1

Asma'38~AL-KABIR

10:00 |
Assalammualaikum semua dan selamat pagi.Alhamdulillah Allah beri peluang untuk kawan2 dan diri kita sendiri untuk meneruskan tugas sebagai hamba-Nya.Mudah-mudahan dengan nama Allah ini,kehidupan dilindungi dan dipermudahkan urusan amin.


MAHA BESAR




AL-KABIR,Yang Maha Besar.Kebesaran Allah tidak dapat diukur oleh akal fikiran manusia.Anda akan dipelihara dari jin dan syaitan,air dan api dan dari pencuri dan penyakit.Jika anda mempelajari nama Allah ini,insya Allah.


1-->Sentiasa dipatuhi
Baca Ya Kabir 1000 kali dan kedudukan anda akan naik dan orang bawahan anda akan patuh.Anda juga akan mendapat lebih ilmu tentang ketuhanan.

2-->Melangsaikan hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak hingga tidak tertanggung,baca Ya Kabir 232 kali.Insya Allah jalan untuk anda membayar hutang2 akan terbuka dan anda akan menjadi orang yang berilmu.

3-->Memperoleh kedudukan tinggi
Baca Ya Kabir 11 kali atau 100 kali sehari dan kedudukan anda akan bertambah baik,insya Allah.

4-->Mendapatkan semula kedudukan
Jika anda telah dilucutkan dari kedudukan anda dengan tidak sepatutnya,bacalah Ya Kabir 1000 kali setiap hari selama 7 hari,insya Allah anda akan mendapat semula kedudukan anda itu.

5-->Tidak merasa takut dalam peperiksaan
Bagi pelajar yang ingin berjaya dalam peperiksaan,baca Ya Kabir 232 kali selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda tidak akan merasa gentar ketika menghadapi peperiksaan.

Nota:

Diriwayatkan bahawa dalam kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud a.s.,terdapat 300 nama Allah s.w.t.Daud a.s. dipilih dengan nama2 ini kerana beliau adalah pemerhati alam dan merenungkan bagaimana kehidupan dijaga oleh kuasa Penciptanya.

Terdapat 300 nama Allah yang diriwayatkan oleh Isa a.s.dalam kitab Injil dan 300 nama dalam kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s.

1000 nama-nama Allah diketahui oleh para malaikat.Hanya satu sahaja nama Allah yang tidak diketahui oleh semua makhluk.Ia dipanggil "Ismu Izam".Nama yang disebut nama misteri ini tersembunyi dalam kalimah syahadah iaitu La ilaha illallah.

Sesiapa yang mengucapkannya setiap hari akan bertambah keimanan terhadap Tuhannya.Akan dilindungi dari bahaya dan mati sebagai orang yang beriman.Akhirnya orang ini akan masuk syurga di hari kiamat kelak.



Kredit Info:
  • Buku Asma Ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia




1 comment

25/4/11 12:01

memang banyak fadhilatnya jika kita selalu amalkan Asma Ul Husna ni...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...