1

Malam Jumaat...Pasangan Dingin...Apa Nak Buat?Semanis Kurma Ada Jawapannya!

00:57 |
Assalammualaikum semua..maaf terlebih dulu.Kite cuma sempat balas jejak sikit je malam ni.Tak sabar tunggu habis kerja esok bolehlah nak BW puas2.Malam tadi kite sempat menambahkan ilmu menonton rancangan Semanis Kurma di TV9.Tapi tak sempat pulak nak salin untuk dikongsikan di sini.Cuma sedikit yang dapat kite ingat antaranya;

Kenapa pasangan dingin:



  1. Anak-->dulu berdua...bila dah mempunyai anak,ia ibarat penyeri dalam kehidupan.Kadang2 celik mata dari tidur bukan suami/isteri yang dicari dulu tapi dicarinya dulu anak.Ditatang,dipeluk,dicium hingga timbul rasa tersisih pada si pasangan.Kasih sayang bukan 100% pada pasangan dah,kena bahagi lagi pada anak2.
  2. Tuntutan Kerjaya-->Kehidupan sekarang bukan setakat di bandar malahan di luar bandar pun..pasangan suami isteri perlu bekerja.Bersyukurlah pada isteri yang mendapat pasangan yang ekonominya kukuh.Kehidupan yang semuanya memerlukan duit menjadikan pasangan suami isteri penat.Di rumah tiada lagi masa untuk menghidupkan 'suis'.Pulang ke rumah perlu melayan anak2 lagi,melakukan kerja2 rumah lagi...jadi bila dah penat macam mana isteri nak layan suami yang tengah miow...miow....harap suami pun sama menolong isteri melakukan kerja2 di rumah ye.
  3. Tanggungjawab-->Masa berdua makan lauk ikan bilis setiap hari pun takpe..bila dah ada anak?Komitmen bukan setakat I Luv U,U Luv Me.Bertambah bilangan ahli keluarga maka si suami/isteri semakin kurang masa berkepit dan berdua seperti dulu.Dapur perlu berasap,duit kecemasan perlu ada in case anak2 sakit,kos untuk menghantar anak lagi ke taska/nursery...Jadi bila nak miow..miow..penatlah pulak ye?
Ada seorang pemanggil wanita,yang dah beranak 2.Dia rimas bila si suami suka manja2,peluk dan pegang tangan.Pulak!Ustazah Siti Nor Bahyah sendiri terkejut dan menasihatkan wanita ini.Alangkah beruntungnya dia..di saat isteri2 di luar sana menangis dan jauh hati gara2 suami tak romantik,bersikap dingin dll.

"Apabila suami memandang isteri...dan si isteri memandang semula ke wajah dan mata suami dengan penuh kasih sayang,Allah akan memberi pahala."

Ada pula pemanggil lelaki yang mengaku,berpoligami tanpa pengetahuan si isteri.Bila isteri pertama tau si suami berusahalah pujuk.Tapi isterinya buat derk je..dingin...erm sendiri mau ingatlah kan!!!

Ustaz dan ustazah ada berkongsikan 3 doa untuk kita semua..jom amalkan;
  1. Elak sihir-->Surah Yunus ayat 81
  2. Kukuhkan kasih sayang suami isteri-->a)Surah an-Najmi ayat 58 b)Surah al-Hadid ayat 3
Kadang2 ada pasangan yang menjadi dingin disebabkan terkena sihir,atau hadirnya orang ketiga,atau faktor tekanan kehidupan seperti ekonomi tak kukuh,dibelenggu hutang,tekanan kerja dan sebagainya.Jadi pasangan suami isteri perlu berkomunikasi,tidak pendam perasaan,luahkan segalanya agar kerharmonian keluarga dinikmati..insya Allah.

Salah di mata kalau tak nampak,

Salah di hati kalau tak dinilai
Best kan macam OLMA dan OLPA ni..loving jer..macam atok dalam animasi UP tu...sempoi!!

 




1 comment

25/3/11 17:56

terima kasih sahabat... n3 yg mesti dihadam, bermanfaat...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...