5

Korang pernah bekam tak???Ce citer...ce citer...

14:00 |
Assalammualaikum semua!Ni nak tanya semalam korang ada baca tak Mingguan Malaysia ruangan Kesihatan?Alah korang ni,yang ni hah....


Bekam pada kepala mengurangkan imgran atau sakit kepala.


Bekam - tiada lagi torehan pisau


KULIT kena toreh dengan pisau ke?" tanya jurugambar ketika Pengurus Darul Irsyad, Mohd. Gadafi Mohd. Zuki menunjukkan proses melakukan bekam di pejabatnya, di Jalan 4/1, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor.
"Tak, sekarang ada teknik moden. Kita hanya menggunakan jarum (lenset) pen. Proses cepat dan selamat," ujar Mohd. Gadafi.

Apabila menyebut tentang berbekam, gambaran biasa adalah rawatan yang agak 'mengerikan'. Bahagian tertentu pada padan ditoreh dengan pisau mengeluarkan darah yang banyak memenuhi mangkuk atau cawan bekam. Tentunya berasa kesakitan selain faktor terdedah kepada risiko komplikasi penyakit lain.

Biar pun begitu, bekam sememangnya popular bagi pesakit yang mahu mencuba rawatan alternatif mungkin disebabkan kos perubatan yang semakin meningkat.
Menjelaskan berkaitan salah faham berkaitan bekam sunah kata Mohd. Gadafi, bekam adalah rawatan mengeluarkan darah dari permukaan kulit untuk pengubatan dan mengekalkan kesihatan.

Bekam juga disebut satu proses terapi untuk membuang darah kotor atau darah toksik yang terdapat pada badan seseorang tanpa menggunakan bahan kimia.
"Bekam adalah satu daripada cara perubatan yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Baginda mengiktiraf bekam sebagai perubatan yang paling baik, sama ada untuk perawatan (curative) atau pencegahan (preventive) sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis. Pada zaman Rasulullah SAW bekam adalah dengan menggunakan tanduk," ujarnya.

Tambah Mohd Gadafi, bekam mengalami proses kemajuan dari segi kaedah atau tekniknya sejajar dengan perubahan masa.
Pesakit boleh membuat pilihan sama ada melakukan bekam cawan atau basah, bekam angin atau kering, bekam tarik dan bekam lintah.
Malah ia juga tidak berbahaya kerana tiada lagi penggunaan torehan pisau sebaliknya kaedah tusukan dengan menggunakan pen lenset (jarum) yang jauh lebih selamat dan bersih.

Dalam rawatan berbekam, kata Mohd. Gadafi, seseorang pengamal mestilah terlebih dahulu melakukan rundingan dengan pesakit,
Ia bagi mengetahui status kesihatan pesakit, membuat pemeriksaan awal, memberitahu gejala-gejala yang bakal timbul semasa dan selepas dibuat bekam.


Ni hah..officemate kite yang baru 23 tahun nak try katanya..tapi dia nak yang bekam lintah!!!Dia tanya apa proses yang perlu dia lalui.Alahai kite ni memang geli dengan benda yang licin 
macam lintah,belut dan ular huhu..nak berbekam pulak dengan lintah mak aihhhh...simpang!

Urutan tapak kaki dilakukan untuk melancarkan aliran darah

Cawan bekam untuk menarik angin badan
Selepas tusukan dengan menggunakan pen lenset(jarum),proses mengeluarkan darah kotor bermula
Ni lah kesan bekam huhu...


Masa kite sekolah dulu pernah juga ikut atok dan keluarga berbekam.Kite tak lah,diorang je.Buat dengan orang cina.Memang femes uncle tu di Seremban.Kite awal2 dah cabut,tak sanggup tengok.Tapi lepas dah buat atok ngan keluarga kata memang rasa ringan kepala,badan rasa best.Korang tak nak try ke?


Nota Comel-->Alhamdulillah Allah anugerahkan keistimewaan pada wanita.Setiap bulan kitorang pun berbekam secara auto he........


Kredit Info dan Foto:


5 comments

err..tak pernah buat..takut =P

seram kalau tgk org berbekam sebab nampak darah..
AKHIRNYA DARAH KU BERJAYA DI SEDUT

28/3/11 18:05

Perubatan sunnah..Alhamdulillah..dah biasa berbekam. Mula-mula dulu ada juga rasa takut. Selepas 2,3 kali oklah. Sekarang ni dah jadi ketagih nak berbekam...pulak.

28/3/11 19:01

tak sanggup nak tgk..macam sakit je..tp bekam elok utk buang darah kotor..saya xpenah buat..hee

Anonymous
12/6/12 09:45

penah berbekam ni.masa tu bdn tgh penat sgt..lepas bekam mmg rasa ringan.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...