3

Toleh kanan,toleh kiri.Psst..Kenapa salahkan isteri kalau dia tak nak 'bersama'!!!

00:17 |
Yuhuu semua.Hari ini bermulalah Isnin yang sibuk untuk semua.Entri kali ini sesuai dibaca terutamanya pasangan suami isteri yang kedua-duanya bekerja,atau suri rumah sepenuh masa dan juga bagi korang yang masih bujang.
JANGAN SALAHKAN WANITA JIKA MEREKA MALAS ‘BERSAMA’….

Sebaik bergelar isteri & ibu,tanggungjawab wanita bertambah berlipat kali ganda.Mana nak urus rumahtangga,suami,anak2 ditambah dengan urusan yang ‘intim-intim’,letihlah!

Apabila masalah dalam kamar diungkit,dan apabila keinginan suami tidak dipenuhi,biasanya orang perempuan disalahkan.Kenapa ya?Adakah kerana kaum Hawa ini sekadar pemuas nafsu suami ataupun diletakkan darjatnya lebih tinggi sebagai pendamping lelaki?Renung-renungkan.



 JADUAL HARIAN ISTERI VS JADUAL SI SUAMI


Pagi-->
Wanita akan bangun awal sekitar jam 5 atau paling lewat jam 6 pagi kerana banyak kerja rumah perlu diselesaikan,misalnya mengemas rumah,membasuh baju,menyidai pakaian,menyediakan sarapan dan menyiapkan anak ke sekolah atau menghantarnya ke nurseri sebelum si ibu pergi ke pejabat.
Sebaik tersedar daripada tidur(sekitar jam 6.45 pagi,itupun sebab nak tunaikan solat Subuh),lelaki akan mandi dan bersiap,kemudian bersarapan dan terus ke pejabat.


Waktu kerja-->(9.00 pagi-6.00 petang)
Wanita terpaksa bertungkus-lumus menyiapkan segala tugasan yang sedia menunggu di pejabat.Jika tidak disiapkan segera,kerja akan menimbun dan ini lebih menyusahkan dirinya jika bertangguh.Dahlah kerja rumah menunggu,pening kepala dibuatnya.Lama-kelamaan boleh alami stress.
Seperti wanita,lelaki juga bekerja keras dalam meningkatkan mutu kerja mereka.Tapi yang syoknya mereka tak stress kerana tak perlu memikirkan kerja apa yang perlu dibuat sebaik pulang dari pejabat.


Petang-->
Habis waktu pejabat,wanita 'pecut' balik ke rumah sebab nak jemput anak dari nurseri.Sebaik tiba di rumah dan adakalanya tidak sempat tukar baju kerja,si isteri dah basuh beras dan menanak nasi di dapur.Lepas mandi dan solat Maghrib,tergesa-gesa ke dapur dan menyiapkan hidangan yang di'order' oleh suami dan anak2.
Golongan suami pula berseronok mengisi masa di waktu petang dengan bersukan.Main badmintonlah,ping-ponglah,tenis,futsal dan sebagainya.Balik rumah mandi dan tunggu isteri siapkan hidangan makan malam.


Malam-->
Habis menjamu selera bersama keluarga,si isteri perlu mengemaskan dapur.Jika menonton tv sekalipun,tangannya masih melipat kain baju sambil melihat-lihat kerja sekolah anak.Jam 10 malam kalut tidurkan anak.
Bahagia si suami kerana selepas makan malam,duduk tergedang menghadap tv sambil membaca suratkhabar.


Masa untuk bersama???
Si isteri lazimnya sudah keletihan kerana tenaga sudah digunakan secara maksimum untuk menyelesaikan tanggungjawab sebagai suri rumahtangga.Letak kepala je terus lena.
Si suami pula asyik pandai merungut si isteri tidur lena dan tidak melayan kehendak batinnya.Salah siapa?




Nota Comel-->KIte pilih topik ni untuk kebaikan kedua-dua pihak.Adakalanya isteri terlalu penat hingga lupa memanjakan si suami.Jadi jangan salahkan suami kalau kasih berubah arah.Juga pada si suami,jangan terlalu pentingkan diri sendiri.Ringankan tulang untuk menolong isteri.Tidak semestinya jatuh kelakian kalau mengangkat baju di jemuran,menyapu lantai,mencuci pinggan dan sebagainya.Bukan ringan tulang membanting dan memukul isteri ye!


Contohnya,hubby dan abah kite sendiri.Kedua-duanya rajin,ringan tulang.Apatah lagi abah kite ni ada jawatan dalam syarikatnya sendiri.Peduli apa dia kalau ada staff yang nampak bos sidai baju ke,sapu lantai ke.Disebabkan mama kite pun bekerja,jadi mereka membahagikan tugas di rumah.Kan harmoni.Hubby kite?Alhamdulillah,dari awal perkahwinan kite dikategorikan antara isteri yang bertuah.


Dan kite tau ramai rakan blogger yang dah berkahwin memang ringan tulang dan masing2 memberikan komitmen dan kompromi dalam urusan rumahtangga.Kite memang suka baca pengalaman dan luahan diari kehidupan blogger yang bergelar suami dan ayah yang menjaga anak dan membantu isteri.Syabas!!!Bagi korang yang bujang tak kira lelaki/perempuan,semoga artikel ini dapat memberikan satu lagi ilmu sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan.




Kredit Info:

  • In trend Februari~Gaya Hidup Seks dan Kesihatan









3 comments

7/2/11 09:51

haha.. terbaca hari tu kt in-trend.. betol2.. salah siapa.. tp..

7/2/11 13:57

fuhhh jadi wanita bekerjaya memang memenatkan, tapi nasib baikla saye dikurniakan suami yang ringan tulang hihihi

8/2/11 00:12

like this entry! syabas!!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...