4

Jom pakat ramai2 jayakan Earth Hour!!!

00:57 |

Good Morning...senyum....senyum...hah..kan comel!Ok tak mau citer panjang.Baik daripada akhbar,dalam radio dan tv termasuklah kat dashboard blog ni hah...semua dok pakat sembang topik yang sama.

Jom semua sokong kempen ni.Kite dah 2 tahun support Earth Hour.Dari tahun 2009 lagi tau!Masa tu kite akan pastikan anak/semua dah makan malam,dah gi toilet awal2 dan bersama-sama menunggu detik 8.30 malam.Setengah jam sebelum tu kite on channel 8tv best!8.30 malam terus kite tutup semua lampu..hanya ditemani cahaya lilin yang meliang lentuk terkena angin kibasan suratkhabar.....panas daaa...nyamuk pun ada!

Kite suka lepak di luar sambil mengambil angin malam..mendengar celoteh anak2 yang sibuk bertanya itu ini tentang Earth Hour.Masa nilah ibubapa memainkan peranan untuk menerangkan secara ringkas dan padat betapa pentingnya menjaga alam sekitar,betapa nipisnya ozon  sekarang,betapa banyaknya pembaziran dan lain2 lagi.Dan syok sebab melihat keletah anak2 membuat bayang2 di dinding daripada cahaya lilin.Tenangnya jiwa memandang langit yang ditemani cahaya bulan dan kerlipan bintang.

Jangan lupa ye malam ni.Dah tak sabar nak baca keratan akhbar keesokan harinya tentang kejayaan kempen ini di Malaysia.Harap kempen ini mendapat sambutan apatah lagi kalau daripada kalangan blogger...yehaaa!!!



4 comments

26/3/11 18:27

jom...pakat ramai-ramai

26/3/11 21:52

Dah buat dah!

26/3/11 21:58

betul..
kita kena didik generasi muda kita untuk sayangi bumi kita...
tunggu paper esok..

27/3/11 00:06

tahniah pada semua !!!!!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...