1

Boboi Boy!!Weihh tergeliat nak sebut laju2.....

18:22 |
Yuhuu semua salam Ahad yang indah dan ceria.Area KLIA panas bebenor,semalam lak ujan.Korang??Ni kite nak citer...Kite cukup suka tengok animasi Boboi Boy..alah yang setiap hari Ahad pukul 7.00 malam tu!



Ada kuasa tiga~tanah,angin & petir
Terbang laju umpama roket..comel betul dengan tudungnya!Suka buat biskut tapi keras dan tak sedapppppp!
Berlari sepantas halilintar.Cukup suka order makanan gunakan handphone walaupun dah ada kat kaunter tu!
budak India yang mempunyai kuasa menukar sesuatu barang kepada barang yang lain. 
Koko yang paling sedap dihasilkannya di muka bumi.Taglinenya TERBAEKKK!


[SINOPSIS] 

Ringkasnya mengenai animasi tersebut, ia memaparkan karakter utama iaitu seorang kanak-kanak bernama Boboi boy dan dibantu oleh beberapa karakter tambahan seperti Gopal, Ying, Yaya. 

Dalam usaha menyalur bantuan kepada orang ramai, Boboi boy akan terpisah kepada tiga orang iaitu Bo, Boi dan Boy yang mempunyai tiga kuasa berbeza termasuk tanah, angin dan petir. 

Turut diwujudkan ialah karakter makhluk asing yang membawa pulang biji koko ke planetnya, namun kerana aroma dan rasa koko yang begitu sedap, seluruh kroni makhluk asing itu sanggup turun ke bumi semata-mata untuk mendapatkan koko tersebut.


Alien yang sukakan koko dari Tok Aba's Kokotiam

Memang best tau!Bosan tengok drama seberang,kalau buka drama tempatan pulak manjang hantulah...korporatlah..rampas laki oranglah...aduh!Baik layan animasi lagi best!TERBAEKKKKKK!



1 comment

27/3/11 21:54

teringin menontonnya...tapi dalam keadaan sekarang rasanya tak mungkin(kesibukan tahap gaban)...tunggu sahabat cerita dah la...ok kot.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...