7

Malam pertama di Hospital Putrajaya~Makcik sebelah katil kite nazak akibat paru2 berair

13:32 |
Khamis~17 Feb 2011
-->Tepat 2.30 pm kite pun sampai ke hospital bahagian Kecemasan terus kite diambil darah(lagi sekali huwaaa) dan tekanan darah masih rendah.Terus dibagi panadol(kata tak elok hisyhhhh...kena telanlah gak dah demam).Kite diarahkan duduk tunggu doktor panggil.Adik yang sama ambulan tadi dah dimasukkan ke wad di dalam.Dekat 1 jam jugak tunggu giliran.Ramai pesakit ada yang cedera,ada yang demam,ada yang darah tinggi,isyhh  kite dahlah ting tong,jalan pun macam tak betul dah masa ni.Hubby dengan anak2 terpaksa bergegas ke Terminal One Seremban nak jemput mak,abah mertua yang bertolak dari pagi naik bas dari Taiping.Diorang memang rancang nak datang jumpa kami tapi terkejut betullah menantu kesayangan ni masuk hospital pulak.
-->Kite pun masuk jumpa doktor banyak betul kena check dan kena soal,kite dah letih betul masa ni.Doktor suruh kite masuk bilik 'Zon semi kritikal' untuk masukkan 2 lagi drip air.Alah kena cucuk lagi huwaa...(kite memang anti jarum)Tangan dah lebam2 kena cucuk.Masa ni kite harap sangat kite bukan demam denggi dan boleh balik,dah lah sejuk air-cond kat sini.Bayangkan nak habiskan satu drip tu mau 1 jam.Depan kite lak pun ada sorang remaja perempuan kena denggi tapi nampak dia lagi teruk sampai masuk 4 drip.Heh,samalah kite pun dah 4 drip huhu..teruk ke kite huwaaa...
-->Dengar doktor tu call doktor pakar yang lain dan akhirnya "Aleya Maisarah,anda perlu dimasukkan ke wad kerana disahkan anda demam denggi,bukan demam viral(demam yang disebabkan virus)Nanti kami akan informed husband di luar dan wad anda 4B".Sudah...kena tidur hospitallah pulak!


Tepat 8.30 malam kite pun diusung dengan wheel chair(berlagak konon tak nak duduk nak try jalan tapi kena gak he3).Hubby dah cemas mata merah tau dia risau.Maka bermulalah episod kehidupan sebagai pesakit denggi dan diletakkan dalam wad 'ZON KRITIKAL'
betul2 berdekatan counter doktor dan nurse.Ada 4 pesakit dalam satu bilik dan di depan kite adik remaja yang se'ambulan' dengan kite.Di sebelah sorang makcik pesakit paru2 berair.Di depan kiri pula sorang kakak pesakit bengkak hati.


Sampai je terus diarahkan tukar baju yang femes tu(baju hospital daaa) dan datang 2 orang doktor dan sorang nurse.Macam pop corn doktor ni tanya dan tercungap-cungap kite nak jawab.Alah kena ambil darah lagi dan lagi dan tekanan darah.Doktor terangkan sekarang kite tahap kritikal tapi stabil.Doktor nak monitor sama ada ini demam denggi atau viral.Dan doktor akan kerap datang ambil darah dan tekanan darah.Dan dimasukkan lagi drip.Cucuk lagi alahai...redha jelah...huwaa......
Nurse dan doktor bawa mesin ni ambil BP-tekanan darah

11 malam
-->Selepas selesai kena check dan dimasukkan ubat tahan muntah dan gastrik(ntah bila masa kite gastrik),kite letih nak tidur setelah melalui pelbagai ujian hari ni.Tiba2 makcik sebelah mula meracau dan menyebut semua nama anak2 dia.Sorang anak pompuan dia yang kebetulan giliran dia jaga mak dia malam tu kelam-kabut panggil doktor.Kite dah tak sedap hati dan tak boleh tidur.Doktor dan nurse mula ramai datang ke katil sebelah.Doktor muda2 belaka dan kite yakin kat doktor2 ni,tak pernah ragu2.

