0

Asma '37~AL-A'LIY

02:00 |
Firman Allah bermaksud:
"Berilah khabar gembira kepada orang yang tunduk dan patuh,iaitu mereka apabila disebut nama Allah,gementar hati mereka dan sabar atas ujian yang telah menimpa mereka." (surah Al-Haj ayat 34-35)



MAHA TINGGI MARTABATNYA


AL-A'LIY,Yang Maha Tinggi.Bagaimana tingginya martabat Allah s.w.t.,tidak terbayang oleh fikiran manusia dan haram bagi kita untuk mencari setinggi mana Allah s.w.t.Cukuplah bagi kita menyakini bahawa Allah s.w.t. itu Maha Tinggi.

1~Melihat orang yang dicintai
Baca Ya A'liy beberapa kali di waktu siang dan anda sentiasa akan dapat bertemu orang yang anda kasihi.

2~Bagi anak yang lembap
Untuk menyembuhkan anak yang lembap(yang kemajuannya tidak secergas kanak2 yang normal),tulis Ya A'liy dalam bahasa arab di atas sekeping kertas putih lalu direndam dalam air.Beri anak minum air itu dan insya Allah dia akan menjadi pintar.

3~Supaya doa diterima
JIka anda merasa tidak puashati dengan kedudukan anda di tempat kerja atau sebagainya,baca Ya A'liy 21 kali setiap hari dan baca apa2 doa(Fatihah).Insya Allah anda akan melihat hasilnya dan kedudukan anda akan bertambah baik.

4~Ditemukan jodoh
Lelaki atau wanita yang belum bertemu jodoh tetapi mahu berkahwin secepat mungkin hendaklah membaca Ya A'liyul A'zim 11 kali,Ayatul Kursi 3 kali dan kemudian menghembus di tapak tangan.Sapu ke muka dan mata,insya Allah anda akan dilamar.

5~Sentiasa di jalan yang benar
Jika anda membaca Ya A'liy,hidup anda akan sentiasa berada di jalan yang benar.Bila bermusafir anda akan kembali dengan selamat.Mereka yang kebingungan akan dapat berfikir dengan baik dan mereka yang lemah imannya akan mendapati imannya sentiasa bertambah,insya Allah.


Kredit Info:
  • Buku Asma Ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...