1

Dapat gaji susah..tak dapat lagilah susah.Tengok slip gaji macam rasa tak berbaloi pulak.Nak minta naik gaji ke??

23:10 |
Assalammualaikum semua...hah..ada tak penyapu ke vakum ke?Nak pinjam boleh...asyummmmm!Hah berhabuk dan bersawang dah  blog kite ni.Kat office busy bebenor,balik rumah pulak perlu melakukan tugasan ibarat wanita super duper(ibu/isteri).Ni nak citer,hari ni memang semua happy lah ye...maklumlah dapat gaji kan?Area KLIA berbaris orang beratur macam semut....dok pakat keluar kertas warna-warni.Ada yang senyum meleret,ada yang garu kepala,ada yang berkerut dahi.Dapat gaji susah,tak dapat gaji susah.
Korang sukakan kerjaya sekarang tapi slip gaji tak sepadan dengan segala usaha korang?Hurmmm...saja nak share artikel ni..kite citer korang baca yer.....apa?Tak mau?Meh kite vakum korang sorang2 he3...Jika syarikat tempat korang bekerja semakin mengaut keuntungan..jangan tunggu untuk minta kenaikan gaji.Majalah Cosmopolitan berikan tip hebat.
1->Masa yang tepat:Masa inilah big bos senyum lebar dengan keuntungan besar dan akan menjadi lebih murah hati pada kakitangan lain.Tetapi kalau hanya keuntungan sederhana,cuba selidik bila bos kamu akan menyerahkan anggaran bajet tahun hadapan(beruntunglah kalau korang rapat dengan kerani akaun he3) dan usulkan kepada bos beberapa bulan sebelum pemeriksaan bajet tahunan.Dengan ini dapatlah bos merangka dan merancang cadangan bajet tambahan.


Ataupun katakanlah kamu menerima tawaran daripada syarikat lain,cuba beritahu bos secara baik yang kamu mendapat tawaran gaji yang lebih baik.Tetapi kamu selesa dan puas dengan  kerjaya sekarang,cuma bolehkah bos fikirkan cara untuk naikkan gaji agar kamu lebih kompetitif.


2->Fokus pada kekuatan:Dorongan yang akan membantu bos kamu memberi kenaikan gaji adalah kepercayaan bahawa tindakan itu akan menguntungkan syarikat dan memudahkan kerjanya jika dia memastikan kamu sentiasa gembira dan penuh motivasi.Dalam erti kata lain,bos perlu merasa trauma jika kehilanganmu.Senaraikan pelanggan yang puashati dengan hasil kerjamu,selalu beritahu akan keperitan kamu mengatasi segala cabaran kerja,dan pastikan kamu cukup semangat untuk menggalas tanggungjawab baru.


3->Sentiasa mesra:Kajian terbaru Harvard mendapati bos lelaki dan perempuan kurang cenderung untuk bekerja dengan seorang wanita yang berterus-terang meminta kenaikan gaji kerana ia tampak seperti agresif.Mulakan perbualan dengan merumuskan sumbanganmu.Minta pendapat bos sambil berbincang kemungkinan untuk kenaikan gaji.
4->Cuba letak harga:Memandangkan kamu dah mengusulkan kenaikan gaji,bersedialah denagn soalan ini "Berapakah kenaikan yang diingini?".Jangan pula jawab "Berapa2 pun boleh"...pasti kamu akan dapat kenaikan yang sedikit.Bersedialah dengan angka yang praktikal.Cuba kaji laman web Salary.com atau Glassdoor.com untuk mendapat kenaikan gaji yang bersesuaian dengan kemahiran dan gaji pekerja lain seperti kamu.Kenaikan yang biasa adalah dari 5-10% tapi cuba kamu minta kenaikan 10%.Mahu lebih?Tidak mustahil asalkan kamu dapat buktikan yang kemahiran kamu berkembang lebih maju dari waktu kamu mula bekerja.


So korang..ada berani?Kata orang ukur baju di badan sendiri.Kalau korang memang berdisplin,menepati masa,amanah,tidak suka menangguhkan kerja..korang memang berhak untuk meminta kenaikan gaji.Tapi kalau sebaliknya..korang perlu tingkatkan lagi usaha menjadi di antara pekerja yang senyum lebar bila tengok slip gaji terbaru dan cucuk ATM je..heh..dah naik gaji..yehaaa!!!




Kredit Info:

  • Majalah Cosmopolitan~Februari




1 comment

25/3/11 23:37

kalu buleh nak naik sokmo...he3

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...