6

Nak jadi macam Ashraf Muslim bela kambing,boleh tak???

23:12 |
Assalammualaikum semua.Wah,hari ni ada yang rajin update entri sampai kite pun tak tau nak pilih mana satu.Ada juga rakan blogger yang sunyi sepi ni mesti kes balik kampung.Tadi sambil menikmati makan malam,enjoy layan MAJALAH 3.Mula2 terpegun dengan Lilian Tan~Body builder.Mak aii...tak tahan tengok badan berketul-ketul,berketak-ketak.Tapi kite memang suka tengok kesungguhan,komitmen dan disiplin sehingga dia berjaya merangkul pelbagai kejuaraan.


Topik seterusnya tentang K.A.M.B.I.N.G.Dari minggu lepas memang dah tunggu.Best juga tengok kegigihan usahawan bumiputera yang memajukan BoDen Farm yang terletak di Serting Hilir,Negeri Sembilan.Ladang ini milik Distinct Agricultural Services Sdn Bhd.Betapa indahnya pemandangan berlatarkan langit biru dan ladang yang menghijau seluas 40.87 hektar .Dan betapa bersihnya bulu-bulu kambing boer ni.


Seluas Mata Memandang Begitulah Luasnya  Padang Ragut Mardi Kluang

Suka kite ngan family mendengar penerangan tentang cara pembiakan.Kelakar gak ada acara mengiringi pengantin jantan seekor je ye...masuk ke kandang untuk duduk selama 6 minggu untuk sesi mengawan.Erm..ada 17-20 ekor dalam tu!(puas tu he3).Yang paling kelakar masa pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain bertanya pada penjaga di situ,macam mana nak tau yang kambing betina tu 'berminat'.Rupa2 nya kalau ekor kambing betina tu tegang je dan bergoyang-goyang,tu tandanya dah ready ler he3.....

Melihat cara bekerja yang profesional,kite kagum.Kalau kelahiran tahun 2009 ditag warna merah,hijau untuk tahun 2010 dan 2011 berwarna biru.Dan malam semasa rakaman tu,krew Majalah 3 berpeluang melihat kelahiran anak kambing yang baru.Sebenarnya kembar,tapi kelahiran seekor lagi tidak dapat diselamatkan kerana lemas.Jangan tak tau,kelahiran di sini siap ada birth certificate untuk elakkan sumbang mahram.Penting untuk menghasilkan baka yang bagus.
Foto
Ladang ternakan kambing milik Ashraf di Alor Gajah

“Perniagaan ternakan kambing ini adalah perancangan masa depan saya. Walaupun sudah dikenali dalam dunia hiburan, kita perlu sentiasa beringat-ingat untuk merencanakan sesuatu yang lebih menjamin masa depan. 

“Semua itu tidak datang tanpa pengorbanan dan minat. Pengalaman dalam urus niaga jual beli lembu sebelum berkecimpung dalam dunia hiburan memberi kelebihan untuk mengusahakan ternakan kambing ini secara komersial,” kata Ashraf.


Selain menternak kambing daripada spesies boer, janapari, dorpher dan kampung, usahawan muda ini turut menternak ayam kampung, itik daging, telur itik, ikan keli dan ikan talapia sebagai sumber pendapatan sampingan.


Erm patutlah si Ashraf Muslim tu minat bisnes macam ni.Ia satu kepuasan.Kawan hubby kite pun baru je balik kampung di Taiping mengikuti kursus2 untuk menjalankan bisnes mengembala kambing bersama adik-beradik.Best tu...hah,sapa yang berminat.Klik lah link yang kite beri ye.Puas kite godek2 tapi tak jumpa blog/web syarikat ni.Korang godek2 je lah ye.



Untuk keterangan lanjut;

  • Kambing Boer [link].
  • BoDen Farm [link]
  • Berita Harian~Asyraf Muslim[link]

6 comments

5/2/11 23:24

kite suke kambing tu!! hehee

5/2/11 23:31

@-hanyaaku-

:hye sis!kambing ke si asyraf tu he3...

6/2/11 01:10

@||aLeaSaRa|| siyes! suka kambing tu! hahaa

6/2/11 13:10

suami pernah ternak kambing dulu dekat 30 ekor, lepas tu dekat raya haji kambing kena curi..sedih sangat2..tapi bercadang nak bela balik kambing, tapi kami suka ternak kambing kampong je..hehe

6/2/11 14:26

:)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...