0

Asma'36~AS-SHAKUR

07:24 |


Bismillahirrahmanirrahim


MAHA MENGHARGAI




AS-SHAKUR,Yang Maha Mulia.Maha Tinggi lagi Berterima Kasih.Yang Maha Memberi dan Membalas.Allah s.w.t. akan membalas kebaikan yang kita lakukan dalam bentuk keuntungan dunia atau akhirat,biar sekecil manapun kebajikan tersebut.

1~Menghilangkan asma/lelah
Jika anda menghidap asma atau selalu menghadapi masalah pernafasan,baca Ya Shakur 41 kali dan hembus ke dalam gelas lalu air itu dibasuh muka.Insya Allah penyakit anda akan beransur dan ini mesti dilakukan selalu.
(Kite sendiri mengamalkan zikir ini untuk anak kembar yang perempuan.Masa sapu minyak di dadanya pun kite akan baca zikir ini sebanyak 21 kali)

2~Menerangkan penglihatan
Jika anda menghadapi masalah penglihatan untuk beberapa ketika,anda atau orang lain boleh menulis Ya Shakur dalam bahasa arab 40 kali di atas sekeping kertas putih.Rendam kertas itu dalam air yang kemudian dibasuh mata dengannya dan lakukan ini setiap hari sehingga penglihatan sembuh.

3~Menghilangkan masalah
Baca Ya Shakur 11 kali setiap hari untuk menangani masalah-masalah biasa yang selalu dihadapi.

4~Memulihkan penglihatan
Supaya penglihatan lebih jelas atau untuk menyembuhkan penglihatan yang telah kabur,baca Ya Shakur 41 kali dan kemudian hembus ke dalam air lalu air itu dicuci mata(gunakan kedua tangan).Insya Allah anda akan merasai keberkesannya.

5~Kebaikan di akhirat
Baca Ya Shakur 5000 kali sehari,insya Allah anda akan dikurniakan semua kebaikan di akhirat.

6~Diperbanyakkan harta
Baca Ya Shakur 41 kali dan hembus ke dalam air.Basuh muka dengan air itu dan muka anda akan bersinar dengan cahaya kebenaran.Perniagaan dan kekayaan anda akan bertambah,insya Allah. 


Nota Ikhlas-->Alhamdulillah semoga zikir kali ini dapat membantu kawan2 semua.Jangan biarkan hati kosong dari mengingati Allah,jangan biarkan bibir kering tanpa memuji Allah s.w.t.Ilmu yang ada dikongsikan-kongsikan bersama  keluarga,kawan2 dan jiran2.Pasti ada zikir yang sesuai untuk diamalkannya.Lagi bagus jika mengalunkan zikir Asma Ul Husna sepenuhnya.Semoga hari Khamis ini Allah permudahkan urusan dan mengangkat doa kita semua amin.




Kredit Info:
  • Buku Asma Ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...