0

Asma' 35->AL-GHAFUR

07:07 |
Manusia mudah terlupa.Kadang-kadang tutur kata menghiris perasaan seseorang.Kadangkala dia terlupa daripada riak wajah,boleh mencerminkan isi hati yang sebenar.Hingga terlupa ada yang 'terasa'.Masih ada kesempatankah untuk memulihkan hubungan sesama manusia?Hubungan dengan Allah s.w.t. pula?Sempurnakah kita???


Bismillahirrahmanirrahim

AL-GHAFUR




AL-GHAFUR,Maha Pengampun.Allah Maha Pengasih lagi Maha Mengampunkan hamba-
hambaNya.


1~Memohon keampunan
Lakukan sujud dan baca Ya Ghafur 100 kali dan dosa2-dosa anda di masa hadapan akan diampunkan.Anda akan terhindar dari melakukan perkara yang mungkar,insya Allah tetapi hendaklah anda menjauhi dosa-dosa yang pernah dilakukan.

2~Menghilangkan sakit kepala
Baca Ya Ghafur banyak kali,insya Allah sakit kepala,demam atau kesedihan anda akan hilang.

3~Keberkatan untuk anak
Baca Ya Ghafur 51 kali sehari,insya Allah anak akan mendapat kebaikan dan menjadi orang yang baik.(Selepas membacanya hembus kepada anak anda).Ini akan melegakan kerisauan yang mungkin bermain di kepala anda.

4~Menghilangkan masalah
Baca Ya Ghafur 7000 kali di waktu malam dan masalah serta kerungsingan anda akan hilang,insya Allah.Di waktu siang,hajat anda akan diperkenankan.



Selamat Beramal

Kredit Info:
  • Buku Asma Ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...