6

Buletin 1.30~Mayat seorang gadis tempatan ditemui separuh bogel ditemani seekor ULAR!!!

14:04 |
Assalammualaikum semua...yuhuu....walaaa......hari ni mesti ramai yang ambil kesempatan untuk berehat bersama keluarga.Ada juga yang keluar bersama kekasih hati..shopping..mandi laut dan sebagainya.Kite?Erm..hari nilah masa untuk berehat sepuasnya dengan membelek kerja sekolah si kembar.


Kite sempat tengok berita tadi.Aduhai...malangnya nasib si gadis yang ditemui di Kuala Lumpur.Sayu rasa hati melihat keadaan gadis tu...sapalah punya kerja.Polis meminta kerjasama orang ramai jika mempunyai maklumat.Dan sesiapa yang kehilangan ahli keluarga bolehlah menghubungi balai polis yang berdekatan.Perkembangan selanjutnya boleh ikuti di Buletin Utama malam nanti.


Polis masih menjalankan siasatan sama ada mangsa diperkosa kerana ditemui dalam keadaan separuh bogel.Dan apa kaitan dengan seekor ular tu.Sama2lah kita semua mendoakan agar kematian si mangsa terbela dan dapat ditemui si penjenayah.


Officemate kite anak polis..erm..bila dia citer sikit2 tentang kes2 yang 'tersembunyi' daripada mendapat liputan media massa...kite rasa takut nak keluar rumah.Duduk rumah diam2 pun tak selamat.Apatah lagi tuntutan sebagai seorang yang berkerjaya menuntut semua wanita keluar bekerja.Sama ada memandu sendirian atau menaiki perkhidmatan awam...bahaya sentiasa di mana2.Hanya tawakal,doa dan zikir yang menemani diri kita semua.




Nota Comel-->Kite nak pesan pada semua kawan2 wanita....kalau boleh jagalah pemakaian,jangan terlalu peramah dengan lelaki tak kira dah lama kenal/baru,berhati-hati dalam setiap langkah...malang memang kita tak boleh bau,tapi bahaya kita boleh hindari.......insya Allah.

6 comments

27/3/11 14:35

saya yang duduk dalam rumah je ni pun rasa tak selamat je..
malam2 nak tidur pun rasa risau..takut penyamun la..
kalau hantu saya tak kisah pun..

tq sis for advise..tgk jugak berita tadi hurmm takutt

27/3/11 16:11

Slm. Takutnya...risau kt anak2 kita kan.

27/3/11 16:49

@diana

:yelah kite pun takut manusia dari hantu huhu

27/3/11 16:49

@Qaseh dalia adelia

:sama2...hrp semua di luar sana lbh berhati2 ye

27/3/11 16:50

@madam j

:hye madam J...tulah ada anak pompuan pun takut,ada anak lelaki lagilah risau

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...