8

"AkU InGiN BeruBaH"

22:57 |
Ya Allah sungguh Aku Ingin Berubah.......


[picit di banner ye]

Lahirku ke dunia memikul amanat,
Pesan mak dan abah itulah diingat,
Kaki melangkah tekad disemat,
Menjadi hamba-Mu ku kuatkan semangat.

Keluarga kecilku ditimpa dugaan,
Berpisah jua itulah akhirnya,
"Kami sayang kamu" itulah pesan,
Tok Mah dan Tok Mat ada bersama. 

Dunia remaja indah sekali,
Namun keliru diriku mencari pegangan,
Kawan ketawa silih berganti,
Kawan menangis sudikah berteman?

Perginya Tok Mat buatku lemah,
Mampukah aku menongkah langkah,
Tok Mah memujuk janganlah lemah,
Pelangi akan bersinar....insya Allah.

Keliru diriku memilih arah,
Tiada menyuluh mana yang  cerah,
Aku malu pada-Mu Ya Allah,
AKU INGIN BERUBAH!!!

Alhamdulillah aku dah berubah,
Aurat ditutup malu bertambah,
Memikul gelaran seorang muslimah,
Di zaman ini bukannya mudah.

Pesanku pada sahabat semua,
Masih belum terlambat untuk berubah,
Kuatkan azam banyakkan doa,
Semoga hidup dipermudahkan Allah.

Untukmu MO yang sentiasa optimis,
Teruskan usaha kongsikan ilmu,
Biarpun lebat atau gerimis,
Kami 'bersinar' bersamamu............


Kite hantar tag kepada semua yang ingin BERUBAH.Mari support MO dan rakan-rakannya ye......


Kredit Foto:
  • I Luv Islam/Google














8 comments

17/4/11 13:27

kat bawah blok. fasa 11. kuarters tanah runtuh. kat sini pun org gomen la yang suka lepak..Abg2 polis, nurse..ramai la. harga ok... saya dah jd follower awak...tata titi tutu

gud luck sis... :) qaseh pun nak berubah jugk

17/4/11 16:26

@Qaseh dalia adelia

:TQ SIS QASEH.INSYA ALLAH AMIN

17/4/11 21:02

najwa pun nak berubah~ :( :( sedih lak bila baca~

18/4/11 20:37

I like this...

Ikan Patin Temerloh

19/4/11 02:49

alhamdulillah... indah sekali tiap bait kata dari kamu. even Nadh pn terbawa-bawa kepada feel perkongsian kamu. hebat sekali. nadh doakan all the besh dalam idup. n selamat berjaya dalam apa jua yang kamu buat.. ;)

semua da zaman silam bak kata kak MO
KSP datang melawat.
:)

28/5/11 20:24

wahhhhhhhhhhh.. bait2 kata yang sungguh indah di dengar dan dibaca.. benar kata KSP, semua orang ada kisah silam dan semua orang juga ada masa depan, yang pasti kita ada keinginan untuk berubah dan kita lancarkan misi nak berubah tu. InsyaAllah

terima kasih join.. update terkini akan dimaklumkan di Laman MO..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...