Dengar doktor lelaki pujuk makcik tu bagi diorang ubatkan.Tau makcik tu penat terima macam2 rawatan,cucuk sana cucuk sini.Makcik ni dah 3 malam kat hospital malam ni dia teruk sikit.Yang kite dengar makcik ni pakai jantung bateri dah 4 tahun,paru2 berair dan ada kuman kat buah pinggang.Kite tengok macam2 mesin doktor dan nurse bawa masuk dan memang berdebar2 kite kat sebelah ni.Makcik ni mula lemah dan cakap kat doktor sudahlah tu..sudahlah tu...

Beberapa hari sebelum tu makcik ni minta balik rumah tapi keadaan kesihatannya yang tak mengizinkan.Makcik ni pun kena berpuasa malam ni tapi dia asyik minta air sebab dahaga.Anak makcik ni kesian bagi juga sikit je air.

Jumaat~18 Feb~1 pagi
-->Sorang anak lelaki makcik ni sampai dan doktor bincang betul2 depan katil kite.Doktor ni pun beritahu keadaan makcik ni kritikal dan macam2 boleh jadi.Diminta untuk panggil ahli keluarga untuk datang.

3 Pagi~7 Pagi
-->Anak menantu dan cucu mula datang dan penuh bilik kami.Bacaan yasin yang mendayu-dayu diikuti tangisan anak2 betul2 menyentuh hati semua orang masa ni.Doktor kelam-kabut dan masih berusaha menstabilkan tekanan darah.Kalau dah stabil baru boleh bawa makcik ni ke ICU.Dah tak dengar suara riuh makcik ni,anak2 mula risau dan gelisah.Dalam keheningan pagi bacaan yasin yang berulang-kali betul-betul menginsafkan dan kite juga turut mendoakan yang terbaik untuk makcik.
-->Ada seorang anak pompuan makcik ni mendayu-dayu menangis dan minta mak buka mata,pandanglah dia,dia datang ni,tolonglah buka mata.Anak makcik ni mesti manja dengan makcik ni,mendayu-dayu baca Yasin,sedihnya........Doktor meminta 3 ahli keluarga untuk buat keputusan.Macam drama di depan mata kite....dengar A-Z setiap perbualan.

9 lebih
-->Doktor2 adalah dalam 7 orang dan dengan bantuan nurse mengusung makcik ni ke ICU.Lewat petang baru kami tau yang akhirnya setengah jam selepas sampaj je ICU(dalam 10 lebih) makcik ni menghembuskan nafas terakhir.Inalillahirrajiun.......Kite perasan doktor dan nurse yang terlibat nampak sedih dan suasana sunyi....Kalau doktor tak hantar ke ICU sudah pasti makcik ni meninggal dalam wad kami...sebelah katil kite....
-->Masa ni kami di dalam wad kritikal ni terdiam dan merenung katil arwah makcik ni,Ralatnya kite tak sempat berjumpa dan bersalam masa kite baru admitted sebab keadaan kite pun lemah sangat masa tu.Nasib kami pun ntahlah...macam2 boleh berlaku,kan?


Bersambung........




7 comments

20/2/11 13:48

Bahaya demam denggi ni kannnnn...:(

20/2/11 14:02

hmm sedihnya..
tula, hidup nih cuma pinjaman seketika
kena pulangkan balik bila dah sampai due datenye..

*semoga cepat sembuh sis! :D

20/2/11 15:08

sedih la plak bc..

20/2/11 16:39

innalillahirajiun..
sedih btol bce kisah nie..
to akk, semoga cepat sembuh ye..

20/2/11 16:51

hope cepat sihat la yer...sedey pula baca entry yg ni..

20/2/11 17:38

Semoga bersabar dgn ujian. sesungguhnya setiap musibah itu adalah kerana kasih sayang-Nya.
*berpengalaman kena demam denggi 2 kali. seronok juga duk hospital.

20/2/11 19:19

terima kasih semua sbb sudi bc n3 ni...mmg menginsafkan pglman seumur hidup tgk kejadian dpm mata...trma kasih juga doakan kshtn kite..mmg tak sht sggh ni png kpla sgt2...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...