12

Pilihan korang..Naik Gaji Atau Naik Pangkat???

07:27 |
Assalammualaikum semua.Kite nak bersiap-siap gi office ni.Diharapkan bagi semua yang sedang bekerja ataupun belajar,dapat melakukan tugasan yang diberi dengan lancar.Jangan suka menangguh-nangguh kerja kerana itu sifat orang yang gagal.Ok jom kite nak kongsikan artikel ni.


Di awal2 tahun ini,ramai juga yang mula meneroka kerja baru.Alasan?Bosan,ingin cari pengalaman baru,'better offer' atau kecewa dengan syarikat lama.Apa pun alasan kamu,hijrah itu perkara baik.


                                                        
  1. "Gaji penting untuk motivasi diri.Tujuan kita bekerja pun untuk mencari wang.Kalau semua barang naik,gaji tak naik,mulalah stress.Kalau dah stress bagaimana nak kerja?Pangkat pula penting untuk beri rasa hormat orang baru kepada yang senior.Kalau orang lain lebih menghargai potensi kita,mengapa tidak berhijrah saja"-->Eisya
  2. "Kalau pangkat tinggi,gaji rendah pun nak buat apa?Nama pangkat gah tapi gaji tak segah pangkat.Contohnya kalau pangkat pegawai tetapi bawa kereta kancil.Yang kerani jualannya pula bawa Honda sebab buat duit.Tentu memberi imej buruk kepada nama pegawai itu sendiri"-->Mira
  3. "Gaji lebih penting sebab pangkat boleh dilantik bila2 saja.Yang tiada pun boleh diadakan.Ada yang gaji naik,pangkat tak ada pun,dah seronok.Ada pula pangkat dah naik,tapi gaji tak setanding dengan jawatan yang disandang.Kalau pangkat naik,sudah tentu kerja pun bertambah.Tapi gaji?"-->Aze Sha
  4. "Mestilah gaji.Itulah usaha pencarian rezeki kita.Kalau pangkat,baru kerja pun boleh naik pangkat.Tambah yang kaki bodek.Orang macam ni,biasanya gila pangkat dan tidak kisah gaji seciput,janji nampak berkuasa dan megah depan orang"-->Ogy
  5. "Be realistic!Walaupn kedengaran materialistik.Bagaimana mahu survive di kota besar kalau gaji ciput dengan komitmen yang besar setiap bulan,terutamanya jika dah berkeluarga?Ada syarikat yang saja letak nama pangkat gempak tapi gaji?Itu semua politik dan mahu nama"-->Fauziah
  6. "Sebagai majikan,saya lihat kebanyakan pekerja saya utamakan gaji.Saya membezakan 'seniority' mereka melalui gaji kerana itu lebih menguntungkan mereka. Bagi saya, pangkat hanya akan meregangkan pekerja.Rasa hormat boleh dipupuk melalui attitude yang baik antara pekerja tanpa perlu 'sogokan' pangkat."-->Normalati
  7. "Selalunya gaji.Sebab kalau orang tanya pun,orang akan tanya gaji dulu,orang tak tanya pangkat apa? Contohnya, macam saya,makcik tanya gaji berapa ? Saya cakap, "sekian, sekian ..." Terus makcik tu kata, " Jawab telefon pun gaji beribu ye..." Mak cik - mak cik pun pandang duit.."-->Fatimah
  8.  "Orang yang 'berangan' pangkat ni biasanya budak2 baru kenal kerja.Mereka mahu glamour dan nama agar nampak happening.Sekarang ni penoreh getah pun boleh dapat 4-5 ribu sebulan.Yang kerja di pejabat siapa ada tag nama di depan pintu bilik tu,boleh cecah ke?"-->Haiqal 
  9. "Masa belajar dulu otak dah set nak cari kerja yang diminati saja,gaji sikit pun tak apa.Apabila kerja,baru tahu betapa pentingnya duit untuk survive.Gaji penting tapi kalau tak minat pun,nanti makan gaji butalah pula.Pangkat juga perlu tapi ia pilihan kedua dan bukanlah keutamaan."-->Baity
NASIHAT SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN

