7

Mana lebih berkesan untuk tuan blog?Tinggalkan komen di entri atau di kotak jerit?

23:49 |
Assalammualaikum semua...yuuhuu...janganlah tidur lagi..Taulah esok Isnin,lek luuu....Ada yang kerja,ada yang belajar.Yang suri rumah sudah pasti penuh jadual seharian menguruskan keluarga.Semoga pagi esok menjanjikan keceriaan untuk korang semua.


Entri kali ini hanya untuk tanya pendapat.Apa yang korang suka setiap kali buka dashboard selain catch up latest entri kengkawan?Sudah pasti korang mengharapkan ada kawan2 yang tinggalkan komen kan?Begitu juga dengan kite.Rasanya puas bila entri yang dikongsikan mendapat feedback.Walaupun seorang saja yang tinggalkan komen,ia satu penghargaan!


Komen atau say "hye...i follow u...singgah sini" yang terdapat di kotak jerit pun memberikan kepuasan.Rasa best bila tahu "Oh,ada kawan yang singgah" dan pasti jejak dibalas semula.Tetapi adakah hanya jejak semata-mata?Hanya untuk up traffic supaya tuan belog singgah semula?Adakah setiap kawan yang singgah itu hanya DROP BY dalam kata omputeh?Adakah kawan tu baca entri tuan belog?
Susahkah untuk meninggalkan komen?Ya..entri yang bagus pasti mendapat komen yang banyak.Dan semakin femes tuan belog tu semakin ramailah yang yakin dan bangga untuk sebaris dengan kawan2 yang tinggalkan komen.Dan rasa seronok dapat mencelah.Apa yang kite belajar daripada diorang semua?Tertanya-tanya dan puas baca setiap entri kawan2 yang selalu dapat komen yang banyak.


Ya inilah jawapannya!Diorang memang kreatif,idea banyak dan tak kedekut ilmu.Entri janganlah asyik copy paste nanti kawan2 jemu.Juga tak semestinya entri perlu cerita hal2 yang berat,kadang2 benda yang berlaku di sekeliling boleh dijadikan entri.Kenalah ambil tahu hal semasa tak semestinya politik.Banyak lagi artikel suratkhabar/majalah yang boleh diulas secara simple untuk berkongsi pendapat.


Kite sendiri cukup suka baca entri kawan2 bila berkesempatan.Dan kite lebih suka tinggalkan komen di entri daripada di kotak jerit.Punyalah susah payah korang nak menaip,nak kuarkan idea..tak kan hanya say 'hye'....di kotak jerit?Dan seronok dapat turut serta mengeluarkan pendapat.Kalau tak tau nak kongsikan pandangan,at least turut serta dan cuba tempatkan diri kite dalam keadaan tuan belog.Barulah komen itu ikhlas,kan?



Kadang kala kite pun sedih tengok ada blogger yang tak perasan kenapa ramai tak tinggalkan komen.Kadang2 ada word verification yang susah,ada banyak pula step yang nak ditaip,perghh...kadang2 rasa tak nak je tinggalkan komen.Tapi kan sayang entrinya best...tak sabar nak komen..tapi masalah masa nak post a comment hurmmmm.Ramai juga blogger yang pernah membincangkan masalah ni.


Tapi korang jangan risau biarlah susah manapun kite akan usaha untuk tinggalkan komen,tau!Dan terima kasih banyak2 pada yang sudi tinggalkan komen selama ini.Sebarang entri yang tak menepati citarasa harap dimaafkan.Masih banyak yang perlu kite pelajari.Akhir kata....


Asal Isnin je kerja,

Asal kerja je Isnin,

Harap maaf kalau tersalah bicara,

Teman hanya blogger picisan...


7 comments

28/3/11 00:29

mama kalau time opis susah skit nak tinggalkan komen, sebab application blogger kena block...so tak leh bukak comment box huhuhu... tinggal jejak kat shoutmix je ler

28/3/11 01:04

@Mama Kembar 3

:samalah kite..nak balas komen pun masa kat umah..kat office susah nanti kantoi ngan bos he3..

28/3/11 04:13

firstly nk say thanx ye coz sudi komen dientri blog sy. sorry coz lmbat singgah terjah blog ni :) sbb byk sgt komen x tersnggah satu2 nk balas. kna plak internet slow.

well antara komen di entri dan tngglkn jejak di shoutbox. tngglkn jejak dan koemn di entri lebih bagus.

sbbnya kalau komen dientri especially di blog yg do follow kita dpt generate backlink yg mnghala ke blog kita. sekaligus dpt tarik traffik pengunjung utk blog kita. n lagi 1 komen di entri sesebuah blog lebih menunjukkan kita ni seorang yg friendly .

kalau tngglkn jejak kat shoutbox smata2 , kita jugak rugi sbb , link url kita tu akan dipadam selang beberapa hari. kena plak time tu blogger tu bz. so kan rugi. kalau di entri komen kita akan kekal smpai bila2 kat blog tu selagi blog tu wujud kat alam maya ni :) so anytime mblogger tu boleh terjah blog kita dr jejak kita tngglkn di blog dia. yang penting komen tu menarik dan bernas, pasti ramai yg terbaca komen tu akan klik sbb nk tau empunya blog orang yg komen tu :)

psst klik jmput baca ni ==>

psst baca ni ==> Tips Pemilihan Template Blog

28/3/11 07:10

@redzuan

:tq ye bro!yup kdg2 kite terlewat balas komen/jejak yg ditinggalkan di shoutmix..kdg2 terpaksa godek2 semula.kalau kat entri tu sng nak jengok2 komen sapa yg belum kite terjah dan balas jejak.tq sgt2 dgn komen ni ye...

28/3/11 09:25

saya pun suka orang tinggalkan komen kat entry. tapi saya jarang balas komen mereka kat entry saya. saya balas dengan singgah balas ke blog mereka.

kadang2 kalau ada word verification tu menduga kesabaran betul untuk tinggalkan komen, dengan line broadband saya yang lembab kadang2 putus tu malas gak..hehe

28/3/11 12:54

@Azwani

:hye sis!kite pun lepas balas je komen kawan2 terus gi blog diorg pulak.best per macam tu..sama2 support entri kawan2

28/3/11 18:01

Amat menghargai para 'pengomen' termasuk juga yang meninggalkan jejak di kotak jerit.
Terima kasih banyak-banyak.

Tetapi jika tak komen pun tak mengapa, asalkan n3 dibaca sehingga ke huruf yang terakhir. Sekurang-kurangnya hasrat dakwah dapat disampaikan. Alhamdulillah...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...