di dunia ini dan wajib reda dengan setiap ketentuan atau musibah.Manusia yang dibekalkan dengan akal harus bersyukur sama ada ditimpa bala atau kegembiraan kerana ia sudah ditentukan oleh Allah dalam perencanaan terhadap setiap makhlukNya.

Beliau juga mengingatkan penerimaan seseorang apabila ditimpa dengan sesuatu perkara itu dengan memperbanyakkan bacaan al-Fatihah sertan mengucapkan kalimah Alhamdulillah kerana ia membawa maksud 'Segala puji bagi-Mu Ya Allah,pemilik alam ini'.'Rabbi' yang bermaksud pemilik adalah merujuk kepada hak Allah untuk mengambil kita(nyawa)pada bila-bila masa dan menimpakan apa saja kerana semua yang ada ini adalah kepunyaan Yang Maha Esa.
Namun begitu,beliau turut memberi pesanan jika seseorang itu berasa tidak tertanggung dengan ujian atau musibah yang diberikan kepadanya,mereka boleh berdoa agar terhindar daripada seksa dan diampunkan Allah kerana sifat semulajadi manusia yang mungkin tidak mampu menanggung segala ujian itu.


Sebenarnya setiap manusia diuji dan seseorang itu harus tabah menerima segala kemungkinan yang ditimpa kepadanya.Ini kerana tidak akan ditimpakan suatu perkara itu jika manusia itu sendiri tidak mampu menanggungnya sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 286.


Untuk itu hendaklah berdoa selepas solat agar dikurangkan beban derita musibah dengan bermunajat kepada Yang Maha Esa.Antara doanya;


"Ya Allah Ya Tuhan kami,janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau bersalah,Ya Allah Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada orang yang sebelum kami,Ya Allah Ya Tuhan kami,janganlah Engkau memikul kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.Maafkanlah kami,ampunilah kami dan rahmatilah kami,"katanya.



Kredit Info & Foto:
  • Harian Metro
  • I Luv Islam

2 comments

23/2/11 18:41

Bila first time baca maksud ayat 286 dari surah al-Baqarah dulu, saya dapat lebih keyakinan menempuh dugaan Allah ni.. Mungkin org lain tak mampu tanggung apa yg aku tanggung..

Entry terbaru padlie: Budak bermata empat

setiap manusia pernah ditimpa muhsibah..
doa n tawakal kepada Allah..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...