17

JELAJAH BLOG KATEGORI IBU

15:33 |
Assalammualaikum semua.Ya Allah Alhamdulillah dapat gak curi masa nak update blog di office.Hai korang semua!!!Rindu sangat2.Minggu ni insya Allah baru Tm Net datang pasang semula line dan segalanya.Huhu rindu nak bw dan join segmen.Ni nak join dulu segmen bro Ben Ashaari.Tengok betul2 tu untuk kategori I.B.U. je tau!!!


Ceritakan secara ringkas mengenai diri anda .. 
 Seorang mama yang happy go lucky,mama kepada sepasang kembar lelaki dan perempuan serta paling bongsu My Little Rangers.Suka buat lawak,malas nak fikir masalah tapi kadang2 ting tong jugak he3.Bersyukur dikurniakan suami dan cahayamata yang comel serta dikelilingi ahli keluarga yang tak jemu2 memberi sokongan dan pendapat.
 
Apakah kenangan manis anda sewaktu bergelar ibu  
Terkejut dan bersyukur dalam tempoh Fantasia Bulan Madu,doktor mengesahkan mengandung sepasang kembar.Sepanjang mengandung memang tak tau jantina.Surprise.......bersalin di dewan bedah barulah tahu ,mendapat sepasang kembar,alhamdulillah.Juga bersyukur menjadi mama kepada si bongsu.Berpeluang merasai nikmat bersalin secara pembedahan dan secara normal.
 
 Kenangan pahit anda ? 
Apabila si kembar perempuan disahkan menghidap asma semasa usia 2 tahun.Si kembar lelaki pula terjatuh dari bakul baby masa berumur 4 bulan.Alhamdulillah Allah permudahkan urusan menjaga ketiga-tiga cahayamata ni dan harap tiadalah kenangan pahit selepas ini.

Kata kata khas buat si suami ... 
Yang,terima kasih sudi menerima diri ini untuk menjadi isteri dan ibu kepada cahayamata kurniaan Allah s.w.t.Terima kasih kerana tidak jemu membantu,memberi nasihat,menyokong dan sentiasa di sisi di saat suka duka,sakit sihat.Heih...gelilah jiwang2 ni aduh..malu...tutup muka yehaa!
 
 Jika ada anak , apakah nasihat anda kepadanya dan juga buat anak anak yang berada di luar sana 
Kepada semua yang bergelar anak(termasuk kite)..hargailah setiap saat bersama ibubapa.Tidak mungkin sejarah berulang.Cari peluang dan berusaha untuk telefon dan berjumpa ibu bapa agar dapat diabadikan dalam diari kehidupan.Itu semua akan menjadi memori terindah.Ingat tau!!!

Apakah harapan anda kepada anak anda ..
Anak-anak mama..Irfan-Irdiena-Danish...mama doakan agar setiap langkah dalam kehidupan ini Allah permudahkan.Ingatlah setiap amalan dan tingkahlaku ada balasannya.Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah,berjaya dalam bidang yang diceburi dan ingat...jangan lupa solat!Insya Allah selamat.....
 
Nasihat buat si gadis di luar sana ..  
Jagalah maruah diri demi agama dan keluarga.Keenakan dan kesenangan di dunia hanya lakonan semata-mata.Lindungi diri selalu dengan ayat suci dan zikir yang indah.Semoga mendapat jodoh yang terbaik yang sama-sama mencintai Allah s.w.t.Luaran tidak menjaminkan kebahagiaan andai dalaman 'kosong' kerohanian.
 
Ok korang..sapa nak join kite dah bagi link di atas tau!Tq pada bro BA dan korang yang sudi luangkan masa baca entri ni.
Nak ucapkan juga Selamat Hari Wanita Sedunia!!!
 
 




17 comments

8/3/11 21:08

hee...go go akak...selamat hari wanita sedunia

8/3/11 22:01

salam, suka baca n3 ni...semoga berjaya.

9/3/11 00:51

si kembar mama pun ada asma gak...ikut mama :(

9/3/11 09:44

singgah dari segmen BA
semoga menjadi ibu yang tabah dan sabar dlm mendidik anak2..

9/3/11 10:09

salam kenal dari blog ben...:) semoga kita sama2 menjadi ibu yg mithali..amin.

9/3/11 10:28

yuhuu salam semua gd mng!nak ucapkan smga kawan2 yg bergelar ibu sentiasa sabar menjalankan amanah yg Allah berikan.

@mama kembar 3:oh kembar mama pun asma ye ikut mama.sbr insya Allah dah besar berkurangan asmanya,yg penting jaga pemakanan.
@mamamya dan mas.saari:hye slm perkenalan ye,nanti kite terjah balas trafik
@cikTomYam:hye sis...tq..tq...he3...
@Abhamz:tq ye sahabat ^-*

melawat ibu2 yang comel ini...dari blog BA

9/3/11 15:24

salam perkenalan..

9/3/11 15:43

entry yg sgt bagus...
thniah ye...:)

sy ni newbiee lagi...
jom bce info mnarik tentang petua orang2 tua untuk jga kecntikan tubuh badan...laki n pmpn..:)

salam perkenalan jelajah dr BA...bestnya ada kembar boy n girl :)

9/3/11 16:00

salam kenal..terjah dari blog en ben....

seronok baca kisah ibu yang ada anak kembar

saya suka nasihat untuk si gadis tu..Insyaallah..
Gembira buat kamu..
tahniah..
salam kenalan dari saya..
chow..

singgah dari segmen BA.
slmt bknalan.nice blog!dah follow^^
saya juga pernah merasai kegembiraan itu..
jemput ziarah blog http://mamaglamdiva.blogspot.com/2011/03/jelajah-blog-kategori-ibu.html

9/3/11 21:55

keep on blogging hot mama :)

10/3/11 10:22

salam pkenalan.. datang dari blog abg ben :)
jom follow sy jgak, untuk smangat berblog n kongsi info ttg mommy..hehehe..
rizaros.blogspot.com

11/3/11 10:24

salam kenal dr segmen en.ben:)

11/3/11 10:24

salam kenal dr segmen en.ben:)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...