4

Asma'32~AL-KHABIR

11:00 |
Bismillahirrahmanirrahim

MAHA WASPADA


AL-KHABIR,Yang Maha Waspada.Maha Cermat.Yang Maha Berjaga-jaga.Berzikir dengan nama ini akan membuat anda sangat faham tentang perkara2 yang berlaku di dunia.

1->Menghalang orang dari menyakiti hati kita
Baca Ya Khabir beberapa kali,insya Allah mereka yang menyakiti hati anda akan berhenti melakukannya.

2->Membuang tabiat buruk
Baca Ya Khabir beberapa kali,insya Allah ini akan membantu membuang tabiat anda yang buruk.

3->Membuang fikiran buruk
Jika anda mempunyai fikiran buruk tentang orang lain dan mahu membuangnya,baca Ya Khabir 21 kali.Kemudian hembuskan kepada tubuh anda.Boleh juga menyuruh orang lain membaca dan menghembusnya kepada anda dan boleh juga dihembus kepada gula untuk anda makan.Boleh dilakukan kepada sesiapa sahaja yang menghadapi masalah ini dan insya Allah anda akan berasa lega.

4->Mendapat rahmat
Baca Ya Khabir 812 kali selama 7 hari,insya Allah anda akan mendapat berita yang dikehendaki dan Allah akan memberi keberkatan kepada anda.

5->Dapat melihat sesuatu
Jika anda ingin melihat sesuatu yang sangat penting atau tempat dan sebagainya,baca Ya Khabir 9 kali,insya Allah anda akan melihatnya di dalam mimpi.Baca sebelum anda tidur.

Alhamdulillah banyak kelebihan bila kita berzikir dengan nama Allah Ya Khabir.Memang tidak dinafikan sebagai manusia kadang-kadang tidak terlepas daripada berfikiran negatif.Semoga dengan zikir kali ini,dapat membersihkan hati kita semua,insya Allah.Assalammualaikum.....


Kredit Info:
  • Buku Zikir Asma UL Husna~Hassan Mia

4 comments

tq sis

28/3/11 12:58

@Qaseh dalia adelia

:sama-sama alhamdulillah amalkan ye!

Anonymous
8/7/12 01:55

Makasih banyak.

15/2/17 23:08

Bener bgt, dzikir istigfar , ya khibir , dan solawat nabi. Smua langsung di tunjukan oleh Allah SWT. Subbahannalah

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...