1

Yuhuu semua..korang ingat lagi tak lagu masa sekolah rendah dulu?

09:52 |
Assalammualaikum semua!Tadi otw ke office kite dengar Hot FM dan tajuk hari ni lagu masa sekolah rendah!Best dengar Fara Fauzana dan Faizal Ismail nyanyi di pagi hari.Rasa macam back to school pulak.

Faizal siap nyanyi lagu "Air Terjun".Fara nyanyi lagu "Bunga Matahari".Ada pemanggil siap nyanyi lagu "Hujan",lagu "Air Batu Campur" he3....sempoi.Kite lagi best sebab anak kembar kite baru darjah 3.So bila diorang balik sekolah dan nyanyikan lagu yang baru belajar kat bilik muzik..perghhh bukan diorang jer yang nyanyi.Mamanya ni jugak join he3....


Tapi kan lagu yang paling kite suka nak tau apa?
Lagu : 3 Sekawan....
Aku ada seorang kawan namanya Ah Meng
Dia juga ada kawan namanya Muthu
Kami berkawan baik sama sedarjah
Belajar, membaca, main bersama

Hei...Hei...Hei....3 sekawan....
 
Tadi kite google dan jumpa blog ni best ada lagu2 masa sekolah rendah.Jom nyanyi he3...

Lagu : Ais Kacang
Ais...ais kacang...
Bila cuaca panas dan rasa dahaga
Singgah di gerai, ais kacang diminta
Susu dan jagung
Kacang dan lengkung
Air gula berwarna
Campur semua, enak rasanya
Kegemaran kita semua
 
Yang paling femes hingga sekarang;

Lagu : Papaku pulang Dari Kota
Papaku pulang dari kota
Papaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Bolehku bawa ke sekolah
Pon...pon..pon...pon, pon...pon, ponnn.....pon, ponn....
Kereta kecilku berbunyi
Marilah adik, mari naik
Bolehku bawa ke rumah nenek
 
KOrang ingat lagi tak lagu kat iklan tv dulu2 yang mengalakkan anak2 belajar...
 
Rajin adik rajin;
Rajinlah belajar;
Bila besar nanti;
Boleh tunjuk ajar;
Ayah juga ibu gembira selalu;
Melihat adikku rajin baca buku.....

Semalam balik dari office kite tapau makanan dan bawa anak2 sekali.Yang paling kecil si Danish dah bosan menunggu.Tiba2 dia bangun dari kerusi dan berdiri lalu menyanyi;

Tujuh hari..tujuh hari;
Tujuh hari seminggu;
Ahad,Isnin,Selasa,Rabu;
Khamis,Jumaat,Sabtu.....
(siap menari sambil mengira hari dengan jari)

Tiba2 bunyi tepuk tangan.Kite pandang belakang rupanya pelanggan2 kat kedai tu semua tepuk tangan tengok gelagat Danish!Alahai........


Kredit Info:









1 comment

31/3/11 07:34

Membangkitkan nostalgia silam, teringat masa sekolah rendah dulu...masuk sekolah menengah bernasyid pulak...kalaulah dapat diulang kembali kehidupan lalu....

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...