0

Asma'31~AL-LATHIF

23:45 |
Assalammualaikum..alhamdulillah syukur tak terhingga dapat sekali lagi di sini.Setelah sekian lama tak dapat kongsikan Asma Ul Husna..akhirnya kita semua bertemu lagi.Kali ini nama Allah seterusnya ialah;


MAHA HALUS


AL-LATHIF,Yang Maha Halus dan Baik Hati.Yang Lemah lembut.Allah s.w.t.memandang semua yang pasti dan yang tidak pasti.Yang besar dan yang kecil walau sebesar zarah.

1-->Perniagaan menjadi maju
Siapa yang membaca Ya Lathif 130 kali atau 139 kali,insya Allah kerja atau perniagaannya akan bertambah maju.

2->Bagi yang miskin dan kesunyian
Hendaklah mereka yang miskin dan kesunyian membaca Ya Lathif 100 kali selepas mana-mana solat sunat dan insya Allah,apa-apa yang dipinta akan dimakbulkan Allah.

3->Lebih keberkatan
Di waktu susah,bila tiada keberkatan dalam pekerjaan atau perniagaan atau mempunyai anak perempuan yang masih belum berkahwin,bacalah Ya Lathif 133 kali selepas Isyak,kemudian hembus di tapak tangan dan lalu disapukan ke muka dan badan.Insya Allah keadaan akan bertambah baik dan bagi anak perempuan,mereka akan bertemu jodoh jika mereka melakukan zikir yang sama,insya Allah.


Alhamdulillah..semoga zikir kali ini dapat membantu sahabat semua... amalkan zikir,bersihlah  hati...kenyangkan rohani...mantaplah iman...



Kredit Info:
  • Buku Zikir Asma Ul Husna~Hassan Mia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...