Jika kamu ditawarkan pangkat tanpa kenaikan gaji,kamu perlulah melihat kepada tanggungjawab jawatan itu.Sekiranya kamu berasakan dengan tanggungjawab baru itu nanti membuka lebih banyak peluang dan kebaikan untuk diri kamu,silalah menyandangnya.
  • Sekiranya gaji yang ditawarkan lebih tinggi berbanding gaji lama tetapi kenaikan pangkat,kamu risiklah potensi yang ada di situ.Adakala syarikat sengaja tidak mahu memberi apa2 pangkat kerana mahu melihat potensi kerja kamu terlebih dulu.Seperti komen di atas,pangkat boleh dicipta,menerusi kreadibiliti yang kamu tunjukkan.Dengan gaji yang tinggi,tentu kamu lebih bersemangat untuk bekerja bukan?
  • Katalah selepas mendapat tawaran baru,syarikat lama mahu memberikan tawaran yang sama.Sebaiknya tolaklah.Jika syarikat benar2 sayangkan kamu,dia akan memberi kamu lebih daripada itu,Dan,tanyakan persoalan ini kepada majikanmu,"Kenapa baru sekarang tuan/puan melihat saya perlu dinaikkan?".Jika kamu berpuas hati dengan jawapannya,kekallah di situ.
  • Ada yang kata tanpa pangkat tetapi dengan gaji,kamu boleh hidup seperti berpangkat.Tetapi pangkat tanpa gaji,kamu mungkin hidup dalam penyelewengan.


Nota Comel-->Kite lebih pilih gaji daripada pangkat.Macam2 pangkat kite pernah rasa,tapi rasanya gaji lebih penting.Tambahan lagi kerja di KLIA ni.Yang kerja shift lebih banyak gaji daripada yang duduk seharian di office!Dah tugas kite bahagaian akaun dan mengira gaji staff seramai 226 orang,memang kagum tengok kegigihan staff yang rajin OT.
Tau jelah kerja kat office ni memanglah boleh OT tapi kite tak suka tangguh2 kerja,kang malas nak menghadap office esok hari tu he3.Jadi kepada korang yang berada dalam situasi seperti di atas,semoga dapat aplikasikan info dan pendapat di atas.Jadilah pekerja yang 'Work smart'.Masih ramai lagi rakan2 di luar sana yang menganggur.TAHNIAH kerana korang semua bergelar PEKERJA tak kira berpangkat ataupun tidak.Bersyukurlah!!!


P/S:Kite hari ni bos suruh semua staff kat HQ pakai t-shirt.Hari ni operasi mengemas dan menyusun atur perabot yang baru dibeli.Maklum jelah staff dah bertambah,bos nak suasana persekitaran dan susunan perabot selesa.Yang best tu nanti bos belanja makan.Relaklah sikit otak ni daripada menghadap invois yang menimbun.Ok tadaa.....


Korang..huhu..kite memang tak sempat nak BW dan balas jejak.Malam ni memang kite akan BW puas2.Korang tunggu kite datang up traffik masing2 ye...yehaaa....sayang korang muahhhhh...


Kredit Info:

  • In Trend Februari~Gaya Hidup Komen Anda

12 comments

10/2/11 07:42

betul..pilih gaji drpd pangkat...ehehe

Entri Terkini : Dunia bakal kekurangan gula

10/2/11 08:35

nak dua2 takleh kaaa...hahahahah sabor jer laaa

10/2/11 11:11

nak pilih naik gaji jugak (sebab barang skang ni mahal ya hamat hehe)

11/2/11 01:15

pilih gaji! kalau pangkat naik tanggungjawab lagi besar!

11/2/11 01:32

gaji la erkkkk naik gaji! naik gaji! naik gaji! naikkan gaji kami...waaaaaaakkakakkaka




-ayah kembar 3-

11/2/11 12:58

lg pilih kenaikn gaji dn pngkt sekligus..hehe

11/2/11 14:07

saya nk naik gaji sama mcm kat amerika, pekerja Msia di sana kerja waiter kat restoran dpt RM88 sejam, sebulan dh dapat berapa?sbb tu pekerja Msia lari dok sana...kalo alea nak tau, kita masih memakai akta undang2 kerja tahun 1956, sebelum merdeka, skrg ni dah tahun 2011, tak taula bila nak update akta kerja kita tu...

11/2/11 14:33

Assalamualaikum

aishh...of coz lah gaji ! kalo pgkt tinggi gaji ciput wt ap.huhu..

11/2/11 19:53

kalau yaty lah kan kak yaty pun pilih gaji sebab naik pangkat tak bermakna naik gaji....huhu


p/s: minta maaf ye kak yaty tak sempat join contest eqbalzack tu..huk3 :(

11/2/11 23:43

kalau saya.. saya nak naik pangkat.. sebab ikut keadaan saya skrg, masih boleh naik pangkat 4 kali lg tanpa perlu tambah job scope. Yang bertambah cuma gaji dan respek org..

12/2/11 07:30

nak dua2 la...gajin tnggi n gaji naik..masyukkkk:D

12/2/11 08:51

wah..wah ramainyer komen entri ni trma kasih..korang mmg prihatin dan semua suka $$$$.maklumlah zaman skrg kuar je umah $,masuk toilet $.Ada yg pilih pangkat,dan ada yg pilih dua2.sebenarnya pgkt & gaji semua ada pro dan kontra.yg paling penting keje mesti bagus dan amanah ye!!!Kite doakan korang semua berjaya!!!yehaaaa!!!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...